WK47
113 hari ke 13 Mac 2024.
Last week masih menanti untuk closed trade, namun belum boleh sebab price tak sampai. Hari ni dah 21 Nov, meaning lagi 9 – 10 hari masuk bulan baru.
Kalau ini berterusan, maka nampaknya bulan ni zero trading profit. Kalau penulis tengok sepanjang tahun ni, ada 3 bulan penulis zero trade masuk bulan ni 4 bulan.
Penulis kena ada strategi baru. Lemau macam gini menunggu.
Trade Update
Semua 4 trade carry forward dari last 2 weeks masih floating.
Sell @4.035 TP @3.83
[email protected] TP @3.83
Sell @4.295 TP @4.17
[email protected] TP @4.16
Sekarang penulis tengah nak minimizekan loss untuk close semua trade. Based on last week punya kiraan, kalau close semua trade serentak,
$4.44 total loss adalah -1532.
$4.35 total loss adalah -1150.
$4.24 total loss adalah -661.
$4.12 total loss adalah -98.
$4.03 total profit adalah 347.
$3.96 total profit adalah 707.
Atau lebih simplified,
$4.62 total loss adalah -2252
$4.13 total loss adalah -146
$3.64 total profit adalah 2527
Semua modal sekarang dalam USD.
Staking Update
Total polkadot sekarang adalah sekitar 19,295 compare last week, 19,236. Naik 0.31%.
Kedudukan richlist wallet adalah kategori fish, terkeluar sikit dari SUB2K, pada tangga kedudukan 2016, berbanding last week 2020, meaning naik 4 tangga, daripada 379,251 fish hodlers, namun maintain kedudukan top 0.53%.
565 fish wallet ghaib.
Manakala total wallet Polkadot merentasi semua size adalah 1160569 berbanding last week, 1157261. Overall, 3308 new wallet dalam ekosistem Polkadot.
Untuk duduk bawah SUB1K, kena ada 41965 dimana penulis short 22670 DOT.
Staking rewards harian adalah sekitar avg 8.5, belum dapat 10 macam yang penulis jangkakan.
Bitcoin Update
Polkadot Update
Penulis lately agak goyang dengan perkembangan Polkadot ni. Sebab tak berapa nak perform. Ada satu tweet ni huraikan segala. Baca sini.
Rasa nak kena buat reassessment balik ni secara deep.
Trade Analysis 21.11.2023 15:26
Weekly USD tengah turun. Ni heikin bagitau.
Tanda nak reversal weekly belum ada.
So ada kemungkinan nak setel buy zone bawah tu. Hence kalau USD turun, crypto patut naik.
Kalau tengok crypto, weekly heikin, masih hijau.
Namun, kalau tengok betul2, crypto dah dekat puncak kejayaan dah. Upper BB. Basically signal reversal dah ON, confirmation belum.
Tapi kalau tengok daily, signal dah on, confirmation reversal pun on, dan memang market tengah turun pun. Kemungkinan nak pi $1.28T. Lagi bagus, $1.23T.
Sungguh pun begitu, daily heikin masih hijau. Ini agak aneh. Macam tak sync dia punya pergerakan nampaknya. Tapi yang pasti, candle makin melemah.
Now, pukul 4 karang kita tengok polkadot punya chart pulak.
Trade Analysis 21.11.2023 16:54
Penulis baru habis meeting, now kita tengok DOT punya chart.
Sebelum tu recaps, USD tengah turun, patutnya Crypto naik, tapi crypto tengah puncak, petanda nak turun ada.
4H DOT, overall nampak macam nak completekan triple top pattern.
Amenda triple top ni? Petanda bearish.
Ini penerangan dalam chart.
So kalau map kepada chart DOT, point dia nak breakout tu macam area $5. Kalau pecah ni, ada kemungkinan dia nak test line ungu $4.72.
Trade penulis yang float semua tu, kalau closed sini, lost -2628. Berapa value ni? Kalau $5, dia dalam $13,140 atau RM61K. Dem!
Tapi kalau dah tau triple top dan nak turun, baik tunggu untuk closed bawah lagi.
Anyway, walaupun triple top ni bear dari segi chart, ia macam petanda lain pulak untuk penulis.
Dia macam nak hatrick tiga benda dalam bulan november ni. Pertama, rumah sewa penulis sekarang tenant habis kontrak 1 Dec, tapi jumaat ni agent nak bawak jumpa bakal tenant baru.
