INTRO
“There is a moment you want one. There is a moment you own one”
Perspektif sebuah kereta berbeza mengikut kasta hidup. Kereta yang asalnya adalah sebuah alat untuk bergerak, berubah menjadi tanda aras sejauh mana seseorang itu berjaya dalam hidup, atau telah mencapai apa yang dia idamkan, dalam hidup.
Zaman ini, kejayaan seseorang diukur dengan kereta apa yang dipandunya. Kerana itulah, yang “paling keterlihatan”.
Seorang kawan penulis datang bertemu penulis ketiga penulis dalam tahun ketiga berniaga. Apa yang terpancar daripada mulutnya memang makan dalam.
“Ko ni dah berniaga 3 tahun tak pakai BMW lagi, ko tak reti kira duit ke?”
Now memang betul kereta adalah salah satu tanda ukur kejayaan seseorang. Namun jangan sampai kerana nak pakai kereta besar, kita tergadai.
Loan kereta vs Kos Kenderaan
First sekali, apa yang perlu dibetulkan dahulu dalam mindset kita adalah kos kereta bukan sekadar bayar loan bulanan.
Kos bulanan kereta termasuk :
a. Loan bank
b. ( Road Tax + Insurans ) / 12
c. Minyak
d. Tol
e. Service
f. Car Wash
g. Wax, Polish etc
h. Saman (speeding etc)
Kesimpulannya adalah, kita kena anjak pemikiran kita yang every month kita bukan sekadar bayar loan bank untuk kereta, tapi kita memerlukan kos untuk menanggung “transportation” kita.
Now, kena ingat juga, kos transportation ini darab berapa kenderaan yang ada di rumah kita. Meaning bukan limited hanya kepada kereta, tetapi jangan lupa motor.
Berapa percentage allocation dari pendapatan kita untuk kereta?
Banyak mazhab membicarakan hal ini. Mari kita lihat.
1. 1 / 3 Pendapatan bulanan
Berapa pendapatan bulanan, bahagi 3.
Gaji RM3 K – RM1 K
Gaji RM5 K – RM1.6 K
Gaji RM10 K – RM3.3 K
Gaji RM50 K – RM16.6 K
Gaji RM70 K – RM23.3 K
Gaji RM100 K – RM33.3 K
2. 15% Pendapatan bulanan
Ada yang kata kos bulanan transportation mestilah tidak lebih dari 15% dari gaji bulan. Meaning, 15% adalah,
Gaji RM3 K – RM450
Gaji RM5 K – RM750
Gaji RM10 K – RM1.5 K
Gaji RM50 K – RM7.5 K
Gaji RM70 K – RM10.5 K
Gaji RM100 K – RM15 K
3. Harga kereta = 36 x pendapatan bulanan
Ini angle lain yang bersandarkan pada harga kereta compared gaji.
Gaji RM3 K – RM108 K
Gaji RM5 K – RM180 K
Gaji RM10 K – RM360 K
Gaji RM50 K – RM1.8 M
Gaji RM70 K – RM2.5 M
Gaji RM100 K – RM3.6 M
Antara 3 mazhab, yang mana paling baik?
Of course yang paling baik adalah yang paling minimum kita keluar duit untuk dia. Ini adalah kerana :
1. Kenderaan adalah liabiliti
Siapa kata kenderaan sebuah asset sebenarnya memang bangang. Sebab kenderaan adalah satu makhluk yang makan duit kita. Bukan tambah duit kita. Ini hakikat.
Yang tambah duit kita adalah investment kita. Betul ada yang cakap kereta ini sebagai investment esp. yang kerja dia jenis bagi harapan kat orang. Ini kes terpencil.
Satu lagi, kenderaan bukan satu asset sebab once kita beli, harga dia turun kaw-kaw bila nak jual semula.
2. Kenderaan adalah motivasi
Kenderaan boleh dijadikan sebagai satu motivasi. Misal kata Ahmad nak pakai porsche itu sebab Ahmad kerja siang malam pagi petang macam gila.
Penulis bersetuju sebab penulis juga seperti Ahmad. Cuma penulis nak tambah sikit. Kena make sure bila dah pakai kereta idaman kita dah berada di level takkan pening kepala. Alang-alang motivasi, biar sampai level yang betul. Bukan macam sampai tapi tak sampai lagi.
Meaning, berdasarkan prinsip “kenderaan adalah satu makhluk yang makan duit kita”, maka kalau dia banyak makan duit kita pun duit kita tak luak sebab level dia makan duit banyak tu sebenarnya tak banyak mana pun.
