Trade Log : w15 2025

WK15

Ramadhan telah berlalu, kini menjelma syawal. Kita dah beraya seminggu, kini waktu kembali asal (trade le).

Porftolio Update 07.3.2025 21:16

Masih menunggu market crash untuk buy dip bagi trade Bitcoin, rasa macam minggu ni boleh closed sebab Bitcoin jatuh teruxxx.

Last week ada trade kejap itu profit 0.7, so ada la dapat sikit. Ini log. Kalau hold lama lagi mesti lagi senyum tapi takpe apa-apa alhamdulillah janji tak loss.

Now, overall masih lebih kurang sama lagi macam last week, which is 25% profit sebab naik sikit je. Untuk trade 1000X tiada update terkini.

S&P500 07.04.2025 21:28

1. Summary dia sekarang kita nak tahu sama ada market sekarang dah mula BEAR, atau CAPITULATION.

2. Apa beza BEAR dengan CAPITULATION? Boleh baca screenshot ini.

3. So now, sekarang kita menunggu bottom signal, kalau ada signal ini, meaning bukan BEAR, tapi CAPITULATION. Namun setakat ni, signal bottom belum ada.

4. Setakat hari ini, RSI memang dah oversold gila dan last sekali benda yang sama berlaku adalah pada March 2020 time covid hari tu.

5. Covid crash -36% manakala sekarang baru -22%.

6. Tapi walaupun oversold gila, tak semestinya market tak boleh pergi lagi bawah. Hence ada kemungkina market turun lagi bawah.

7. Now, persoalan besar adalah kita dah masuk BEAR market? Jawapan dia belum lagi.

8. Untuk kita kata BEAR dah start, S&P mesti closed bawah 4953 dan DJI 37611. Ini kedudukan terkini. Dua-dua belum closed, malah ada rejection. DJI ni Dow theory model.

9. Now, ada kemungkinan BEAR dan CAPITULATION berlaku sekali. CAPITULATION ni negatif gila, semua orang dah giveup.

10. Now, level CAPITULATION pulak,
S&P – 5115 (belum) with confirmation by either DJI – 37,704 (belum) or NYSE – 17522 (belum).

11. Kalau CAPITULATION ON, maka next adalah bottom (CAPITULATION bukan bottom). Tapi jangan salah faham, itu bukan tanda market tak boleh turun lagi cuma probability tinggi adalah reversal atau strong bullish signal.

12. Satu lagi chart yang support CAPITULATION adalah survey of money managers sentiment chart, dah turun bawah 50 namun belum bawah 25.

13. Now ini benda penting. Kalau CAPITULATION = TRUE, BEAR = TRUE dimana kedua-dua ON, kita boleh ignore BEAR market meaning CAPITULATION invalidate BEAR signal.

14. Kalau CAPITULATION on, maka kita boleh pergi lagi tinggi dalam market.

Gold 07.04.2025 23:57

1. Gold boleh pergi lagi tinggi 3222 – 3250.

2. Tapi kena stay above 21D MA atau 3000 atau paling last 2954. Ini chart.

3. Namun kena hati2 sebab dah ada negative divergence, so maybe boleh correction bawah samapi level 2790.

Bitcoin 08.04.2025 00:15

1. Bitcoin tak lepas resistance 88804 – 90540, hence, favor ke bawah.

2. Support adalah 73835 – 70000, kalau pecah ada gaya ke 65000.

3. Level nak kena tengok adalah confirmation break below 78800 – 79000, so risk lagi ke bawah itu benar.

Trade Bitcoin 09.04.2025 01:29

Kan ada satu trade penulis masuk yang tunggu nak buy area 75K hari tu? Sell WK11 pada $81200 dgn harapan TP $75219 boleh profit dalam 0.24 BTC?

Al kisahnya penulis ntah canne terlebih confi, tukar TP pada area $73K, last sekali tak kena sebab price turun paling bawah area $74409, then price naik balik.

Masa price naik tu penulis cut loss, last sekali ending dia cuma profit 0.03 BTC.

Bila penulis kaji balik kenapa jadi macam ni, (patut untung besar tapi last sekali tunggu lama untung ciput) penulis rasa few days sebelum tu penulis ada tengok status ig kawan penulis ni. Dia up status kata ini time bear paling teruk dia kena so far so susah nak trade. Elok tengok status tu terdetik dalam hati penulis, apa barang orang bear market pun boleh trade (sebab sell high buy dip). Penulis rasa ini balasan kepada penulis kerana terbit rasa riak dan ego so last sekali penulis kena. Dan nak dijadikan cerita lagi, esoknya pulak kawan penulis up status ig kata dia profit 10% dalam satu altcoin ni.

