Trade Log : w16 2024

WK16

Semalam adalah hari ke 45 setelah 1 Mac. Semalam penulis telah bertemu dengan rakan niaga penulis, dan menyatakan hasrat untuk tidak sambung kerja lagi. Rakan niaga penulis menerima dengan seadanya namun masih ada cubaan untuk menjadikan penulis non executive director dan datang meeting management sebulan sekali.

Penulis kata, OKlah.

Hence, hari ini bermulalah kerjaya penulis yang baru iaitu sebagai trader full time.

Isteri penulis tanya, rasa apa lepas decide? Penulis bagitau, rasa bercampur baur. Sekian lama kita tunggu untuk exit dari system, bila tiba masanya, kita ada rasa sikit serami dan sedih, malah campur gembira pun ada.

Sedih sebab tinggalkan perniagaan yang dibina dengan rakan-rakan.

Gembira sebab memulakan phase baru dalam hidup.

Seram sebab tidak tahu masa depan itu macam mana.

Apapun, janji Allah itu benar. Sentiasa kita kena ingat, kepadanya kita berserah, dan kepadanya kita meminta petunjuk.

This is the way…

Staking Update

Kedudukan masih corr turun 13 anak tangga kepada 3,069 daripada 1326692 wallet, dengan jumlah DOT maintain 19420, namun masih maintain pada kedudukan top 0.23% walaupun terkeluar dari golongan SUB3K.

5155 wallet baru bertambah.

Untuk duduk bawah SUB3K kena ada atlis 20K DOT.

Sebab tiada pertambahan DOT baru maka hasil staking daily adalah maintain sekitar 8.5 sehari, masih tidak mencapai matlamat 10 sehari.

Halving Update

Polkadot Update

Sistem pemerintahan polkadot bakal diupdate untuk memberi lebih peluang kepada peminat polka mengambil tempat dalam team elit atau atasan sistem polkadot. Nama baru agak JRR Tokkiyen, “The Fellowship”.

Dalam masa yang sama, Dr. Gavin telah berhenti dari jadi CEO syarikat megah hodlingnya, Parity.

Take note Dr.  Gavin berhenti, penulis pun berhenti, namun kami tidak pernah calling2 OK.

Namun begitu Dr.Gavin retain sebagai Chief Architect. Ini kata2 beliau,

Detail baca sini.

Seperti Dr. Gavin, penulis juga mencari eternal happiness walaupun sekarang sebenarnya dah happy gila dengan isteri penulis dan anak2. 😀

Anyway, dunia corporate memang cam hare, so nak layan kerenah manusia ni buat penulis pening. Baik layan crypto lagi sedap.

P2P Update

Permintaan staking dari business, bukan indi, agak meningkat laporan P2P, facilitas staking terkenal dunia. Meaning,  P2P adalah jenama dipercayai ramai seperti sabun buku BUSA yang warna hijau tu.

Value $7.5B bukan kecik anak bang. Ini bandingan value yang lebih kurang sama kalau di Malaysia.

Market Analysis

Serangan dron Iran ke atas Israel, menyebabkan market berdarah. Namun pada ketika ini, dah naik semula dan nampak pattern asal ada benda jadi kat dunia, orang take profit.

Crypto

Bulan ni bulan 4, so closing bulan 5 kita nak tengok sama ada sell zone on atau tak. Kalau on, petanda turun jelas. Tapi takat ni, agak reject. Price dah masuk balik range uptrend nak pi $44T atau BTC USD $1M.

RSI tinggi, tunggu MACD bersilang petanda confirm nak turun. Sungguhpun begitu,  heikin is going strong. Ini monthly.

Sedikit tentang projection price BTC sempena saiz market crypto,

Beralih kepada monthly, USD.

Monthly, nampak macam nak test buy zone tu so ada harapan crypto menurun kalau USD naik. Heikin juga menguat hijau.

Manakala market dominance bitcoin, going strong. Kalau closing bulan ni buy zone, hence price makin naiklah.

Gerak ke Bitcoin monthly, seperti crypto, kita nak tengok closing berjaya sell zone atau tidak.

Kita zoom kepada weekly.

Market crypto nampak memang melemah sebab baru closed sell zone. So expect penurunan harga itu ada. Heikin juga sudah merah.

Paras line biru EMA21 adalah $2 T. So kalau turun sini, price BTC mebi $55 K brader.

Namun agak konflik keluarga disebabkan USD macam nak melemah namun takleh percaya sangat sebab price agak extreme di upper BB.

So ada mungkin dia naik lagi dan retest sell zone atas tu sebelum turun.

Bitcoin 19.04.2024 16:56

So apacer Bitcoin sekarang. Melalui muzakarah umum dengan guru penulis, ini adalah pedoman terkini dan harap membantu.

MACRO
1. Elliot Wave, kita masih dalam wave 2 ke 3 yang panjang, so wave 3 tak habis lagi.
2. Ending Wave 3 adalah $77K – $87K, so sini TP kita atau boleh penulis katakan grand TP. Ada juga kemungkinan TP tersasar lagi tinggi iaitu $90K – $100K.
3. Sebab lepas tu dia akan start wave 4 so dia akan junam. Wave 4 TP adalah $70K.
4. Patutnya kemudian wave ABC sebelum sambung naik wave 5.  Wave 4 ke 5, 5 kemungkinan atas $100K tu nanti cite lain akan datang.

MICRO
1. Elliot Wave, kecik, atau zoom in dalam wave 2-3, kita dari 3 nak pergi 4. SO SEKARANG NI DALAM WAVE 3 ke 4. Tapi 4 ni tak confirm lagi dah bottom atau tidak.
2. Resistance sekarang adalah $65K.
3. Selagi bawah $65K, favor ke $58800 dan lagi teruxx $57400.
4. Closed atas $65K-$66K petanda da bottom dan kalau ni jadi, semua USD mesti mau duduk dalam BTC.
5. Apapun, paling penting kena hold $50K kalau nak terus bull dalam cycle ni.

Trade penulis, sebabkan tak cut loss hari tu sibuk raya bagai, so satu floating dalam bentuk BTC.

Satu lagi penulis dah jual tadi pada $65K dan menanti untuk buy balik pada $59000.

Penulis. mungkin juga akan sell sedikit Bitcoin dari Vault untuk amik sikit profit bagi kelangsungan hidup.

Persoalan dia, bolehkah BTC jatuh ni? Kalau tengok weekly, memang dah confirm nak jatuh. MACD dah bersilang.

bersambung…