3. Bukan kenderaan je kita nak tanggung setiap bulan
Kita ada banyak lagi loan lain contoh rumah, scholarship, duit simpan nak kawin, atau nak invest.
Meaning, take consideration as a whole (bukan asshole) bila nak decide amik loan untuk kenderaan. Lebih banyak allocation untuk kenderaan, menyebabkan lebih sikit allocation untuk yang lain. Kita ni nak tidur dalam kereta ke dalam rumah?
4. Keperluan vs Kehendak
Kita kena nilai dulu sama ada kenderaan adalah sesuatu yang level keperluan atau kehendak.
Keperluan ni misal kata nak pakai kereta sebab nak balik kampung jauh. Takkan nak naik bas dengan anak bini. Then OK.
Tapi kalau bujang, ofis tengah KL, jadah nak pakai kereta baik beli motor je. Habis tu nak dating ngan awek takkan nak merempit? Bro, lu boleh sewa kereta tiap2 minggu tukar kereta apa lu nak pakai. Tak pun lagi jimat nak grab je. Kalau awek lu. pandang rendah sebab lu amik dia naik grab, then lu cari awek lain.
Lu patut tunjukkan pada awek lu yang lu master of finance. Bukan tunjuk lu master of kereta german walhal tak mampu.
Ada yang kata perlu pakai kereta power untuk bagi impression pada client yang business kita steady.
Ini separuh betul dan separuh tidak betul.
Nanti penulis explain lagi dalam bab penulis dan kenderaan.
Now back to keperluan vs kehendak, dia mudah je benda ni. Kita refleks diri kita sendiri dengan bertanyakan soalan ini kepada diri kita.
Adakah kita ini sebenannya masih level “memerlukan”, atau kita dah sampai level semua gua dah ada so sekarang gua macam nak memenuhi “kehendak” gua.
Hakikatnya, level pertama adalah masih marhain manakala level kedua sudah kayangan.
5. Practical vs Emotional
Tidak dapat tidak, kenderaan adalah satu lambang identiti seorang manusia. Ia melambangkan taste seseorang atau, manusia ini kumpulan mana.
Ada orang cakap kenderaan adalah sebuah statement.
Ini semua tak salah asalkan kita faham apa yang penulis tulis next ini :
5. Sedar diri
Kita ni sebenarnya kat mana ni? Yang ni kita kena question diri kita.
a. Adakah kita berada di dalam level kenderaan sebagai alat untuk sampai ke satu destinasi?
b. Adakah kita berada di dalam level peer pressure rasa rendah diri sebab kenderaan kita jauh loser dari kawan sekolah kita?
c. Adakah kita berada di dalam level Aku baru berjaya?
d. Adakah kita berada di dalam level akhirnya Aku berjaya?
e. Adakah kita berada di dalam level net worth Aku dah 10 M so sekarang pergi mam semua Aku nak pakai porshe.
Adakah salah mempunyai ultimate dream car?
Tak salah, malah bagus. Tapi yang lebih bagus adalah, ultimate dream lifestyle. Sebab lifestyle merangkumi semua, bukan limited hanya kepada kereta.
Sebab kalau dah achieve dream car takut lepas tu rasa mental what is next. Kalau dah achieve level ultimate lifestyle, ada 10 dream car + dream car bini dan anak pun tade masalah.
Jika kita nak ikut mazhab 15%, tapi monthly tu tak cukup bajet, so canne?
Ada dua option.
Pertama, tangguh hasrat tu sejauh mana yang boleh misal kata lagi beberapa tahun. Kata kan y tahun. Now, allocation. bulanan untuk kenderaan tu kumpul dulu, jadikan satu target capital.
Capital ni guna dia untuk jadi down payment. Nilai y capital ni mestilah bila bayar downpayment esok, maka monthly cost semua jadi within budget bulanan.
Kedua, cari kereta lain yang lagi murah. Habis cerita.
Saja nak calculate, agak2 porsche berapa kos sebulan?
Tengok jenis porsche mana. Sebab lain model lain harga.
Contohlah nak beli porsche 911. Harga : RM1.3 M
Mari kita tengok detail. Kereta premium ni kadang ada finance dia sendiri. Melalui web Porsche, 911 tade finance tatau kenapa tapi kita try amik harga lebih kurang RM1.3 M.
