WK36
BTC dah mula turun seperti yang penulis expect selari dengan Rektember. So minggu ni kita tengok dia pergi tak revisit price paling bawah $49K.
Trade Status Penulis 03.09.2024 15:39
Masih menanti buy order yang masih belum deploy, namun instead of asal area $55029, sekarang dah ubah $57,825, sekarang dah ubah lagi bawah $53,559.
Monitoring Bear Case 3 Abdul
Seperti biasa, sebelum apa-apa, kita tengok chart 3 Abdul untuk monitor bear case.
Dow Jones – $15872 (turun compare last week)
IWM Russel – $215.33 (turun compare last week)
RSP – $174.52 (naik compare last week)
Setakat minggu ini, semua price masih belum break aras bahaya, namun price mula nak turun sekali imbas.
Monitoring Bear Case S&P 500
Level nak kena tengok adalah $4933. Seperti chart 3 Abdul, ini adalah level low kedua terkini. Pecah ni serrrr.
S&P500 – $5566 (turun compare last week)
Monitoring All Out
Nampak macam Stoch RSI dah cross atas weiiii….
Monitoring Stable Coin
$82.9 B (turun compare last week)
Monitoring Crypto Market
First sekali, dari data AI. Signal Bear, Strong Sell.
Now, chart, Monthly.
Sell zone confirm dimana candle aug closed merah. Signal RSI nak turun ON dan confirmation MACD turun, akhirnya ON.
Basically, petanda market crypto turun jelas depan mata. Ini senarai projection price digital asset kegemaran penulis berdasarkan rumus tokenomic dan market supply.
Kraken
Lama tak tengok, so latest news adalah Kraken ni dalam lawsuit dengan SEC. Ni kes lama ni.
Kes ni judge tuduh Kraken list out aset yang kategori securities, tapi status sebenar meragukan. Kraken kata boleh menang, so kita tengok macam mana.
Now, kalau check kat blog Kraken, ada few benda baru yang penulis baru discover.
Pertama, kraken Lab. Visualisation data yang agak cool tapi takes time nak paham. Ada macam2, boleh check sendiri sini.
Satu lagi ada widget dalam trade punya dashboard. Tatau la manfaat tidak, penulis tak try pun.
Bitcoin 04.09.2024 18:30
Overall masih dalam downtrend. Candle last week closed menyebabkan new sell zone weekly.
Weekly, reject ema 8 agak kuat, so petanda ke bawah mmg jelas. Price pulak sekarang macam hammer kebawah. Heikin weekly tengah merah first candle.
Weekly lower BB $54277.
Ada petanda tak price naik terdekat ni? Kalau tengok monthly macam tade. Sebab monthly dah confirm turun. Candle last month closed confirm sell zone monthly. Heikin monthly tengah kuat merah.
Monthly lower BB $11497. Monthly mid BB $44,064.
9 Sept penulis nak tgk closing 2W sama ada new sell zone on pulak lagi.
Trade Status Penulis 07.09.2024 00:10
Alhamdulillah, trade sudah deploy. Ada la gaji untuk 2 bulan ni.
Trade Recaps 08.09.2024 14:11
Last trade penulis yang baru ni which, penulis nak recaps untuk data akan datang.
Matlamat Trade
Maintain BTC count number, profit untuk gaji
Tempoh
Sell pada WK33, Buy semula WK36, hence – 3 minggu tunggu atau lebih tepat 28 hari kalau ikut kiraan tarikh.
Price
Jual pada price $61,355, buy balik pada $53,559 – beza $7796 – BTC turun 12.7%
Capital Crypto
Capital asal 4.08 BTC, tapi sekarang jadi 4.26 BTC – profit 0.18 BTC, increase capital by 4.4%
Capital Fiat
Asal $250,771 tapi sebab value turun dan dah amik profit awal, so sekarang $228,207
Rumusan Profit
Profit adalah 0.18 BTC, atau sebenarnya adalah 0.25 BTC sebab nak maintain capital 4 BTC, hence, kalau sell pada price $55,200, profit dalam $13.8K USD = RM59,857
Kalau nak kira percentage, $13.8K dari modal asal $250,771 adalah 5.5% lebih kurang.
Sungguhpun begitu, semasa duduk dalam $250,771 dan sementara nak buy balik, penulis dah withdraw $4500 * 5 = $22,500.
So profit take out yang sebenar untuk trade ini adalah $13.8K + $22.5K = $36.3K atau RM156,640.
Ini bermaksud, $36.3K dari capital $250,771 adalah 14.5% profit rate.
Dalam ertikata lain, kalau tak amik profit awal $22.5K tu, masa buy balik BTC pada price $53,559, jumlah BTC yang ada adalah. 4.68 BTC, which kalau jual 0.68 BTC pada price $55,200, profit adalah $37,536 atau RM161,977.
Kesimpulan dia, amik profit awal agak rugi sikit compare amik profit at the end of the day. Tapi nak buat canne sebab penulis nak pakai duit masa tu.
Beza dalam RM5,337.
Jangan lupa USD tengah turun so ini juga memberi sedikit impak pada kadar pertukaran wang asing.
Now, trade style dan method penulis memang agak complicated dan risky, tetapi selagi ia mencapai matlamat penulis, it is a risk acceptance yang penulis dah terima.
Market memang susah nak jangka, namun, tidak semestinya tidak ada cara untuk kita make profit secara luar biasa.
bersambung…