Trade Log : w12 2024 – Bulan birthday mak, hadiah untuk mak

WK12

Hari ke 18 setelah 1 Mac 2024

Sedap betul cuti ni tapi kalau tade plan, jawabnya cuti habis gitu je la.

Minggu ni partner saya ada turun KL, so dia tengah nak pujuk untuk sambung. Esok saya jumpa dia tengok macam mana.

Rasa macam nak jadi trader full time tapi entahlah.

Staking Update

Kedudukan makin corr pada tangga 3,020 daripada 1,304,869 wallet, dengan jumlah DOT maintain 19420, namun masih maintain pada kedudukan top 0.23% walaupun terkeluar dari golongan SUB2K.

Sebab tiada pertambahan DOT baru maka hasil staking daily adalah maintain sekitar 8.5 sehari, masih tidak mencapai matlamat 10 sehari.

Kraken Update

Kraken ada reveal true story pasal kes SEC dia, so kalau minat boleh baca sini.

Halving Update

Ini chart cycle low multiple. Rujuk line merah seperti biasa.

Polkadot Update

Pada 13 March baru ini diadakan SUB0 punya parti. SUB0 ni biasa adalah khas untuk para programmer dan tech dev. Parti diadakan di Bangkok, seingat saya, setelah Singapore last year, Bangkok tahun ni. Malaysia entah bila.

Ini talk dari Gavin Wood, tengok gaya dah macam apa dah dressing. Penulis tunjuk video ni ke bini saya, saya kabo ke dia kita invest almost RM2M (RM1.92 to be specific) dalam Polkadot dengan ini orang, ini yang rasa sedikit serrr. Bini saya tergelak.

Anyway, next Polkadot event kalau nak pergi July ni di Belgi. Alang-alang pergi boleh jumpa Tin Tin.

Trade Update

2 trade saya yang konon nak sell pada $80K ke $85K telah selamat saya jual pada $67.5K.

Hence profit ada dalam RM24K, semua dah habis buat bayar duit kete rumah bagai. Kira sekarang expenses saya dah up satu bulan dimana sekarang ni bulan APR semua dah settel.

Target terdekat adalah bayar hutang per quarter instead of bulanan, hence kena trade sampai boleh bayar 3 bulan advance.

So now saya dah set order balik dan menunggu price pullback amik order saya sebelum melantun naik semula.

Ini chart masa order hari tu.

Ini adalah chart pedoman Bitcoin dalam sessi kaunseling elliot wave. Sekarang ni kena tunggu sama ada dia nak pullback terus atau dia tengah mengada sebelum naik terus ke $77K-$87K.

Persoalan dia adalah, adakah wave 3 dah tamat dan price sekarang tengah nak buat wave 4?

Ini yang ana musykil.

20.03.2024 22:57

Bitcoin

1. Elliot Wave, kita masih dalam wave 3 yang panjang, so wave 3 tak habis lagi.
2. Ending Wave 3 adalah $77K – $87K, so sini TP kita atau boleh saya katakan grand TP.
3. Sebab lepas tu dia akan start wave 4 so dia akan junam.
4. Janji protect $64500. Atas ni, clear way to ending wave 3.
5. Jatuh bawah ni, pullback ke $62700 – $59000.
6. Apapun, paling penting kena hold $50500 kalau nak terus bull dalam cycle ni.

21.03.2024 13:58

Awal minggu saya ada set order buy untuk 2 trade, ini screenshot hari tu, sama dengan yang atas.

So dua trade ni dah deploy, order buy dan semalam order sell.

Profit dalam $4500, so convert duit melayu dalam RM21.2 K. Alhamdulillah.

Mulanya saya ingat profit ni saya nak buat bayar duit kete rumah expenses bagai, so kalau deploy, saya dah cover expenses sampai bulan may.

Namun saya teringat balik yang hari tu saya ada niat kalau masuk duit ni nak bayar duit kete mak saya.

Actually, hujung tahun lepas saya ada buat booking kereta baru untuk mak saya. Ini adalah kerana kereta lama mak saya tu agak uzur dah beribu tahun pakai.

Anyway, kelmarin salesgirl kete ada hantar detail costing untuk kete, ini adalah selepas tarikh no chasis confirm keluar. Yang ajaibnya, tarikh chasis keluar sama dengan tarikh birthday mak saya bulan Mac ni. Fehhh….

So alhamdulillah,  bila kita niat apa2 untuk family kita, insya allah tuhan akan permudahkan.

Nampaknya raya ni mak saya bergaya dengan kereta baru jalan-jalan pergi pasar. Auchi.

So now, berbalik pada trade, saya tengah monitor level $64500, kalau tak turun, saya akan masuk balik, tapi buat masa ni, order adalah di bawah $64500 dulu.

22.03.2024 18:55

Dua trade order buy sudah selesai, so sekarang tengah tunggu sell order untuk deploy.

Mana nak juai?

Now, saya terfikir satu benda ni. Basically, melalui wise, maximum duit boleh bawak balik at one time is RM20K. Ini kita panggil holding limit.

Ini adalah kerana rules BNM which is at anytime, balance duit dalam wise mestilah tidak melebihi RM20K.

Ini betul sebab wise bukan bank, tapi wise adalah ewallet.

Namun begitu, berbanding Malaysia, wise singapore lagi sikit bawah RM20K dan wise indonesia lagi tinggi which is lebih RM20K. Meaning to say, lain negara, lain limit.

Itu limit semasa atau holding limit. Ada satu lagi limit iaitu limit berbelanja. Basically, wise malaysia antara yang paling power sebab top 3 paling besar boleh belanja, kalau kita convert semua MYR.

So apakah benda yang saya terfikir itu?

Well ini ada kena mengena dengan offer partner saya untuk sambung kontrak lagi setahun.

Basically offer gaji untuk 12 bulan + bonus dalam RM300K.

RM300K kalau bahagi RM20K, adalah 15 kali. Atau, RM20K x 15 = RM300K.

So let say saya boleh buat profit RM20K sebanyak 15 kali, basically saya dah cover expenses saya untuk setahun.

Tapi biasa sekali bawah balik adalah $4.2K which is RM19K something depends on exchange rate. Hence, kalau amik average RM19K, sifir dia bukan 15 tapi 19 sebab RM19K 19x adalah RM361K atau sebulan RM30K.

Jangan lupa kalau tak kerja, EPF dah takde so income mesti lebih dari apa yang di offer.

bersambung…