WK40
Minggu ini penulis nak tengok sama ada pullback boleh pergi jauh mana, dan paling penting, kena tak TP penulis.
Trade Status Penulis 30.09.2024 15:30
Semua capital sekarang dah dalam USD. Tengah menanti nak buy balik area 59K-60K.
Monitoring Bear Case 3 Abdul
Seperti biasa, sebelum apa-apa, kita tengok chart 3 Abdul untuk monitor bear case.
Dow Jones – $16,185 (naik compare last week), -10% dari level merah
IWM Russel – $220.33 (turun compare last week), -13% dari level merah
RSP – $178.93 (naik compare last week), -11% dari level merah
Monitoring Bear Case S&P 500
Level nak kena tengok adalah $4933. Seperti chart 3 Abdul, ini adalah level low kedua terkini. Pecah ni serrrr.
S&P500 – $5748 (naik compare last week)
Monitoring All Out
2 month chart, Crypto Crew Uni Method :
RSI on, MACD menjauhi, stoch tidak melepasi 80 = hodl
Rainbow : Still Cheap = boleh beli
Monitoring Crypto Market
First sekali, dari data AI. Signal Bull dah keluar, 2x. Rate berubah naik dari 31% pergi 50%.
Now, chart, Monthly. 2.22 T, naik compared last week. Bulan ni penulis nak tengok sama ada price closed jadi buy zone atau tidak.
Secara weekly,
- price masih dalam downtrend channel
- last week closed mid bb, this week mula melemah
- heikin masih hijau
Ini projection based on updated rumus.
Bitcoin 30.09.2024 22:46
Sat lagi dah 1 Oct, so esok penulis update monthly. Tapi la ni, kita tengok dulu apecer.
Weekly, minggu depan penulis nak tgk sama ada new sell zone on ke tidak sebab candle minggu ni merah dah, so adakah ia akan menutup candle prev week. Price masih atas mid bb dan ema 8. In term of heikin, masih hijau.
Now daily. Ni sedap sikit. RSI dah signal turun ON, MACD confirm turun ON. Kalau esok closed bawah ema 8, means makin turun. Sekali imbas macam dah makan habis buy zone terdekat, so tade pelampung nak tahan untuk turun lagi. Heikin candle pertama merah.
Nampak macam perjalanan pullback itu benar dan penulis harap sangat turun sampai $60K sebab standby beli situ.
Kalau tgk 3 days, stoch rsi dah bersilang meaning momentum dah tinggi sangat dan macam nak mula kurang untuk price turun.
Yang penulis risau adalah 4H. Sebab Signal nak naik balik dah ON, confirmation naik belum. So sini kena jaga2 kalau dah start confirm naik balik, hence kena decide nanti sama ada nak terus masuk atau tak.
Kraken
Ada satu berita dimana whale nak jual BTC tapi sikit je la. Nak amik duit belanja member kat kedai mamak kut.
Ledger
Ledger baru bukak satu api baru untuk share data secara decentralised, tapi detail penulis baca haram tak paham. Apa pun kalau minat boleh baca sendiri.
Bitcoin 01.10.2024 13:57
Kita dah masuk 1 oktober. So mari kita tengok oktober punya chart.
Cerita dia adalah begini. Kalau ikut method penulis amalkan selama ni, basically RSI signal on untuk turun ( march 2024) dan MACD confirmation on untuk turun ( sept 2024 ).
Manakala bawah dari price sekarang, buy zone terdekat adalah area $30,700 lebih kurang.
Now, adakah terdapat risico price turun ke $30K, kalau ikut method ni ada. Namun yang lega sikit adalah trend sekarang masih hijau, means, heikin, hijau.
Apa level nak tengok untuk kita berjaga2? $49K. Pecah ni bahaya demeh.
Kalau tgk jauh sikit, which is 1 year timeframe, kalau Jan 2025 ni candle tutup atas dan hijau, meaning bagus sebab buy zone confirm….
Bitcoin 01.10.2024 23:09
Price tengah junam. Sikit lagi nak masuk area pullback penulis.
Now, penulis baru ubah order buy bawah sikit iaitu $59,129, which is bawah sikit dari area pullback. Penulis menjangka pullback agak deep ini kalilah. Ketika ini, area TP adalah atas sikit dari lower BB punya line.
Tambah skit.
Ada pengajaran baik yang boleh dipelajari dari price movement baru ini. Sebelum ni penulis monitor yang price cuba nak pecah MA200. So once pecah, expectation adalah price akan mula start journey menuju 70K.
However, price pecah belum menandakan journey start. Ia masih level signal. Once dia pullback, situ confirmation yang kena tunggu. Kalau dia pullback dan bounce semula atas MA200, then baru clear nak naik. Sebaliknya, price pullback dan terus tembus MA200 menandakan yang signal nak naik hayalah tipu daya semata.
Bitcoin 02.10.2024 18:41
Price sudah masuk area pullback penulis tanda. Masalahnya penulis dah set order buy lagi bawah dari itu. So, penulis masih menanti order untuk deploy.
Persoalan dia adalah, adakah price akan makin turun atau nak naik balik aka setel pullback?
Melalui 3D chart, penulis rasa masih ada peluang untuk price turun lagi.
Setakat ini, lagi 3.7% nak kena order penulis. Kepada Allah penulis berserah.
Bitcoin 03.10.2024 00:30
Sebelum pergi tengok Bitcoin, just sedikit update untuk chart 3 Abdul. Basically compare awal minggu, semua turun.
Now kita pergi market crypto, daily. Price dah close bawah mid BB semalam, 2nd candle sekarang, masih bawah mid BB dan macam dah reject mid BB. Ada nampak line putus2 merah area $2.07 T? Kalau price turun bawah ni dan closed, kendian confirm dgn satu lagi candle closed hence memang turun market semua.
Tapi kalau price tetiba bounce balik then penulis kena cepat2 closed tradelah sebab tak turun da price. Heikin dah 3 hari merah dan masih panjang.
Ok. Kembali kepada Bitcoin.
Beza dgn market crypto, price BTC tak reject mid BB lagi, malah tak sentuh pun. It’s either lambat, atau terus tak kuat.
Melihat pada 4H, nampak ada awan hitam dah terbentuk yang price tak leh nak lepas. Biasa kalau ada awan hitam ni, next memang ke bawah.
Tambah pulak candle semasa reject ema 8.
So, esok pagi penulis nak tengok lagi, tapi rasa sebelum tidur ni price turun lagi ni.
Harap kena order penulis area $59129. AMIN.
Bitcoin 05.10.2024 01:14
Sebelum pergi tengok BTC, penulis nak tengok 3 abdul dan S&P.
Ok, on S&P, patut dah nak kena pullback, so kalau benar pullback, BTC pun akan turun.
Tapi ketika ini, BTC agak naik pulak, so penulis masih belum dapat masuk order lagi. Price macam nak mencabar ema 8, so kita tengok berjaya atau tak.
Penulis rasa ni mungkin acah2 je nak naik sebab suhu dunia sekarang ni tak berapa nak sedap lepas Iran tembak Israel. Ditambah S&P nak pullback, penulis masih kekal rasa yang BTC akan turun lagi.
Insya allah.
bersambung…