Trade Log : w41 2024

WK41

Bukan senang mau senang. Lagi bukan senang mau menten senang. Dah lama penulis tak letak video motivasi. Dulu rasa macam every week letak video nak improve diri. So start minggu ni penulis buat baliklah.

Trade Status Penulis 06.10.2024 21:52

Semua capital sekarang dah dalam USD. Masih menanti nak buy balik area 59K-60K. Untuk ketepatan, area buy sekarang adalah $57912. Mungkin penulis akan buy dulu separuh untuk secured 2 BTC asal meaning amik je berapa profit dulu then kendian tengok acanne.

Kraken

Ada dua berita pasal Kraken, pertama, Kraken expand business dia lagi kali ini Bermuda. Satu lagi, ada whale nampak nak menjual maka adakah ini petanda BTC nak turun? Whale tak semestiya bijak tapi kalau dah jadi whale, boleh jadi bijak.

Solana

Penulis sekarang tengah study SOLANA, so expect ada content baru dalam blog ini. In the long run, penulis mungkin nak hodl SOLANA dan menjadikan ia sebahagian dari sebuah lagi projek kerajaan barisan nasional kategori Staking.

Ini ada video dimana kenapa SOL akan flip ETH.

Penulis dah hodl Bitcoin which is Proof of Work. Eth, proof of stake dan Polkadot, juga proof of stake. Berbeza dengan 3 ekor ni, Solana adalah proof of history.

So ada kemungkinan penulis akan tukar ETH kepada SOL. Itu yang penulis tengah kaji.

Ledger

Penulis macam nak upgrade ledger nano x kepada ledger stax. Hence penulis tengah nak finalize sama ada nak on atau tak. Yang murah sikit flex. Tengah pikir ni.

Pedoman Bitcoin

1. BTC failed breakout area $65050, first time failed, 2nd time false breakout.
2. Bear scenario, less likely : Kalau price turun, kena tahan $57,477 – $55,530 support kalau tak boleh pi $52,530.
3. Bull scenario : Mesti breakout level $66550 – $68,466 untuk terus naik ke area $70K. Ini adalah tanda confirmation.

Trade Status Penulis 07.10.2024 13:05

Semalam penulis close satu trade dulu, hat ni dulu sell 2 BTC dengan harapan buy dip. Sebab dulu sell area $63350, so penulis buy semula area $62400. Close dulu sebelum masuk balik. Amik profit sikit nak bayar bill.

So sekarang masih ada separuh capital dalam USD. Tengok minggu ni canne.

Ini dashboard terkaini.

Monitoring Bear Case 3 Abdul

Seperti biasa, sebelum apa-apa, kita tengok chart 3 Abdul untuk monitor bear case.

Dow Jones – $15,782 (turun compare last week), -7% dari level merah

IWM Russel – $217.43  (turun compare last week), -11% dari level merah

RSP – $177.18  (turun compare last week), -10% dari level merah

Monitoring Bear Case S&P 500

Level nak kena tengok adalah $4933. Seperti chart 3 Abdul, ini adalah level low kedua terkini. Pecah ni serrrr.

S&P500 – $5708 (turun compare last week)

Monitoring All Out

2 month chart, Crypto Crew Uni Method :
RSI on, MACD menjauhi, stoch tidak melepasi 80 = hodl

Agak bearish divergence : price higher high rsi lower high

Rainbow : Still Cheap = boleh beli, tapi macam nak turun ke Accumulate

Trade Status Penulis 10.10.2024 00:59

Penulis dah sell balik 2 BTC penulis, dan set order buy area $57700. Selain itu, trade profit hari tu dah wd dan selamat sampai dari oversea masuk ke dalam Malaysia untuk membantu ekonomi negara serta menguatkan lagi ringgit Malaysia.

So semua capital dalam USD sekarang mengharapkan price BTC turun ke area $57K. Kepada Allah penulis berserah.

Bitcoin 10.10.2024 01:20

Lama tak tengok chart. Ok. Now kita tengok daily.

Price confirm engulf sell few days lepas. Now price tengah turun. Bawah ada buy zone nipis area $60K. Price dalam kedudukan channel menurun. Price reject EMA 8, so bagus tanda favor ke bawah untuk buy dip penulis.

Heikin dah mula merah, hari ini bar kedua.

In term of BTC dominance, engulf sell ada atas dan bawah, so penulis expect dominance akan turun hence menyebabkan price BTC turun.

MACD juga nak confirm turun, dan momentum dominance semakin lemah.

Heikin dominance juga merah.

Kalau tengok weekly chart, sell zone confirm awal minggu ini. Momentum melemah dan menunggu confirmation turun MACD.

Now, tengok crypto market cap jap. Weekly, sell zone on, dan buy zone bawah ada. Menunggu confirmation MACD turun dan momentum pun macam nak turun.

Now penulis baru perasan yang US election lagi 3 minggu, hence, ada kemungkinan market akan turun sampai election tu sebab semua orang tengah suspen sapa nak jadi Presiden.

Bitcoin 12.10.2024 13:00

Price telah turun sejauh $58,888 namun tidak sampai target area penulis iaitu $57,700. Price kemudian membuat buah kilas belakang, telah naik paling tinggi hingga $63,434, dimana disitu price reject daily MA200.

Price sekarang berada di kawasan $62,568.

Trade Status Penulis 12.10.2024 13:03

Penulis dah cut loss sebab price naik balik. Penulis buy market area $62,107. So sekarang separuh capital dalam BTC dan separuh lagi masih USD.

Ini status dashboard terkaini.

Walaupun umpan tak mengena, namun penulis bersyukur kerana modal masih intact 2 BTC. Protect your capital, say the capitan. Alhamdulillah.

Bitcoin 12.10.2024 13:09

Berbalik pada Bitcoin. So now, harga nak pergi mana ni?

Prinsip asas dia seperti yang penulis tulis awal minggu, selagi tak breakout atas $66550 – $68,466, then harapan $70K masih pudar.

Namun begitu, adakah price telah bottom dan takkan kembali ke area bawah?

Penulis nak rilex dulu hari ni sebab malam karang nak pi tengok konsert M.Nasir so sekarang kena bawak anak-anak jenjalan beli jiwa dulu sebab nanti nak kena tinggai.

Hence, penulis akan update esok malam.

bersambung…