WK35
Minggu ni penulis balik kampung so tak berapa nak update dengan perkembangan trade semasa. Tau-tau price BTC naik tapi ni tengah turun.
Harap turun lagi lah… lilek dulu.
Trade Status Penulis 27.08.2024 20:26
Masih menanti buy order yang masih belum deploy, namun instead of asal area $55029, sekarang dah ubah $57,825. Apapun, penulis nak tengok balik detail then decide canne.
Monitoring Bear Case 3 Abdul
Masih belum rasa selesa, hence penulis akan terus monitor tentang Bear case ini, rentetan dari w35 punya posting.
Dow Jones – $15917 (naik compare last week)
IWM Russel – $220.45 (naik compare last week)
RSP – $174.27 RSP (naik compare last week)
Setakat minggu ini, semua price masih belum break aras bahaya.
Monitoring Bear Case S&P 500
Penulis tambah minggu ini satu lagi chart (dulu ada tapi malas nak update) iaitu Sistem Perbentungan 5 rat (tak kelakar).
Level nak kena tengok adalah $4933. Seperti chart 3 Abdul, ini adalah level low kedua terkini. Pecah ni serrrr.
Monitoring Crypto Market Cap
2.13 T.
Melihat keadaan monthly, signal turun ON, confirmation turun masih belum ada sebab MACD belum bercantum. Bagaimanapun, stoch RSI tengah nak turun.
Price dalam trendline menurun, kecuali yang sedap adalah, sell zone nipis dan buy zone terdekat juga nipis, tapi ada satu tebal kat bawah.
Hence, penulis rasa short term, bear.
Penulis masih mengekalkan expectation ori penulis dimana market akan membentuk punai iaitu petanda nak naik long term. Ini zoom out monthly.
Ini pula untuk price prediction based on marketcap.
Now, lama tak pergi tokmek. Nak login pun dah tak reti, tapi last sekali sibbaik dapat. Melalui tokmek, signal bullish untuk market keluo pada 26.08.2024
Update 30.08.2024 01:35
Penulis baru perasan yang ada kemungkinan untuk sell zone on kalau candle merah closed bawah. Ini kena tengok 1 sept nanti ye ke tidak.
Update 30.08.2024 22:20
Bearish signal on pada tokmek. Strong Sell.
Monitoring Stable Coin
Disebabkan macam DXY atau USD dah macam tak sync sebagai indicator invert dengan market, so penulis nak cuba tengok stable coin sebagai indicator bertentangan dengan market crypto.
Penulis nak tengok, adakah stable coin naik hence BTC turun? Berdasarkan bacaan penulis, macam ye.
Namun begitu, penulis tengah cari kat mana nak tengok stablecoin dominance ni sebab macam tak jumpa kat trading view.
Sementara tak jumpa, paling yang jumpa pun adalah di cryptoquant. Agak susah nak compare tapi apapun ini cuma sementara sampai penulis jumpa yang lagi senonoh.
Compare dekat coinmarket cap, agak lain sebab coinmarketcap letak semua stablecoin yang ada dalam universe ini.
Monitoring All Out
Ini pula adalah untuk penulis exit semua pegangan Bitcoin. Banyak cara tapi buat masa ni penulis ikut mazhab cryptocrew. Ini video dia kalau nak paham. Nampak cam simpelir je, so kita monitor dulu.
Now, kesimpulan yang boleh diambil kira adalah :
Chart : BTC USD INDEX
Timeframe : 2 Month
Indicator : Stochastic RSI (momentum dari 0 – 100)
Cara : Cross Stochastic RSI bawah 0, buy, Cross Stochastic RSI atas, Sell
Semakan Fakta :
ERA HALVING 1 – Bottom Jul 2015
a. Stoch RSI cross bawah on July 2015,
b. Then engulf buy confirm on Nov 2015 (4 bulan kemudian), price roket. Rujuk chart :
_
ERA HALVING 2 – Top Nov 2017
a. Stoch RSI cross atas on Nov 2017,
b. Tapi tiada engulf sell confirm. Rujuk chart :
_
ERA HALVING 2 – Bottom Nov 2018
a. Stoch RSI cross bawah on Jan 2019, lewat 2 bulan dari bottom Nov 2018
b. Then hidden engulf buy confirm on May 2019 (6 bulan kemudian), price roket. Rujuk chart :
_
ERA HALVING 3 – Top Nov 2021
a. Stoch RSI cross atas on Mac 2021,
b. Then engulf sell confirm next candle May 2021
c. Tapi price naik balik sampai betul2 top Nov 2021 (double top). Rujuk chart :
_
ERA HALVING 3 – Bottom Nov 2022
a. Stoch RSI cross bawah on Nov 2022,
b. Then engulf buy confirm on Jan 2023 (4 bulan kemudian), price roket. Rujuk chart :
_
ERA HALVING 4 – Top ?
