Trade Log : w45 2023

WK45

127 hari ke 13 Mac 2024.

Takde mood nak update sebab semua trade tengah floating. So minggu ni tade video.

Trade Update

Semua 4 trade carry forward dari last fee weeks masih floating.

Sell @4.035 TP @3.83
[email protected] TP @3.83
Sell @4.295 TP @4.17
[email protected] TP @4.16

Sekarang penulis tengah nak minimizekan loss untuk close semua trade. Based on last  week punya kiraan, kalau close semua trade serentak,

$4.44 total loss adalah -1532.
$4.35 total loss adalah -1150.
$4.24 total loss adalah -661.
$4.12 total loss adalah -98.
$4.03 total profit adalah 347.
$3.96 total profit adalah 707.

Semua modal sekarang dalam USD.

Staking Update

Total polkadot sekarang adalah sekitar 19,167 compare last week, 19110. Naik 0.3%.

Kedudukan richlist wallet adalah kategori fish, terkeluar sikit dari SUB2K, pada tangga kedudukan 2010, berbanding last week 2002, meaning turun -8 tangga, daripada 381,428 fish hodlers, namun maintain kedudukan top 0.53%.

-2186 fish wallet ghaib.

Manakala total wallet Polkadot merentasi semua size adalah 1152467 berbanding last week, 1148685. Overall, 3782 new wallet dalam ekosistem Polkadot.

Untuk duduk bawah SUB1K, kena ada 42000 dimana penulis short -22833 DOT.

Staking rewards harian adalah sekitar avg 8.5, belum dapat 10 macam yang penulis jangkakan.

Gaji 2024

Now, setelah trade selama 2 tahun dengan Polkadot, tibalah masa untuk penulis buat kiraan lanjut untuk tahun depan, sama ada, boleh atau tidak, penulis mula ambil gaji dari staking.

Berdasarkan data November ini,

a. Jumlah daily rewards = avg 8.5 DOT
b. Expected 30 days, = 255 DOT
c. Expected value @5 per DOT, = RM6K (lebih kurang)

So untuk tahun 2024, ada tambahan RM72K kepada income tahunan penulis.

Penulis ada FD dekat bank dalam 25K USD. Sebulan dapat RM500 lebih pada kadar 4.94%. FD USD memang tinggi sikit compare dengan FD RM.

So, setahun RM500 ni adalah RM6000, maka total rewards DOT + FD USD 25K, adalah sekitar RM78K, atau sebulan RM6.5K.

Now, katalah penulis beli DOT dengan USD25K ni, meaning, acquire lagi new DOT pada price $4.5, penulis akan dapat sekitar, 5555 DOT.

So, new DOT ni tambah dengan current DOT , 19167, campur lagi 193 DOT untuk rewards Nov, campur lagi 250 DOT untuk rewards Dec, hence, new total DOT opening 2024 adalah sekitar, 25165.

Berapa pula rewards sehari? Dalam 11.1, hence,

a. Jumlah daily rewards = avg 11.1 DOT
b. Expected 30 days, = 333 DOT
c. Expected value @5 per DOT, = RM7.8K (lebih kurang)

So basically, dengan RM7.8K, setahun dok ada RM94K.

Beza dia adalah RM16K, which is sebulan, dalam RM1.3K.

Berapa nak balik modal USD25K tu pulak? USD25K ni adalah RM115,912, so kalau nak balik modal RM16K ni, makan 7.2 tahun.

Ni cerita kalau per DOT tu USD5 la. Tapi kalau projection AI, kalau market boleh pergi USD3T, price DOT adalah $10.33, maka, gaji staking (dah tambah USD25K tadi) adalah, RM11.7 K, atau setahun, RM140K.

Meaning to say, base RM10K untuk gaji bulanan penulis, dah secure melalui rewards staking.

Kepada Allah kita berserah, this is the way.

Chart Analysis

S&P 500

Last few week agak pelik sebab S&P turun, tapi crypto naik. Patutnya correlate. However, minggu ni setelah berguru dengan master penulis, ini analysis terkini.

Basically summary dia gini. Overall S&P500 kita tak pasti dia BULL atau BEAR. Sebab ada 2 kiraan sang Elly. Namun, apapun, untuk confirm BULL balik kena closed atas 4400, tapi kalau closed bawah 4200 BEAR.

Ini dua kiraan tersebut. BULL case, sang Elly biru.

Bear case, merah,

Gold

Pengetahuan baru untuk penulis, kalau Gold nak BULL, dia kena confirmed by SILVER ghupenyeh.

So ini silver, tengah reject, nak kena closed atas $23.75. So ni yang buat gold tak berapa nak confirm.

Gold kena stay atas 1886 – 1900 untuk terus BULL, tapi keadaan sekarang ada kemungkinan pullback. Untuk steady lagi, kena break 2008.

Bitcoin

Masalah dia adalah sekarang breakout sekarang agak risky, sebab selagi S&P500 tak BULL, nampak BITCOIN nak PERdaya. 50% chances BITCOIN menipu.

So cite dia gini.

Kalau S&P BEAR, maknanya BITCOIN kiraan dia weekly, 1 tengah pergi 2 (47200 – 50000) kendian turun bawah ke 3. Lebih confirm kalau BITCOIN break 29500 – 28000.

Kalau S&P BULL, maknanya kiraan dia lain pulak, 2 nak pacak naik ke 3 (50000 – 77000).

Apapun next level adalah 37K – 38K, tapi patutnya kena pullback balik dulu ke bawah sama ada 21 ema (33K) atau 31500,

bersambung…