So sebulan RM12.1 K. Ini baru loan kereta sahaja. Campur yang lain :
b. ( Road Tax + Insurans ) / 12
( RM2130 + RM15250 ) / 12 = RM1449
https://www.carbase.my/tool/road-tax-calculator
https://www.oto.my/tool/car-insurance-calculator/
c. Minyak – Sebulan RM500
d. Tol – Sebulan RM200
e. Service – Setahun RM20 K (anggaran tibai ni cari kat web tak jumpa, sebab kalau ikut web, 4 tahun free)
f. Car Wash – RM4688 / 12 = RM390
g. Wax, Polish etc – RM3000
h. Saman – RM600
Total Maintenance : RM4500 sebulan (RM54,058 setahun)
KESIMPULAN, Monthly Loan + Maintenance
= RM12.1 K + RM4.5 K
= RM16.5 K
So nak pakai kereta ni kalau mazhab 15%, gaji sebulan RM100 K pun tak lepas lagi ni. Gaji kena at least RM200K sebulan so ada allocation RM30K untuk transportation. Porsche je dah separuh, lagi separuh tu kete family, kete bini, motor……
Macam mana dengan brand placement kereta?
Tidak dapat tidak, brand memainkan peranan yang besar dalam hidup manusia. Ini kerana manusia perlu atau mahu relate diri mereka dengan brand.
In term of brand kereta, dibawah ini adalah sedikit idea agar kita faham dimana level brand kereta meaning level mana kereta ini berada, hence, level mana kita berada.
Kereta & Falsafah
Bagi penulis, kereta adalah sangat personal dan ia adalah reflection seseorang dari segi character dan personaliti. Meaning, penulis bukan main beli kereta ikut orang tetapi adalah kerana ada sesuatu yang “connect” antara penulis dan kereta tersebut.
Pada tahun 2007, penulis terjumpa dengan video ini, dan sejak daripada itu, penulis jatuh hati dan berazam untuk satu hari nanti penulis dapat tengok kereta ini dalam garaj penulis.
Rezeki Allah, 10 tahun kemudian, penulis berjaya memiliki sebijik. Ini antara kemuncak kejayaan dalam kerjaya penulis sebagai ahli perniagaan. Kata orang, beli kereta mewah memang boleh, namun nak maintain kereta mewah, that is another story.
Setting lagu memang in. #progressisintense
Tidak penulis tahu, rupanya kali ini setelah berjaya memiliki, concept terdalam kereta ini sangat relate dengan hidup penulis. Cahaya. Kerana cahaya, kita ada.
Apa sebelum Quattro?
Penulis mula-mula kerja dulu pakai kereta nasional (RM46K). Bila berhenti dan decide untuk berniaga, setahun lepas berniaga, penulis pakai kereta jepun level entry (RM90K).
Beberapa tahun kemudian penulis pakai kereta jepun level premium (RM150K). Di samping itu penulis ada kereta lain iaitu pickup truck (RM90K).
Sampai satu tahap penulis mula pakai kereta German Premium Mainstream (RM170K). Ini masa dapat anak sulung penulis. Beberapa tahun kemudian bila dapat anak kedua, penulis upgrade lagi kereta German First Tier Luxury (RM330K).
Jika merujuk pada rajah brand tier di atas, penulis alhamdulilah dikurniakan Allah pada maqam First Tier Luxury. Semoga akan datang Allah memberikan lagi nikmat dan rezeki agar dapat merasa level Premium Luxury / Performance. AMIN
Berapa anggaran kos kereta First Tier Luxury?
First Tier Luxury di Malaysia adalah Mercedes C Class, BMW 3 Series dan Audi A4. Namun ini semua adalah entry kepada First Tier Luxury. Up dari ini adalah Mercedes E Class, BMW 5 Series dan Audi A6. Lagi up dari. ni, Mercedes S Class, BMW 7 series dan Audi A8.
Tengah-tengah semua ni pun ada juga. Contoh amik Audi. Katalah A4. Entry adalah A4, second level up S4 dan paling up RS4. Ini dalam kategori dialah. Mercedes pun ada BMW pun ada.
Kereta penulis harga dia sekitar RM330K. Kereta ini adalah kereta baru, sampai seketul dari German, bukan 2nd hand atau recon.
Sebulan penulis bayar dalam RM3.4 K loan bank, tak silap loan 5 tahun rasanya. Downpayment penulis RM87K. To date, atas sebab tertentu, penulis dah habis bayar kereta ini. Basically beli hujung tahun 2017, hujung tahun 2021 habis bayar.
Now, kereta macam ni setahun servis cuma sekali. Kos servis setahun paling mahal dalam RM8K. Ini adalah sebab penulis servis di tempat penulis beli. Meaning, service centre brand tu. sendiri.
