INTRO
December 2021 – Penulis balik kampung seminggu. Sebab tade benda nak buat, penulis start baca pasal defi.
Penulis sebelum ni tahu gitu-gitu je tapi lepas kajian mendalam, penulis teransang.
Untuk sessi pertama, penulis akan tulis hasil kajian Anchor Protocol.
Asal mana?
Anchor Protocol adalah Layer 1, bapak dia yang Layer 0 adalah Luna. Ketika kajian dibuat, Luna $91.12.
Manakala Anchor Protocol, $3.48.
Untuk overview besar ecosystem Luna, tgk sini.
Market Crypto ketika ini adalah 2.2 T.
So sapa yang buat coding Anchor Protocol ni?
Team yang sama buat coin Luna. Meaning ada sentuhan founder Do Kwon yang gangster tu.
Menatang mende?
Anchor Protocol adalah satu sistem yang membolehkan :
a. DEPOSIT : Hang letak duit, hang dapat 20% interest. Duit hang letak adalah UST, Luna punya Stablecoin. Basically, ini macam saving account.
Hang boleh insuredkan simpanan hang dengan agensi insuran yang dia bagi.
b. LOAN : Hang pinjam duit, modal hang adalah hang kena cagar coin bLuna ( Luna, tukar jadi bLuna) ada interest kena bayar selama hang pinjam. Namun begitu, hang dapat token ANC atas pinjaman hang ni sebagai rewards, last sekali interest hang negatip.
Setakat ni, ini coin cagaran bEth / bLuna.
Mana nak dapat bETH / bLuna ni? Hang kena tukaq / bond kat protocol dia, hence :
c. Hang tukaq coin ecosystem dia dalam ecosystem dia, ini dipanggil Bond.
Bond ni gini. Hang bagi (bond / lock) Luna, hang dapat bLuna. Hang burn bLuna, hang dapat balik Luna.
d. STAKING : Hang stake ANC atau coin anchor protocol tadi. Hang dapat 16.78% APY.
e. PROVIDE LIQUIDITY : Hang bagi coin ANC untuk LP (Liquidity Pool) hang dapat 97.39% APY.
Kesimpulan dia semua ni menatang menda?
Anchor Protocol ni adalah money market antara depositor dan peminjam. Sorang letak duit dapat interest (20%), sorang cagar asset crypto dia (bETH, bLUNA) untuk pinjam duit nak kawin no 2 atau etc. Kendian, untuk govern protocol ni, sorang lagi boleh supply coin ANC agar protocol ni running melalui staking. Last. sekali seorang lagi provide coin dalam Liquidity Pool agar sistem membolehkan orang swap / tukar coin.
Ramai ke orang pakai?
As 3.1.2022, $11.2 B total value locked.
24.1.2022, waktu Bitcoin paling bottom at $32K, masih steady. $10.69 B.
Namun effect dia lepas tu drop sampai $8 B.
Kesimpulan dia, walaupun Bitcoin drop separuh dari 60K ke 30K, Anchor Protocol tak drop dari $11B ke $5.5B.
6.2.2022, $9.3 B
Berapa size Anchor kalau di Malaysia?
No 3, level TNB.
Adakah Anchor Protocol ni boleh tahan lama?
Penting tahan lama atau tak ni sebab kalau business model dia tak boleh hidup panjang, maka last sekali melingkup la. Kalau melingkup, duit kita dalam tu, lega la kita.
Sekali imbas, dikatakan Anchor Protocol mampu bayar 20% interest sebab dia buat 24% dari sumber staking yang orang cagar coin dengan dia.
Tapi menurut perkiraan berdasarkan analitik yang ada dalam protocol tu, dia kadang-kadang short sikit kadang-kadang lebih.
Canne nak kira analitik tu?
Basically total payout dia adalah interest 20% yang dia bagi kat orang yang simpan UST.
Mana nak dapat 20% ni? Jumlah orang cagar bETH dan bLuna dekat dia, yang ni dia pegi stake kat tempat lain (tak silap macam LIDO).
Satu lagi fee Bond rasanya.
Namun begitu, dalam keadaan kecemasan, dia ada yield reserve. So dia rembat duit dari sini untuk top up. Jangan lupa juga ada pendapatan interest dari peminjam.
