WK30
Ok. Last few weeks penulis ada sikit busy so tak sempat nak update. Penulis tengah siapkan home ofis penulis so sekarang ni dah almost ready. Boleh trade tapi mainan ngan komik tak susun lagi.
Penulis juga tengah menyesuaikan diri alam pencen. Agak tinggi cabaran dia so nak adjust ni makan masa sikit. Anyway, kita terus ke chart analysis.
Trade Update 24.07.2024 09:26
Semua modal (hari tu) USD dah masuk balik dalam BTC. Capital Exchange set pertama 0.5955 dan set kedua adalah 0.5850. Manakala untuk modal vault, remain kembali 1 BTC.
Basically, modal terkumpul adalah 2.18 BTC.
So Bitcoin pulak 2-3 minggu ni naik dengan rancaknya, tapi jangan ingat muka penulis ada senyum. Ntah macam mana penulis boleh pergi jual semua pada $55.7K. Jadah kan? Ini yang dinamakan, walaupun pandai, kita kadangkala terbuat keputusan bodo.
Now, terkini, semua capital berada dalam USD tak sempat nak follow bull ride,
Capital Exchange Set Uno : $33,133
Capital Exchange Set Duo : $33,400
Capital Exchange Vault : $55,500
So motivasi minggu ini adalah nak tengok ruang mana nak masuk balik hence nak kena tahu sejauh mana BTC nak turun (ke?)
Market Analysis
Crypto
2.34T. Berbanding last penulis tengok W22, turun.
Ini chart monthly.
Ok. Last penulis tengok, masa tu engulf sell on. Tapi sekarang, kalau candle bulan ni close tinggi, hence engulf buy pulak on, menandakan market nak naik.
Namun begitu, sisi lain adalah signal nak turun dah ada, cuma menanti confirmation turun. Meaning RSI dah panas, tapi MACD belum bercantum.
Ada kemungkinan price turun test EMA 21 ( 1.72 T) dan buy zone bawah adalah 1.58 T.
Ini ramalan harga kalau itu berlaku.
Now, chart weekly.
Luckilly ada buy zone, so lantai buy zone ni ada 2 T. Kalau market turun sampai sini, hence ini price projection. BTC boleh pi sampai area $56k balik.
Chart daily, signal nak turun dah ON, menanti confirmation MACD. Kalau price turun buy zone situ, kemungkinan BTC adalah $59K melalui kiraan rumus add math Cikgu Asri.
Bitcoin
Price sekarang area $65.7K. Ini chart monthly. Signal nak turun ada RSI overbought tapi confirmation nak turun belum ada.
In term of heikin monthly, dah mula merah.
Weekly, dalam downtrend channel nampaknya. Ada bumbung buy zone area $62.8K. Heikin weekly masih hijau.
In term of daily, signal turun on, menanti confirmation turun. Bumbung buy zone adalah area $58,160.
Pedoman Bitcoin 24.07.2024 21:29
Price ketika ini around $66.6K
MACRO
1. Elliot Wave, kita masih dalam wave 2 ke 3 yang panjang, so wave 3 tak habis lagi.
2. Ending Wave 3 adalah $87K – $94K, so sini TP kita atau boleh penulis katakan grand TP. Kemungkinan $100K pun ada. Bila? Wallahualam. Tapi cut off time untuk sell semua mengikut 4 years cycle adalah pada sept-oct 2025 kalau target nak buy dip sambil amik profit.
3. Sebab lepas tu dia akan start ABC ke wave 4 so dia akan junam. Wave 4 TP adalah $70K.
4. Wave 5 kita tak tau berapa nanti kita sembang kendian.
MICRO
Sembang sedap
1. Elliot wave besar, dari iv nak pi v dimana v adalah 90k – 100k, tapi kecik, wave 1 nak pi 2 (turun).
2. Apa yang dah berlaku? Bitcoin dah pecah resistance 64K-65K sambil membuat gaya impulsive 5 wave seperti yang penulis tulis sebelum ni, hence, agak strong untuk terus naik.
2. Sebab dah 5 wave impulsive completekan wave 1, so sekarang adalah pullback, ABC menuju wave 2.
3. Area wave 2 adalah 62.3K – 58.9K.
4. Tapi kalau Bitcoin gila, tak pullback terus pecah 70.2K – 71.9K jawabnya kita dah dalam wave 3, namun ini less likely.
Sembang sendu
1. Support critical 56.5K – 58.9K. Pecah ni means apa semua lanc tak bottom lagi dan mungkin turun jauh lagi aka mode bear market chart (lain kali tunjuk).
2. Apa yang penting bukan kerjasama, tapi pecah 56.5K, closed bawah, SELL ALL termasuk yang hodlr.
Game plan 24.07.2024 23:50
So melalui pedoman guru penulis, sekarang musim pullback, hence, penulis yang dah berbulan tade pendapatan ni agak nak kena ada gaji brader.
So penulis bercadang untuk jual 2 BTC hodlr penulis pada area 66K ni dan beli balik di 62.5K. Meaning, suntikan dana baru dari vault, semoga tak terceduxxs.
Meanwhile, modal USD yang ada akan di set order buy secara layering hat ni penulis update kendian, but most probably area pullback seperti rajah yang telah dipersembahkan. Ingat ya, ini bukan saranan nak sell buy, semua ini hanyalah hiburan semata.
Ini setting buy order untuk semua modal USD.
Kepada Allah penulis berserah, this is the way…
Trade Update 25.07.2024 20:39
Semua order masih belum deploy. Sabarrudddin menanti. Anyway, melalui daily chart, confirmation untuk turun sudah terbit fajar bakti.
Trade Update 28.07.2024 08:11
Masih menanti untuk buy. Price kelmarin naik sampai 69K namun prinsip kita selagi tak closed atas $70.2, kita tunggu. Hari ini price merah harap turun temurun nenek moyang.
Kita mahukan heikin merah dengan segera!!!!!!
So mari zoom ke 4H untuk melihat adakah ada petanda cinta beralih arah. Didapati, heikin 4H sudah mula senja nan merah brader.
Berbalik pada candle asli, 4H, signal turun on, confirmation turun on, ya, ini adalah jalan tanjung pengharapan. Semoga buy order penulis melimpahkan hasrilfizulkifli. AMIN.
bersambung…