Trade Log : w27 2024

WK27

Ok dah lama penulis tak tengok trade ni so rasa cam cuti semester pulak. Sekarang dah bulan 7 yop so lagi 6 bulan nak closing, so kena sambung trade demi kelangsungan hidup.

Trade Update 05.07.2024 13:02

Semua modal USD dah masuk balik dalam BTC. Capital Exchange set pertama 0.5955 dan set kedua adalah 0.5850. Manakala untuk modal vault, remain kembali 1 BTC.

Kesimpulan dia, buy order pada 57K dan 55K kena. So motivasi kita sekarang adalah untuk sell pada resistance.

Basically, modal terkumpul adalah 2.18 BTC.

Pedoman Bitcoin 05.07.2024 13:08

Price ketika ini around $54262.

MACRO
1. Elliot Wave, kita masih dalam wave 2 ke 3 yang panjang, so wave 3 tak habis lagi.

2. Ending Wave 3 adalah $87K – $94K, so sini TP kita atau boleh penulis katakan grand TP. Kemungkinan $100K pun ada.

3. Sebab lepas tu dia akan start ke wave 4 so dia akan junam. Wave 4 TP adalah $70K.

4. Patutnya kemudian wave ABC sebelum sambung naik wave 5.  Wave 4 ke 5, 5 kemungkinan atas $100K tu nanti cite lain akan datang.

MICRO
1. Bitcoin dah sentuh May lows pada $56370. Support sekarang adalah area $55K – $54K.

2. Resistance adalah pada $60655.

3. Bitcoin perlu bergerak IMPULSIVE bounce atas $64K then baru bottom.

4. Apapun, paling penting kena hold $52K – $56K kalau nak terus bull dalam cycle ni. Pecah bawah ni sell semua BTC duduk dalam USD sebab kira BITCOIN dah top untuk cycle ni, mebi boleh drop ke $40K.

Trade Update 07.07.2024 01:28

Penulis dah set buy pada semua capitalist BTC penulis untuk standby gaji hujung bulan nih. Lama tak amik gaji derrr…

So resistance area $60655, penulis set sell pada multiple loc area shittu.

Semoga dipermudahkan, diberkati dan dirahmati. Amin.

This is the way…

Trade Update 11.07.2024 01:40

4H, nampak price duduk dalam trendline menaik, tapi di kala ini, kemungkinan price nak turun tinggi dalam channel.

RSI memberi signal tipis untuk turun dan MACD macam nak confirm dah untuk terus turun, so penulis nak sell semua dulu untuk masuk balik di level lebih bawah.

Heikin juga tengah merah.

Penulis dah set sell pada 57700. Kalau dapat sell semua, next adalah beli di area support bawah atau bila signal reversal keluar.

OK. Semua dah sell, sekarang tunggu nak buy semula. Ada la profit skit tapi berapa ratus je tapi bila tolak fee jadi berapa je. Kira cut loss tapi capital tak luak.

So penulis dah set buy kat bawah. So sementara tu, kita tunggu jela. Setakat ini, 4H price closed bawah ema8 line kuning. Petanda price nak turun lagi, unless dia gatai closed balik atas then tu lain cite.

 

 

bersambung…