205 hari ke 13 Mac 2024.
Minggu ni dijangka sibuk dengan kerja hakiki kerana partner penulis dari Indo datang melawat. But then penulis cuba mencari ruang untuk trade seperti biasa, kalau ada.
Trade Update
Last week agak banyak trade. 7 dah closed. Profit yang dihantar ke vault untuk stake dalam 287.
Pending 2 trade yang penulismasuk hari sabtu, tengah nak buy balik.
Basically, kenapa banyak tarde tiba-tiba, penulis mula masuk trade secara pecahan 25%. Biasa penulis all in. Now, kenapa tak all in macam biasa adalah kerana melalui analysis penulis, price tu tak berada betul2 dalam angle untuk risk semua. Maksudnya lagi, trade yang penulis masuk high risk compared biasa. Market pun tak menentu penulis tengok compared macam penulis masuk sebelum ni.
Staking Salary Update
Total polkadot sekarang adalah sekitar 17,795 compare last week, 17,474. Naik 1.84%.
Kedudukan richlist kombinasi 3 wallet adalah kategori fish, SUB2K, pada tangga kedudukan 1914, berbanding last week 1929, meaning naik 15 tangga, daripada 347,278 hodlers, naik sikit 0.01% kepada top 0.55%.
598 wallet baru bertambah.
Manakala total wallet Polkadot merentasi semua size adalah 1,142,704.
Untuk duduk bawah SUB1K, kena ada 35,993 dimana penulis short 18,198 DOT.
Ini adalah data staking dari 2 account, Ledger dan Vault.
Ini adalah overview Polkadot Staking Ecosystem.
Staking Fund Relocation
Masih belum selesai unbond 4,271 DOT dari ledger dan sekarang masih lagi menunggu masa untuk asset ni bebas boleh transfer.
Lagi 3 hari baru setel, which is hari Rabu ini, 23.08.2023. Hence, minggu ini penulis akan deploy semua 4,271 DOT ini ke Vault, manakala akan proceed unbonding lagi 1/3 dari Ledger. Detail kita sembang time nak deploy nanti.
Crypto Update
James ada kesimpulan untuk kita sama-sama amati.
Polkadot Update
Polkadot sudah keluar dia punya Q2 Report. Baca sini. Kesimpulan dia gini :
Total developer maintain ramai, dan meningkat dari kedudukan ketiga ramai kepada kedua ramai accros semua crypto. Ini bagus sebab ramai askar support nak pergi perang.
Hot staking fast unbond menyebabkan ramai orang mudah nak stake Polkadot, tanpa tunggu masa lama nak unbond.
Namun, Defi Polkadot tak berapa nak sedap, TVL menurun 38%.
Detail take away, baca sini.
Kraken Update
Kraken mengumumkan yang sekarang depa support stablecoin dari Paypal. Baca sini.
Untuk bacaan lanjut boleh layan sini, atau sini, atau video bawah ini.
Ledger Update
Seperti Kraken yang membenarkan trading stablecoin paypal, Ledger pulak bagi beli coin, melalui paypal. Baca sini.
Trade Update 21.08.2023
Price baru sahaja turun ke buy zone, hence, profit sudah mari, alhamdulillah. Kedua TP penulis pada $4.40, kena, namun price turun lagi serendah $4.36.
Profit dalam 222 DOT, alhamdulilah.
Ini screenshorty price.
Trade Recce 22.08.2023 16:58
USD daily nampak macam nak turun. Ini kerana baru lepas signal RSI on, dan MACD dah bersilang.
Heikin daily mula nak berubah arah.
Manakala crypto, menunggu confirmation nak naik. Signal ada, confirm belum.
Heikin makin melemah…
Trade Update 00:51 26.08.2023
Price tengah unstake 25% modal penulis untuk masuk trade sell pada $4.45, dengan harapan TP pada area $4.35.
Manakala satu lagi trade tengah order sell pada $4.48, yang ni dah sehari ke dua hari namun price macam elok sampai kat tempat penulis, dia drop balik bawah.
Melihat pada USD, nampak reject triple A dan cuba naik atas hence DOT boleh turun.
Harap minggu akhir Ogos ni dapat lagi 200++ Dot untuk WD duit dapur. Kepada Allah, penulis berserah.
Trade Update 06:43 26.08.2023
Penulis bangun pagi hari ni sebab nak pergi tengok tanah kat remote area luar KL. Tujuan acquisition tanah ini adalah salah satu initiatives apokalips dimana, kalau ada masalah dunia seperti covid26 atau zombie datang gigit telur, penulis dan keluarga boleh cepat-cepat lari ke panic bunker.
Pergh, dia punya sembiang….
But anyway, semalam dua-dua order dah kena dan sekarang menunggu buy order makbul. Kepada Allah, penulis berserah.
USD macam reject ema 8.
Trade Update 22:25 26.08.2023
Penulis dah di KL balik. Dah setel confirm beli tanah. Basically lepas ni kalau orang tanya rumah kau berapa size per square feet? Penulis boleh cakap 6 per square acre. Baru estet Bruce Wayne. Tapi gayanya nak setel ni makan 3 bulan. Rasa macam sebuah lagi projek kerajaan barisan nasional awal tahun depan.
Ok, berbalik pada trade.
USD 4H, signal nak turun dah ada rupanya. Menanti confirmation untuk turun.
Heikin dah mula merah sebatang.
USD daily, price dah kat pucuk sangat dah dan dah ada tanda lemau. RSI dah signal nak turun, confirmation belum.
Kemungkinan nak retest sell zone atas tu agak nipis. Namun begitu, heikin daily masih kuat dia punya stim.
Tengok crypto.
4H, ada halangan nak naik. Basically selain sell zone, ada pulak mid bb, dan EMA 8. So kena kuat tujahan ni, kalau tak sayur.
Heikin 4H mula merah. Ada harapan nak turun crypto nih.
Daily memberikan gambaran yang sebaliknya. Signal nak naik ada, confirmation nak naik ada, namun price masih sideway dan diharap price reject daily EMA 8.
Daily heikin merah lagi.
So gambaran tepat antara USD dengan crypto ni agak susah nak ramal.
4H, USD macam nak turun, tapi belum confirm. Crypto 4H, ada halangan nak naik. Kalau compare heikin dua ekor ni, USD baru nak berubah arah dan crypto tengah confuse nak berubah ke tidak.
Daily USD, macam nak turun jugak tapi sama confirmation belum. Halangan dia heikin daily masih kuat. Daily crypto, macam confuse nak naik ke turun, namun heikin masih merah.
Kesimpulan dia, USD masih steady sebab tak confirm turun, namun crypto ada tanda melemah.
Tengok DOT.
4H, price duduk dalam triangle dan belum break resistance. Petanda nak turun bawah ke trendline ada. Namun signal nak turun tiada. Halangan nak turun ada tapi nipis buy zone dia.
Kalau price turun sehari dua ni, untuk turun lagi jauh, kena tujah kuat sebab mid bb, ema8 ada.
Heikin 4H masih hijau namum mula nak mengendur. So penulis mengharapkan price turun.
In term of daily, ini agak seram. Signal nak naik ada, confirmation nak naik ada, walaupun price dalam keadaan sideway.
Heikin daily agak kuat la pulak.
Di kala begini penulis mengarapkan price turun tetiba style jarumi amik order penulis kendian baru naik. Kepada Allah penulis berserah.
bersambung…