See…. Punya halus Allah ta’ala nak ajar kita. So sekarang penulis dah insaf. Lain kali instead of terdetik dalam hati macam kita ni pandai sangat, walhal yang Maha Pandai itu Allah ta’ala, penulis nak latih diri agar terus je doa semoga dipermudahkan kepada si polan (tak kira sapa la yang up status). Penulis rasa ini lebih baik dari kita rasa kita ni Maha Pandai.

Ok, habis kisah pengajaran.

Now, kembali kepada trade. Penulis dah sell 3 BTC tadi pada price $79500, dan TP setakat ini pada $75000. Kalau ini berhasyil, ada la profit dalam 0.18 iaitu 6%.

Kalau tengok pada chart daily, kalau esok confirm sell zone, maka turun tu. Plus satu lagi, agak extreme kalau candle closed lower BB. Price dalam downtrend.

3D confirm sell zone. MACD bersilang ke bawah.

3D heikin ashi makin panjang.

Kepada Allah penulis berserah.

Trade Bitcoin 09.04.2025 15:01

Pagi tadi penulis terjaga dan tengok market macam naik, hence penulis closed trade pada price 76695 dan amik profit dulu terus.

Penulis kendian sambung tidur, pagi kul 10 bangun balik tengok-tengok market turun sampai area 74500, dalam erti kata lain, kalau tak closed trade hence profit lagi asyukkkk.

Takpelah, ini ada trade. Ada masa untung besar, ada masa untung kecil. Ada masa rugi besar, ada masa rugi kecil. Yang penting kita doa pada Allah, asalkan tak rugi tak besar rahmatnya dan apa jua profit, kita terima dan bersyukur. Ini scorecard terkaini.

So, kita tunggu lagi kalau ada peluang trade.

Kraken 09.04.2025 15:16

Lama tak update pasal Kraken. Penulis tengok dekat dashboard ada Auto Earn amenda ntah so penulis rasa nak siasat dengan lebih lanjiut.

Bila click detail dia keluo cenggini,

Dia nampak macam kita tak yah buat apa-apa, asal ada je capital dia jalan. Tapi penulis nak tengok detail gak terms and conditions dia apa sebab kita tanak kang kalau turn auto earn ni dia kacau takleh trade ke apa.

Penulis cari dekat blog Kraken macam takde, anyway, penulis jumpa di web begini.

Kalau pergi web dia pada penulis yang penting adalah lock up period, so far macam takde. So agak safe la sebab kita tanak time nak trade, sekali tak boleh. Reward dia bukan banyak pun.

So kesimpulan dia, penulis ON lah. Nanti ujung tahun kita tengok perbezaan nilai earn tu compare sekarang dalam 11K.

Info lain, nampak macam business Kraken agak maju. Revenue bertambah level billion. Trade volume pun bertambah.

Trade Bitcoin 09.04.2025 15:33

Now penulis mencari ruang untuk masuk trade semula. First of all, kalau tgk chart crypto, semalam da confirmed sell zone. Masalahnya RSI dah panas means signal nak naik dah ON dan hanya menuggu confirmation dari MACD.

Hal yang sama juga pada BTC, dimana sell zone confirmed, tapi signal bull ON menanti confirmation.

Namun begitu, nampak volume buy tak tinggi so macam bull tak berapa nak kuat.

Kalau ikut pedoman, selagi bawah 79K, favor ke bawah 73K – 70K.

Penulis rasa nak tunggu jap bull ni failed dan sell balik untuk buy dippy seperti biasa dimana adakah price akan reverse pada sell zone area 78359.

Alam Kajian : Hutang adalah PERhambaan 10.04.2025 00:51

Last week penulis dah start kaji pasal hutang. Penulis letak dalam posting. Penulis dapati yang content dia agak panjang, so tak boleh habis dalam satu minggu.

Bila jadi gitu, ia akan bersambung dalam posting next week dan seterusnya. Last sekali, kalau nak baca, agak susah sebab kena click dari post ke post.

Hence, penulis dah copy dan paste dalam satu page supaya senang nak sambung tulis dan juga senang nak baca kemudian hari.

Boleh ke page alam kajian, dan scroll bawah sekali.

Trade Bitcoin 10.04.2025 01:29

Penulis dah sell BTC pada price $80200. Dah set buy area $75K tengok accane. Kalau serr, penulis akan set tinggi lagi mebi $78K ke $79K ke, tengok dulu. Ada sikit terasa terjual awaiiii….. lega…..

Update Abang Ali 10.04.2025 23:27

bersambung…