2018, Mileage 15K – FREE
2019, Mileage 30K – RM 8.3K
2020, Mileage 40K – RM 1.5K
2021, Mileage 50K – RM 7.5K
2022, ?
So far kereta penulis alhamdulilah tak ada masalah besar dan tak pernah makan duit penulis lebih dari yang sepatutnya. Kira kalau orang kata kereta german ni manja, pada penulis itu salah. Manja sebab korang beli kereta 2nd hand atau recon. Memang la tuan dia yang pertama dah lanyak cam sial lepas jual kat ko.
Insurans tak lebih RM6K setahun.
2017, RM10.7 K
2018, RM5.7K
2019, RM5 K
2020, doc tak jumpa
2021, RM4.2K
2022, RM3.4K
In term of minyak, penulis tak kira pula berapa sebab penulis ada allowance office dimana kami ada kad minyak Shell free ofis tanggung so lantak la nak pakai banyak mana pun tiap-tiap bulan.
Kereta ini kalau nak jual sekarang harga dia dalam RM140K. Meaning, tak sampai 4 tahun, harga kereta dah jadi separuh. Namun kerana penulis ada 2 lagi kereta kat rumah, campur motor 2 biji pastu kita semua dah lockdown 2 kali, so milage kereta baru 50K.
Apa beza pakai kereta ni berbanding kereta jepun atau kereta nasional yang dulu?
Pertama feeling rasa dah berjaya dalam hidup sebab mampu pakai kereta German, itu memang ada masa mula-mula beli kereta. Ditambah pula circle kawan-kawan cuma 2 – 3 orang sahaja yang pakai kereta macam ni di kala umur 40 an. So bila reunion ke, makan-makan ke, memang member tengok dengan respect la sebab sekolah sama tapi kenapa aku tade.
Tapi sejujurnya, lepas sebulan feeling ni hilang lalu kehidupan kembali normal.
In term of dalam keluarga, bila kita pakai kereta cam gini, abah kita yang dulu tak pernah nak amik port cakap kita atau pendapat kita sekarang dah lain.
Kedua, of course dari segi performance, jauh beza dengan kereta jepun apa lagi kereta nasional. Gila apa nak compare? Satu benda yang penulis perasan adalah, kereta ni memang dengar cakap. Meaning, kalau kita nak rempit, tak sampai 2 saat dia akan memecut macam nok hare. Sudahlah begitu, kalau tekan minyak, dia boleh tekan dua kali. Meaning ko dah tekan sekali then dah laju dah, ko boleh tekan kali kedua pedal minyak dia. Basically speed 150km/j tu dah biasa. Rasa macam 70 – 80km/j. Paling laju penulis pernah besit kereta ni adalah sampai 229km/j dan dalam KL / Selangor kalau nak sampai level ni, boleh test di highway MEX menuju Putrajaya. Lebih daripada ni penulis tak pernah try sebab seram anak kecik ada 2 orang.
Kalau balik kampung ikut highway, dari jauh kita datang kereta kat depan kita memang gelabah tak tentu arah bagi signal masuk kiri. Ini mungkin kerana 3 faktor. Pertama sebab split second kereta kita dari jauh sampai belakang kereta dia which mean dia tahu yang kereta kita ni laju gila. Tadi tade tapi tetiba ada.
Kedua pula adalah kerana lampu kereta kita, walaupun siang hari, cerah dia memang lain macam. So dari jauh dia dah nampak ada cahaya datang merenung tajam.
Ketiga mungkin dari side mirror dia nampak lambang kereta tu so secara automatik ada rasa hormat untuk beri laluan. Take note penulis bukan nak cucuk kereta kat depan ok, tapi kena faham yang biasanya orang yang pakai kereta luxury ni memang tak cukup masa. Itu pasal dia bawa laju dan sanggup bayar saman sebab time is money. Demi masa sesungguhnya ….
Alang-alang dah kereta RM330K, kenapa tak lajak je terus amik kereta RM450K – RM500K? Bulan-bulan bukan jauh pun bayar kalau kira balik.
Penulis belikan sebijik kereta baru untuk ayah penulis, so bajet tu pass kesana. Sementara ada masa untuk ayah kita enjoy, tak ada salahnya kita korbankan sedikit kehendak kita agar ayah dan mak kita happy.
Anak pakai kereta kemain lagi. Dah ayah dia?
Moving Forward
Bila penulis achieve $7M networth, ini ubat dia.