WK40
Trade Update
Finally trade WD dah setel. Tu pun sebab sell rendah area $4.09. Basically nett dalam RM8417.93 Alhamdulilah.
Tapi ni WD untuk Aug bukan Sept. Sept tak berapa sedap sikit zero WD.
Last week juga penulis masuk trade sell 10K DOT, now tengah pending price keputusan kilas melintang tegak pulak.
So modal sekarang masih staking adalah 10K DOT. Ni mebi nak sell kat $4.22 untuk top up incase trade floating tu rugi.
Staking Update
Total polkadot sekarang adalah sekitar 18,523 compare last week, 18,449. Naik 0.4%.
Kedudukan richlist kombinasi 3 wallet adalah kategori fish, SUB2K, pada tangga kedudukan 1895, berbanding last week 1893, meaning turun 2 tangga, daripada 352,708 fish hodlers, namun maintain kedudukan top 0.54%.
1,329 fish wallet baru bertambah.
Manakala total wallet Polkadot merentasi semua size adalah 1141131 berbanding last week, 1136762. Overall, 4369 new wallet dalam ekosistem Polkadot.
Untuk duduk bawah SUB1K, kena ada 37,296 dimana penulis short 18,773 DOT.
Ini adalah overview Polkadot Staking Ecosystem. Staking market cap bertambah compared last week, dan jumlah staking wallet meningkat. Staking ratio juga turut meningkat.
Staking Fund Relocation
5432 DOT unbonding di Ledger dah selesai, dan dah selamat transfer ke vault, serta dah restake balik dari situ.
Basically, komposisi wallet adalah seperti berikut, dimana profit DOT melalui trade dan stake menghampiri 50% untuk tahun ini. Insyaallah, dalam seminggu dua ni mungkin boleh achieve 50%. Kepada Allah penulis berharap.
So minggu ni nak deploy last phase DOT relocation dari Ledger ke Vault, sekarang situ ada tinggal lagi 5276 DOT. Dijangkakan penulis akan deploy paling lewat esok sebab nak make sure unbonding setel sebelum bulan 11.
***
Penulis baru unbonding dalam 5018. Hari ni baru berjaya setelah cuba beberapa kali. So lagi 27 hari setel. Kalau tak salah kira, 29.10.2023.
Masalah sekarang ada tinggal lagi 250 tak leh unbond. Dia macam lock pulak.
Bila penulis tanya Badrul, rupanya ada chill time jadah menda ntah. So kena buang semua nomination dan kendian baru unbond. Barulah boleh unbond last sekali.
Makanya, hujung bulan ni akan habis semua DOT duduk di Ledger dan semuanya transfer ke Vault.
03.10.2023 21:34
Sebelum penulis meneruskan segala analisis bagai, penulis sekarang ada 2 floating trade.
Sell 10K DOT @4.08 TP 3.99
Sell 237 DOT @4.26 TP 4.05 <- Ini nak sell 5K tapi tak habis
OK, now sambung.
BITCOIN
Apa price tengah buat?
Dah closed 27.7K dan follow tru 28185, hence ini petanda bullish. Namun begitu, price tak bertahan lama, ketika ini pada kedudukan 27.5K.
So kena closed balik atas 28185.
Apa yang kena protect?
25983 – 26661, kalau benar, petanda Bitcoin dah bottom. Kalau pecah, masih belum bottom dan ada kemungkinan melingkup ke bawah.
Elliot Wave Count?
Overall, ABC, C atau 2 ini mungkin dah habis, so nak ke 3. Wave 3 mebi 32600 – 40K.
Kalau price naik ke 30190, hence kemungkinan wave 3 benar.
Kesimpulan
Kalau closed atas 28185, boleh start buy untuk sell higher area 32.6K – 40K, long.
04.10.2023 09:48
Trade sudah closed, alhamdulillah. Net 215 DOT dari 2 trade.
Ini chart terkini, price turun ke lantai buy zone.
So sementara recce opportunity, penulis stake dulu 20K DOT dan simpan itu 215 DOT dalam vault.
05.10.2023 03:06
Ada 3 benda penulis perasan hari ni. Ye la, capital semua tengah stake so tak trade sangat.
Pertama.
Penulis update log trade penulis di google spreadsheet. Baru penulis perasaan bahawa, setelah trade dan stake dari 1 Jan 2023 hingga ke 05 Oct 2023, daripada modal 20K DOT, penulis dah buat 50% profit.
50% profit meaning daripada 20K DOT, penulis dah hasilkan 10K DOT baru. Daripada 10K DOT ini,
1849 hasil stake di Ledger,
4689 hasil trade dan disimpan mula-mula di Ledger kendian tukar vault,
3465 hasil trade ditukar kepada USD dan kemudian RM untuk withdraw topup duit dapur.
Basically, dalam erti kata lain, WD dalam 13.9% manakala yang hantar untuk simpan, adalah 31.12%.
Now. take note ada sikit beza jumlah 6247 DOT dengan (1849 + 4689 = 6538) iaitu 291 DOT, ini adalah kerana penulis dalam proses pindahkan asset dari Ledger ke vault hence kiraan final belum selesai.
Atau dalam erti kata lain, mungkin profit overall dah melebihi 50% pun!
ALHAMDULILLAH…..
Kedua.
Now, malam ni penulis ada layan dua video. Pertama, adalah dari CTO Larsson. Ia adalah tentang Larsson Line yang penulis dah lama tengok, tapi tak berapa nak minat until tengok video ni.
Basically, rasa macam nak try dan kegunaan dia adalah long term which is penulis kali ni kalau Bitcoin ATH, nak exit semua then buy dip bila waktu tu tiba.
Tapi sebelum tu, ramai ke yang pakai indicator dia ni? Melalui wallet address BTC dia yang kalau orang nak beli kena hantar 0.11 BTC ini, didapati, ada 452 orang beli guna Bitcoin (tak termasuk yang bayar guna cash).
Atau dalam erti kata lain, CTO dah ada 90 BTC free hasil jual indicator dia. Wow…..
Ketiga.
Ini pula video kedua. Dari Ian Balina Token Metrics. Dia cerita macam mana nak dapat 100X punya return.
Now, penulis memang ada xs ke token metric namun lately jarang masuk. Tapi bila penulis masuk tadi, didapati ada ai chat dalam tu lalu tanpa melengahkan masa, penulis tanya $100M question,
Now… apa kesimpulan tiga benda malam ni?
Penulis dah buat 50% profit, hence boleh diconsider seorang trader kacak, eh bukan, tapi…… ini jawapan Badrul dari google.
But then, super elite ka royal elite ke, thanos elite ka… penulis tak pernah lagi sell semua Bitcoin penulis dekat ATH apatah lagi hit jackpot 100X return.
Rasa kena tengok benda ni deep sikit dan decide untuk masa depan yang lebih cemerlang eh, interstellar….
05.10.2023 12:01
Jom tengok chart.
USD
4H nampak melemah. Ada sell zone.
4H Heikin, tengah merah.
Daily, pun ada sell zone. RSI dah dua kali signal nak turun, dan MACD macam dah confirm turun.
Daily heikin baru nak merah.
bersambung…