Trade Log : w16 2025

WK16

Sibuk open house ke? Penulis dengan isteri tengah rancang nak buat open house. Sepanjang kahwin, ini yang pertama. Ada rasa agak ser dan nak kena decide. Nak buat one shot semua atau intimate sikit2. Kalau one shot nanti takut tak terlayan. Sikit2 agak penat repeat.

Porftolio Update 

Semua dalam USD, tengah tunggu buy dip, kecuali modal 1000X dalam Kaspa.

Bitcoin 14.04.2025 00:00

1. Kiraan Elliot Wave Bitcoin adalah ABC, dimana sekarang ni C kita tak sure dah bottom ke belum.

2. Kalau closed resistance 88,804, tanda dah bottom. Sekarang belum lagi.

3. Kalau closed 88,804, setup rally ke 140K – 150K. Meaning kalau penulis, kena cuti le.

4. First TP 121,500 (1.382) atau 143,501 (1.618), asalkan S&P tak bear.

5. Support adalah 78K – 80K. Kalau closed bawah ni, boleh pergi  74K – 70K – 65K.

6. Kesimpulan dia, kalau kita ada cash, last masuk BTC adalah 88,804.

Gold 14.04.2025 00:08

1. Gold dah overbought gila, sama macam tahun Aug 2011 dulu dimana RSI monthly dah peak, dan indicator special sudah line merah.

2. Gold then turun hampir 44%, sebelum mula nak naik pada Jan 2016, agak 5 tahun jenuh nunggu.

3. Kalau correction, mungkin boleh revisit 2800 – 3000.

S&P 500 14.04.2025 00:26

1. Nampak signal capitulation, so bullish untuk stock market, sebab nampak macam dah bottom.

2. Next expectation adalah bullish, walaupun S&P mungkin turun lagi short term.

3. Satu lagi petanda adalah margin debt, sangat corelation tinggi dengan S&P. Kalau margin debt naik, S&P naik / bull. Kalau margin debt turun, S&P turun / bear.

4. Kalau May – June ni Margin debt makin turun, S&P bear, atau market dah top.

5. Margin debt ni apa?

6. Kesimpulan dia, margin debt naik sebab ramai orang pinjam duit untuk invest, hence sebab tu stock market naik.

7. Ada tak chart ni dalam tradingview? Takde.

8. Berbalik pada S&P500, weekly, dah oversold sangat. Sama macam tahun 2020 dulu, hence, likely bottom.

9. Kalau price naik ke 5504 – 5571 dan closed, hence, dah bottom. Take note area ni ada gap. Ini kena tengok minggu ni sampai Khamis.

10. Bullish count adalah 4 hijau nak pergi 5 hijau, 5 ni boleh jadi max 7000. Ini kalau market dah bottom dimana 4 kuning adalah 4834 dan jangan lupa margin debt kena positif.

11. In term of risk, kalau drop area 5000 – 4953, next support adalah 200 WMA / 4658.

12. Bearish count adalah current high dah kira 5 hijau, dimana 4 kuning tadi adalah A, next B naik jap dan seterusnya C turun hingga 3932. Start bear dia adalah area 4818. Namun ini adalah kemungkinan multiverse, bukan universe kita.

13. Kesimpulan, kalau price closed atas 5571, cash kena masuk Bitcoin.

Trade Bitcoin 14.04.2025 14:47

1. Motivation penulis sekarang adalah untuk buy dip dimana semua capital termasuk profit penulis dah duduk dalam USD. Buy dip bukan nak profit tapi nak protect capital loss untung sikit pun jadilah.

2. So now siasatan adalah untuk melihat sama ada Bitcoin akan terus naik, atau turun.

3. Kalau tengok kepada kiraan elliot, kalau betul kiraan penulis sebelum ini 1,2,3,4,5, patut sekarang ABC.

4. So sepatutnya short term turun untuk completekan B.

5. Namun kalau ikut pedoman Master penulis, wave besar adalah ABC, so next adalah 12345, bukan ABC macam penulis agak.

7. Now, ini order penulis.

Satu 82K, satu 79500.

8. Rasa macam boleh turun sebab heikin daily makin lemah dan nampak nak bertukar arah.

9. Kena closed minggu ni jugak sebab heikin weekly strong hijau baru satu candle.

10. Rasa macam nak turun sebab bearish divergence antara chart dengan volume. Price naik, tapi volume makin kurang.

11. Price jugak tengah reject centerline trendline.

12. S&P belum cross level ALL IN kita.

13. Crypto market semalam failed sell zone namun hari ni belum confirm failed buy zone.

14. Crypto heikin makin melemah, hence tanda nak turun ada.

15. Kepada Allah penulis berserah, semoga ada sinar. AMIN

bersambung…