Trade Log : w10 2024

WK10

Hari ke 9 setelah 1 Mac 2024

Last week elok sebelum 1 Mac, partner saya hantar kontrak kerja dari Indonesia.

Apa yang saya dapati adalah, gaji naik sikit, tapi bonus 4 bulan menanti pada tahun 2025 kelak.

In term of tempoh kontrak, 24 bulan.

Penulis beritahu partner yang saya akan bercuti 45 hari. Hence, nanti saya beritahu keputusan untuk sambung atau tidak.

Keadaan di ofis agak cemas dan seram. Ini adalah kerana salah seorang founder tidak diketahui sama ada berundur diri atau tidak.

Staking Update

Kedudukan pada tangga 3,002 daripada 1,293,778 wallet, jatuh 37 anak tangga, dengan jumlah DOT maintain 19420, namun masih maintain pada kedudukan top 0.23% walaupun terkeluar dari golongan SUB2K.

Kalau ada profit trade nanti, nak kena beli DOT dan hantar pada wallet atleast maintain kedudukan SUB2K pun ok buat masa ini.

Hasil staking daily adalah maintain sekitar 8.5 sehari, masih tidak mencapai matlamat 10 sehari.

Kraken Update

Bagi mengisi deman institutional, Kraken telah berkembang biak kepada dengan membuat satu offering khas buat para institutional, in case nak junam masuk crypto.

Ini menunjukkan bahawa, era institutional masuk secara serius telah bermula. Baca sini.

Dalam satu berita lain yang bersifat Ally Macbeal, terdapat bantahan kepada SEC dalam kes SEC vs Kraken dimana kata mereka, “hang dah overstep kuasa hang” atau “hang ni gila kuasa apa?”

So ini bermaksud, kalau ada benda tak betul, ramai akan bangkit lawan. Baca sini.

Halving Update

Ini chart cycle low multiple. Rujuk line merah seperti biasa.

Polkadot Update

Gavin tersenarai dalam 20 orang kita mesti follow pada tahun 2024. Ini memberi publisiti kepada Polkadot, dan diharap price Polkadot naik $USD2190 pun jadilah.

Dari top 10 kat atas, 8 saya kenal. Oklah… Tadela rasa bodo sangat. Baca sini.

Now, untuk news kedua, pula, Greyscale ada keluarkan satu fund baru khas staking sahaja.

Ini bermaksud, staking ni bukan benda main-main. Malah infact, gaji penulis sekarang ni adalah hasil staking 250 sebulan yang bermula denngan value RM4K sekarang dah nak cecah RM13K.

Macam mana boleh jadi gini? Harga DOT naik. Take note setiap 0.10 sen DOT naik, duit melayu 4.7x.

Kalau DOT naik $100, agak melompat penulis….. AMIN

Baca sini.

Lanjutan kepada web greyscale, ini adalah pecahan staking untuk fund GDIF. Baca sini.

Trade Update

Sebab macam dah lama tak update blog ni, so saya simpulkan terus sahaja trade update saya.

Sejak Januari hingga Mac, saya hanya trade Bitcoin instead of Polkadot.

Profit trade untuk Jan – Februari adalah RM38,234 berbanding 2023, Jan – Februari adalah RM42,497.

Namun untuk WD termasuk gaji staking + trade profit, Jan – Feb 2024 adalah RM59,044 berbanding 2023, Jan – Februari adalah sama RM42,497.

Hence, apa yang boleh kita belajar adalah, staking sangat membantu sebab kalau kita tak sempat nak trade atau market tak berapa sedap, atleast kita masih lagi ada gaji untuk gerak.

In term of trade floating sekarang ini, saya ada 3 trade tengah on, semua BTC. Ini mungkin trade long, target jual adalah pada $80K ke $85K harga BTC.

Kalau berjaya, total profit estimate adalah sekitar RM158K. Ini screenshot 2 dari 3 trade yang sedang on.

Bitcoin Analysis

Malam sikit saya update, sekarang nak pi jogging.

09.03.2024 22:07

Ok ini summary perjalanan BTC hasil muzakarah dengan guru penulis untuk beberapa minggu ni. Paling penting untuk terus bull adalah protect $59200. TP adalah $77K – $87K.

Game plan dia adalah SELL pada $85K – $87K, beli balik pada $69K.

Kepada Allah penulis berserah.

This is the way…

bersambung…