Catalyst – The Inspo
Seorang kawan penulis fwd satu video dimana seorang influencer crypto terkenal Malaysia, mula buat challenge untuk trade 100X dalam bull run 2025 ini, secara social trading.
Penulis, sebagai seorang trader nubis (baru serious tahun ni masuk tahun ketiga, previous years hanya hobi dan judi) agak ada rasa “something” dengan idea influencer ini.
Hence, penulis decide untuk challenge diri penulis untuk achieved kejayaan yang sama. Terima kasih kepada influencer crypto tersebut atas idea dan semoga Allah permudahkan urusan hidup beliau, diberikan kesihatan, kekayaan dan kesenangan.
AMIN.
Capital – $8.5K
Penulis mula dengan USD500 dulu tengok macam mana tapi mungkin penulis akan upgrade sikit sebab ini adalah satu journey yang panjang. So, alang-alang cuba, biar berjaya. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
Kemungkinan penulis akan letak $1K atau $5K untuk journey ini, tengok macam mana nanti.
Dibawah ini adalah kira-kira berdasarkan capital berapa, dan kalau achieved 1000X, berapa in the final countdown turuttu tuuu.
Update WK48 2024
Penulis dah start trade dengan capital $5000
Update WK01 2025
Penulis dah start trade dengan 3 set, $5K, $2.5K, $1K. So basically, total capital adalah $8.5K atau bersamaan dengan duit melayu, almost RM40K. Kita tengok mana satu yang kena.
Target – 100X to 1000X
Target asal adalah 100X, tapi alang-alang, apa kata naikkan 1000X. Kalau tak dapat 1000X dapat separuh 500X pun dah besar rahmat. Alhamdulillah kepada Allah penulis berserah. Tapi kalau dapat 100X pun dah ok sebab tu target asal.
1000X ni bukan pulak nak kata penulis handal gila atau hebat dari crypto influencer tu pulak ko jangan salah faham. Angka ni tiada kena mengena dan tetiba ilham ni Allah bagi.
Apapun, apa yang penulis belajar dalam hidup ini adalah, kita jangan letak target rendah sebab Allah akan beri lebih dari apa yang kita minta kalau kita selalu ingat kat Dia.
So kalau capital $8.5K, kalau betul 1000X, endgame dia adalah $8.5M. Canne? Nampak macam sedapkan. Tapi serius agak ketum sebenarnya, namun penulis hanya mampu berserah.
Hanya masa yang akan menentukan. Kalau tak 1000X, 100X pun dah $850K. Oklah tu. Almost sejut. Sapa nak bagi?
Percentage – 2%
Penulis letak kat spreadsheet anggaran setiap kali trade, profit adalah 5%. So kalau 5%, ia memerlukan 140 kali trade untuk grow dari $5K kepada $5M atau 1000X.
Namun begitu kalau boleh lagi tinggi sempena bull market, penulis akan letak tinggi sikit, itu pun berdasarkan chart.
Ini adalah kerana manalah tau nak cover trade yang rugi, hari tak selalu cerah brader dalam arena trade ini.
Apapun, Gemini kabo kena 142 trade. Rasa tak tepat sebab tak bagitau starting capital berapa.
Update WK01 2025
Penulis letak minimum target 2% setiap hari untuk semua trade, tapi kalau nampak macam boleh pergi jauh, penulis up.
Timeline – How many years???
Penulis nak tengok dalam bull run ni boleh sampai berapa X, tapi kalau tak dapat, penulis akan continue hingga 1000X. Hence, ini mungkin makan 2-3 bull bear cycle.
Starting Week
Tarikh mula trade adalah pada Week 47 2024.
Ending Week
Tarikh akhir tak tau lagi sebab kena trade 140 kali kalau 5% profit confirm. Kepada Allah penulis berserah.
Trade Strategy – Token Metrics
Penulis akan masuk coin yang listed bull by Tok Mek, kemudian akan filter dan hanya akan pilih coin yang duduk di support untuk jual di resistance.
Target penulis adalah 2%- 5%, jika sampai, penulis akan trail stop loss dari 5%, sebab nak make sure 5% dalam tangan, kalau lebih alhamdulillah, atau siap2 terus set OCO order untuk stop loss.
Namun, sebelum sampai 2%%- 5%, penulis akan buat stop loss pada recent low untuk protect capital.
Lagu Tema 1000X
1000X Summary
So basically ini adalah trade journey kategori nak membesarkan capital daripada $8.5K (almost RM40K) kepada $850K (almost RM4M). Ini adalah stage 1.
Manakala kalau achieve, penulis akan decide untuk teruskan journey hingga 1000X, dimana $8.5K asal jadi $8.5M ATAU, penulis start trade 5% sebulan daripada capital $850K (almost RM4M) dimana sebulan boleh dapat dalam $42.5K (almost RM190K sebulan). Cukuplah tu. Penulis pernah gaji RM70K sebulan, yang hampir RM200K ni penulis tak pernah lagi. Insyaallah.
Kepada Allah, penulis berserah.
Trade Status
Untuk status trade, rujuk Trade Mission.
Akhir kata
Semoga dipermudahkan, diberkati dan dirahmati perjalanan Trade 1000X ini.
Kepada Allah, penulis berserah, dan memohon kejayaan.
AMIN