a. Stoch RSI cross atas, belum lagi, tapi macam nak cross hence agak seram
b. Menunggu engulf sell… Rujuk chart :
_
Satu lagi level adalah dari Master Ali, tapi setakat ini adalah area $48K kalau tak silap. Nanti confirm semula.
Bitcoin Analysis
Weekly chart, nampak macam price tengah lemau sebab SMA21 merah duduk atas EMA21 hijau.
Tapi heikin tengah hijau.
Tengok monthly,
Elliot wave, mungkin nak pergi bottom 4. Signal turun ON, confirmation turun belum, Stoch RSI tengah melemah.
1 Sept kena tengok sama ada sell zone on atau tak.
Monthly heikin pun merah.
Pedoman Master
Berikut adalah pedoman yang telah dijanjikan.
- Rally naik baru ni dari $49K agak tak meyakinkan sebab pattern overlap danbersifat corrective.
- Lainlah kalau sustain break $65K. dan $70K, itu baru power.
- Selagi bawah $65K, risk ke bawah ada – mebi retest $49K.
- Lebih benar jika drop bawah $56120.
- Sekarang mebi ABC, so kalau drop $56120 secara impulsive, maksudnya makin turun.
TM Trades 28.08.2024 02:37
Tahun ni penulis nak start trade coin yang TokMek suggest. Nak try pulak benda baru. Meaning, trade guna source dari AI. For start, penulis akan paper trade dulu then kalau dan confident, baru masuk duit. Hence, penulis mungkin monitor dalam few weeks or months dulu.
Now, TokMek suggest top 3 coin ni untuk exchange Kraken.
So kita pi tengok chart.
DRIFTUSD – $0.4687
Daily DRIFT, sell zone confirm, signal turun confirm, confirmation belum. Heikin dah bertukar merah.
EMA SMA Positif.
Weekly DRIFT, dalam uptrend. Heikin hijau kuat.
DRIFT buy order : $0.425 ema 8
FETUSD – $1.338
Next, Daily FET, buy zone macam tak jadi, tapi takde sell zone. Signal turun ON, confirmation belum. Heikin masih hijau.
EMA SMA Positif.
Weekly, FET dah breakout dari downtrend. Signal nak naik ON, confirmation naik pun ON. Heikin hijau kuat. Last week candle close atas EMA 8. Last week candle close atas EMA 8.
FET, buy order : $1.2149 ema 8
TAOUSD – $332
Daily TAO, sell zone failed tapi candle seterusnya merah, hence macam hidden, buy zone bawah ada. Signal turun ON, confirmation belum.
EMA SMA Positif.
Weekly TAO, dalam uptrend. Last week candle close atas EMA 8.
TAO buy order : $312.55 ema 8
TM Trades 30.08.2024 01:24
Penulis dapati yang TM grades di Kraken dah berubah kepada 3 coin lain, instead of yang penulis tengok 2 hari lepas. Ini hari tu,
Kalau hari ini, TM grades bagi,
DRIFT – turun dari 91.66% kepada 72.97%
FET – turun dari 91.16% kepada 83.14%
TAO – turun dari 90.86% kepada 83.08%
Hence, penulis merasakan yang TM Grades ni bukan untuk tengok weekly tapi mungkin timeline kecik maybe 4H atau daily?
Now, terkini, ini 3 yang baru.
Kita tengok esok ZRO, adakah akan breakout.
bersambung…