WK43
Minggu ni update lewat sikit sebab ada few hal nak kena settle. Mat Salleh kabo, better late than never.
First of all, berita baik untuk semua yang mempunyai sumber pendapatan dari luar negara.
Hari tu gov kabo pengecualian tak payah bayar cukai sampai Jan 2026 silap tapi dalam belanjawan baru-baru ini, tarikh dipinda lagi hingga 2036.
Hence, sedap la sapa yang gaji USD.
Now, kita sambung apa yang sepatutnya kita sambung.
Trade Status Penulis 23.10.2024 16:19
Last week kecoh betul la sebab BTC pump kaw-kaw so tak sure FOMO atau apa, hence penulis mula-mula beli, then jual stop loss, then beli balik, last sekali price tengah turun sekarang ni.
So kesimpulan dia, separuh capital dah masuk BTC dan separuh lagi masih USD.
Elok2 maintain $240K sekarang sebab separuh dalam BTC dah turun ke area $236K.
Takpelah, yang penting kita sentiasa belajar dari kesilapan.
Anyway penulis tengah menanti nak buy balik BTC. Capital patutnya 4 BTC ni dah menurunn sikit so harap BTC minggu ni turun jauh.
Pedoman Bitcoin
Pedoman minggu ini berbunyi begini,
1. Price dah breakout $66550. Confirmation candle pada 16.10.2024.
2. So price sekarang tengah reversal dan kalau bounce atas $65808, meaning price dah terkeluar channel selama ni dan heading atas.
3. Paling penting, apa2 reversal mesti atas dari area $60K – $58.9K, kalau tak, kita bukak cite beruang.
4. So price pergi mana? Long term boleh cecah $93.7K hingga $100K, tapi ni cite tahun depan. Ini adalah hujung wave 5.
Ini Sang Elly punya wave count,
bersambung…
Strategi Penulis Long Term
So pedoman mengatakan yang price akan pergi jauh next year sampai area $100K.
Katakanlah penulis masuk balik semua dalam BTC, 1.68 BTC + 2 = 3.68 BTC, then penulis cuti trade sampai $100K, maka capital penulis akan menjadi,
3.68 BTC x $100K = $368K. Ini bermaksud, dari paras $240K, jadi $368K increment capital menjadi 53.33%.
Sedap gak tu, tak buat apa tayah trade naik 53%.
Then, bila bear market start balik, baru trade semula, kalau sebulan 5% consistant, 5%*$368K = $18.4K bersamaan RM79K duit melayu. Ini sangat Ok.
RM79K sebulan x 12 bulan = RM948K, almost RM1M income setahun. Alhamdulillah.
But then ini long term, so short term kita tengok chart dulu. Yang penting penulis nak masuk BTC balik sebab half fund dalam USD.
Bitcoin 23.10.2024 19:48
Daily, penulis tengah tengok sama ada price nak bounce atau tidak, atas trendline channel, area $65,768.
Kalau bounce ke atas, tak closed bawah, capital USD akan penulis deploy untuk buy BTC.
Namun kalau tengok RSI signal turun ON, MACD confirmation turun pun ON, dan price memang tengah turun pun. Belum ada tanda reversal.
Heikin Ashi pun tengah merah, so trending parah.
Kalau price terus turun, penulis sekarang tengah standby untuk beli area $62,912, tapi dari masa ke semasa kalau boleh area $60K terus untuk maximise BTC yang dibeli.
3D chart, besok penulis nak tengok sell zone on atau tak, kalau on, ada kemungkinan lagi bawah price pergi.
Heikin 3D masih hijau.
Weekly, next week kita tengok price reject EMA8 weekly atau closed bawah area $64194.
Kesimpulan dia, price tengah turun, cuma penulis tak sure dia boleh turun sampai area ungu $58.8 – $62K.
Kepada Allah penulis berserah.
Bitcoin 24.10.2024 22:35
Terus ke 3D punya chart. Di dapati, sell zone confirm semalam dan baru penulis perasan yang buy zone bawah gila tebal bibir.
So, kalau tengok gaya ni nak naik senang je sebab nipis. Nak turun tu yang payah sikit sebab tebal dosa dia.
Lagi satu, dia agak reject emaa 8 tapi ada kemungkinana dia naik nak retest dan next adalah jalan turun.
Manakala heikin mengecil namun belum nak berubah arah lagi.
Bolehkah heikin yang mengecil tiba-tiba jadi besar balik atau adakah confirm kalau heikin kecik next mesti nak merah? Jawapan dia tak semestinya. Ini bukti.
Mini Trade 25.10.2024 21:51
Hari tu penulis ada mention yang penulis tengah study untuk trade signal dari TokMek. Hence, penulis akan mula sekarang.
Mini trade ini adalah trade cuba-cuba dulu untuk tengok sejauh mana boleh pergi ke tidak, disebabkan penulis agak sangap trade satu market je. Meaning, banyak masa menunggu. So capital gemuk duduk diam tak kerja.
So, setelah mengkaji bagai, penulis akan cuba MAPLE-USD, dimana allocation adalah cuma 2% atau $2.5K.
Pertama, signal untuk Maple naik adalah pada 15 october dengan kekuatan 17.77.
Kalau tengok pada chart, price masih belum pump, menunggu untuk breakout resistance. Ini chart weekly, didapati confirm buy zone pada minggu lepas.
Penulis dah set order buy stop loss pada harga $21.29 diiringi doa sampai TP $29.11, dengan kenaikan sebanyak 36%. Ini daily chart.
OK, yang kedua pulak, signal untuk Synapse naik adalah pada 15 october dengan kekuatan 0.62.
Kalau tengok pada chart, price masih belum pump, menunggu untuk breakout resistance. Ini chart weekly, didapati confirm buy zone pada minggu 41.
Penulis dah set order buy stop loss pada harga $0.7 diiringi doa sampai TP 50% – 70%. Ini daily chart.
So kita tengok canne, kalau price turun ke support, penulis mungkin ubah order, buy limit di support.
Kepada Allah, penulis berserah.
Mini Trade 26.10.2024 01:01
Maple dah breakout dan order penulis dah on. So now penulis dah set sell dekat area $29.
Mini Trade 26.10.2024 13:15
Maple price tak pergi jauh lagi, price semalam kuncup sampai bawah. Hari ni candle hijau, dan kalau esok berjaya buy zone, ada harapan naik.
Penulis ada update resistance line kedua berdasarkan jarum peniti. Harap hari ni naik melangit skywalker.
Bitcoin 26.10.2024 13:40
Semalam penulis set buy dekat area $66729, hence price turun sampai $65454. Kira ok la tu, so sekarang capital majority dalam BTC iaitu total 3.4 BTC. Agak turun 0.6 BTC dari asal dulu 4 BTC.
Sepanjang trade 4 BTC ni penulis dah profit dalam $223K, so ending hilang 0.6 BTC tu, kalau ikut harga hari ni, dalam $172K jugak…. so kalau ikut still profit $223K – $172K. Adat trade le…. ada taim sedap ada time surrrr…
Namun matlamat nak protect capital 4 BTC agak tersasar sikit. Insya allah ada rezeki kita cuba lagi.
Buat masa sekarang untuk BTC ni mebi penulis akan lek-lek dulu sell area $80K ke $90K ke tengok canne.
Untuk trade, penulis spare dalam $10K dari capital yang patut beli BTC tu so harap trade-trade ni boleh cover balik 0.6 BTC yang ghaib.
bersambung…