Kedua pulak, rumah penulis duduk ni nak jual sebab nak pindah rumah baru, so ada 2 potential buyer nak view.
Ketiga, penulis rasa macam nak masuk trade short buy low sell high at least dapatla something bulan ni daripada makan angin je. Hence, ini yang penulis rasa macam triple top.
Kalau penyewa baru on, buyer rumah on, dan short trade penulis on, ini memang triple top bagi penulis bulan november, dan november adalah bulan harijadi penulis.
Penulis dalam hati ada mintak doa, Ya Allah, ko bagilah aku triple top hadiah ni tahun ni. AMIN.
So ini game plan dia.
Penulis akan masuk capital $40K untuk buy pada $5, kendian sell $5.39. SL ketat, kalau turun dari $4.97, penulis SL terus. Kalau trade ni ON, profit dalam $3120, convert duit melayu $14.5K. Boleh la top up barang dapur etc.
Meaning to say, penulis masuk trade dengan anggapan price semasa akan turun ke $5, then naik balik ke $5.39, kendian dari situ baru dia turun pecah support.
Untuk itu, penulis akan monitor signal reversal dan confirmation reversal di 4H secara skala ketat 2-3 hari ni.
Trade Analysis 23.11.2023 20:32
Cite dia dah ada strategi bagai baik punya analysis last sekali tak masuk pun tak guna juga. Price turun sejauh $4.83 kendian melantun naik sampai $5.28.
So sekarang penulis dalam mode mencari peluang. Rasanya tunggu dia turun dulu then baru decide.
Sekarang kita pergi kepada update mingguan yang biasa penulis monitor, top up mana yang tak cukup.
Kraken Update
Kraken tengah masak lemak sekarang sebab SEC dah mula nak attack semula. Bukan setakat Kraken, Binance pun kena.
Response Kraken adalah nak fight to death, manakala response Binance, CZ resigned.
Apa game sebenarnya sini? Ye la ada kedai baru nak bukak siap apply ETF bagai, so kedai lama kena tutup la. Gitula adanyeh.
Trade Analysis 24.11.2023 11:15
Daily Bitcoin dominance macam nak turun. So, altcoin patut naik compare Bitcoin. TP 52.28%, buy zone bawah. MACD belum confirm, so ini tempat nak monitor.
Daily heikin trend menyokong.
Daily Dot dominance ada gap, so mebi price nak retest untuk fulfill gap ungu ini.
Sungguh pun begitu, daily heikin tidak menyokong sangat. So 50-50.
Namun heikin 4H macam nak berubah naik.
Pukul 12 kita tengok sama ada confirm atau tak DOT dominance nak naik sebab gaya macam ada.
Kesimpulan : DOT dominance macam nak tapau BITCOIN dominance hence price DOT mebi naik.
Tengok price.
Price 5.17 now, kalau close mid BB, ema8, boleh jadi naik ni. Naik tak tinggi, paling pun 5.29, atap sell zone.
Heikin 4H memberi harapan.
Namun awas, heikin daily agak melemah walau hijau.
Daily masih belum test ema 8. Kalau esok close atas ema 8, lagi kuat nak naik.
Trade Analysis 24.11.2023 11:49
Penulis dah on game. Buy 5.17, TP 5.31. Kepada Allah penulis berserah, semoga ada berkah jumaat buat keluarga. May the force be with us…
Trade Analysis 24.11.2023 22:13
Penulis dah SL trade pada $5.19. Rasa cam tak leh pegi tak. Anyway price naik setinggi $5.23. Sekarang price dah turun ke $5.17, price asal penulis masuk tadi.
Dari segi logik pembelian, patut untung. Tapi sebab order market price, jadi rugi sebab fees dia.
Fee saja 180 doll….. ye sedap.
Trade Analysis 25.11.2023 03:09
Recaps balik di mana kesilapan penulis, patutnya penulis chill je price turun pun sebab last sekali price naik sampai $5.29. Mebi lama tak trade dan sebab 4 trade floating hari tu yang buat goyang.
Patutnya stay dan tunggu reversal trend which is mesti ada signal dan confirmation.
Lupa. Takpelah… tade rezeki. Semoga next trade berganda2 profitnya. AMIN
bersambung…