Ini kiraan dari Mat Janggut bawah tu.
Detail penerangan, layan Mat Janggut ni.
Ini video kedua.
Kesimpulan dia,
Dia macam tak boleh melingkup sebab agak sustainable. Ini apek punya penerangan simple.
Apa yang paling penting nak kena monitor?
20% interest tu sebab kita masuk sini nak 20%. Thus, kalau 20% ni tak boleh bertahan, what is the point masuk?
So Anchor kena make sure maintain 20%. Thus, kena ramai orang pinjam duit dari Anchor.
Tapi kalau sikit orang guna, maka Anchor akan amik Yield Reserve. Selagi boleh bertahan reserve ni, maka ada la duit nak bayar 20% in case orang pinjam kurang.
Mana nak tengok progress Yield? Sini.
Sejak kejatuhan Bitcoin $32K pada 24 Jan, yield makin susut sebab orang tak pinjam duit ekonomi teruk.
Ini detail video. Untuk Anchor nak maintain 20%, suggestion dia a. naikkan LTV kepada 80% supaya orang nak pinjam lagi dari Anchor, b. Banyakkan asset sebagai collateral.
Apa effect kalau Anchor fail?
Luna pun boleh melingkup sekali. Ini detail video. Hence, Anchor Protocol sebagai poster boy Terra mesti succeed.
Pernah kena hack tak?
14.1.2022 – Belum pernah
Risiko lain?
Protocol kena hack, sebab ni smart contract. Tapi setakat ni, Anchor Protocol tak pernah kena lagi hack.
Now ini adalah detail tentang discussion pasal Anchor di reddit. Kalau nak letak kat Anchor, wajib baca.
Kalau nak try simpan UST ni tapi nak tidur malam lena diulit intan seingat aku kita pernah bertemu dulu?
Boleh cuba amik insurans dia untuk protect capital.
Penulis nak tau detail lagi. Ada video lain lagi tak?
Kesimpulan
Bank boleh bungkus lepas ni. Disebabkan korang berlagak nak mampus – ini karma dari tuhan. Dulu masa penulis miskin ko kejar macam anjing. Macam nak pecah telefon gangster mintak duit. Lepas tu sekarang penulis dah kaya, sama juga macam nak pecah telefon tapi tak kejar macam anjing cuma kejar macam pengemis. Offer loan la itu la ini la.
Basically hang bagi tau mana tempat saving ke current account ke yang bagi 20% setahun? Unit trust pun kencing tau tak.
No 2, hang bagitau mana tempat hang pinjam, dia siap tambah bagi coin kat hang? Gila.
No 3, hang tak yah keluar rumah nak keluar duit pastu kalau hang keluar 100% dia tak sibuk tanya hang macam bank nak buat apa duit ni.
After Math
Penulis ada message dekat member penulis, tanya opinion dia pasal Anchor ni. Dia tak sure tapi suh check dengan James. Malangnya James tak. pernah cerita lagi pasal Anchor Protocol ni.
Bila penulis balik KL lepas new year, James keluarkan video ni. Cuma fokus Luna, sebut Anchor sikit-sikit.
Apa yang penulis faham adalah, kalau banyak orang burn Luna jadi UST, maka supply Luna akan mengecil thus harga Luna akan naik kaw-kaw. Dan juga, untuk apa orang nak burn kepada UST? Anchor lah jawapan dia.
What’s next?
Penulis memang ada plan nak hold Luna. Penulis juga ada plan. nak try Anchor ni. Tapi sekarang fund limited.
Nanti bebila penulis nak try.
Baca : Tutorial Anchor Protocol
Now ni just terfikir tapi kena kira betul-betul.
Kalau ada 1 BTC, cagarkan ke Celsius, dapat 20%. 20% ni kita tukar UST, then depo ke Anchor. Lepas 5 tahun, UST ni jadi seganda. So separuh dari seganda ni bayar balik ke Celsius, collect balik 1 BTC tadi. Kita dapat duit free 20% ( minus interest 2 tahun di Celsius) dalam masa 5 tahun.
Nampak macam banyak strategi boleh buat ni, so boleh baca sini.
Link
https://www.anchorprotocol.com/
https://app.anchorprotocol.com/
https://docs.anchorprotocol.com/