Trade Log : w02 2022

10.1.2022

Kita berada di minggu kedua tahun 2022. Untuk analysis detail Bitcoin, baca sini.

Untuk Polkadot, daily, resistance adalah  $32.78 manakala support $22.66.

Keadaan sekarang macam dah rebound dari support (tak touch $22.66 pun) dan nak naik atas.

Manakala 4H sekarang, dah closed mid BB.

Anticipation kalau nak trade jugak minggu ni adalah, tunggu signal RSI 4H overbought, dan MACD bersilang kat atas nak turun bawah baru sell Polkadot untuk buy dip. Boleh jaga-jaga bila price dah retest upper BB. Namun SL kena ketat sebab takut dia lajak naik nak retest $32.78. TP paling dekat dengan support $22.66.

Now sementara menunggu, penulis sedang mendalami Anchor Protocol. Baca sini.

11.1.2022

Daily nampak macam nak naik sebab lower BB dah keluar jarum. Kalau body close lower BB itu lain cerita maybe nak turun.

Bila tukar heikin mode, body merah dah makin kecil dan mengendur. Now anticipation dia adalah candle decision hijau lepas ni untuk tanda trend dah berubah.

So kesimpulan dia, agak bahaya kalau nak trade buy dip untuk Dot masa ni.  Tapi kalau degil, tukar mode 4H. Masih tak close middle BB. Dan lagi, ada trendline menurun as resistance.

Kalau berani, sell sini untuk buy dip support.  Meaning, sebab daily nak naik, so trade kena close cepat kalau masuk jugak.

Heikin mode dah keluar indecision. Kalau merah, turun tu.

12.1.2022

Semalam penulis discuss ngan member sama ada BTC akan turun test 30K atau tak, member rasa tak. Anyway, lepas tu penulis jumpa ni :

Basically, Bitcoin dah buat Head & Shoulder Pattern. Ni video kalau tak pernah dengor.

Now apa expectation lepas Head & Shoulder belah atas biasanya?

Detail penjelasan, baca sini.

Namun begitu, pagi ni penulis ada tengok video lain pula dimana kajian oleh Fidelity tentang Bitcoin Supply & Demand. Nampak macam 40K is the new 30K.

Manakala ini satu lagi graph ada phase accumulation bagai. Suggest next phase adalah impulse bull  untuk terus naik.

Kesimpulan dia, tiada siapa tahu price akan datang, indicator hanya mencadangkan sahaja. Apa yang penting, apa action plan kita kalau tilikan kita tidak mengena agar capital kita protect.

Now back to Polkadot.  4H tengah naik. Tunggu signal dia nak patah balik.

13.1.2022

Ok Signal overbought dah keluar di RSI. Tu yang warna putih tu. Next adalah tunggu MACD bersilang dan boleh start jual Polkadot untuk buy DIP. MACD bersilang adalah confirmation untuk masuk trade.

Manakala Heikin masih belum ada pertukaran trend sebab masih hijau. Tapi candle dah start pendek2.

Namun begitu, trade ni kena hati2 dan SL ketat sebab 1D macam nak naik ikut MACD cuma tak close mid BB. Meaning 50-50 nak naik lagi atau turun.

Daily Heikin masih hijau dan panjiang.

Now, penasihat penulis Alleysio ada up news baru. Mari kita layan.

Trade Mode

14.1.2022

Ok lepas kul 12:00 malam tadi dah bersilang MACD maka confirmation sudah ada.

Mode Heikin juga sudah merah merah menyala ali baba.

Kalau tengok daily, gagal closed Mid BB, so macam memang nak turunlah.

So ini plan dia.

Namun begitu, kita akan monitor setiap 4 jam sama ada 4H tu dia reject Mid BB tak takut dia patah balik atas.

Perancangan SL adalah pada $26.75

Kalau untung $2.4K / 106 dot, kalau rugi $359 / 13 dot. Risk reward 1:8.

Ok, cargas. Sebelum tu, Ya Allah ya tuhanku, berilah aku profit dalam trade ni. AMIN.

Ok now kita unstake Polkadot jap. DONE.

Next, set Sell Limit $26.30

Now, sementara nunggu, kita tengok kenapa penting hal risk reward. Benda ni bagus ajar kita agar kita tahu apa yang kita nak risk-kan demi untuk mendapat reward.

Kira cam kalau masa muda dulu, risk apa yang kita nak amik demi mengayat awek yang soulmate kita gitchew.

Now lepas layan video ni, penulis rasa cam nak ubah calculator penulis sebab leceh lak nak tukar2 untuk screenshot. Penulis nak combind dan terus masukkan risk reward. Malas nak kira banyak kali. Penatlah.

So new calculator ni ada kiraan auto risk reward, juga ada TP / Target Profit backup / no 2 in case tetiba rasa nak sell tak sedap hati.

Orite dah improve. Cun. Now coin pun dah jual, tiba masa untuk set SL. Pastu nak tidur.

Trade Result

14.1.2022

Penulis baru baru bangun, jam sekarang pukul 12:00 tengahari. Semalam tidur pukul 4:00 pagi.

Dukacita dimaklumkan bahawa trade semalam dah pun Loss. Ini graph jam 12:00.

Ini deployment SL. Pukul 9:37 tadi masa penulis dibuai mimpi indah.

Now, analisis dia, kalau penulis bangun semayang subuh pagi tadi dan lepak jap tengok pukul 8:00, mungkin penulis dah cut loss situ sebab nyata price reject Mid BB.

Meaning, dia tak closed bawah Mid BB untuk memberi petanda yang lebih deep art berat yang price nak turun bawah.

Namun begitu, suasana seperti ini adalah satu SMD atau dikenali sebagai Spike Mendadak Dangdut. Ini ibarat kat sekolah dulu kita tengah jogging tetiba dari belakang cikgu dispilin datang spike kepala kita dari belakang sebab tak pakai stokin pergi riadah.

Volume naik tiba-tiba ibarat pump. Biasa kalau tinggi SMD ni dia akan dump.

Ketika ini penulis akan staking balik Polkadot penulis. Take note jumlah percentage penulis guna dari GPF adalah 50% sahaja. Lagi 50% memang dalam staking.

Meaning penulis menggamble 50% fund pencen penulis. Hati kau kental Roy.

Now, mari kita stake semula 50% fund yang keluar untuk trade ni.

Ok siap.

Alhamdulilah TQ Ya Allah, walau rugi minggu ni, tapi tak rugi banyak. Semoga next week Aku boleh cover balik dan untung lebih banyak Ya Allah.

AMIN.

Trade Stat

Since w0122
1 win 1 Loss
Profit to date : 55.7 Polkadot