8.2.2022 5:25 pm
Punya lama tunggu nampak sekarang baru ada petanda nak turun. Engulf sell macam ada tapi macam tak kuat. Takpelah janji price junam.
Apa lagi petanda yang kata harga memang nak turun? Kita rujuk daily timeframe, dah reject upper BB.
Penulis dah set buy kat $19.90. Kita tunggu dan lihat. Next kita nak tengok candle close tak mid BB di 4H.
8.2.2022 8:00 pm
4H candle closed bawah mid BB.
9.2.2022 12:47 am
4H candle bawah mid BB.
Anyway, KPMG dah beli Bitcoin. Big 4 accountancy company dah masuk crypto.
Now, market analysis oleh Aki Bill Token Metric. Dot kalau lepas 24 maka sambung bull. Tapi dalam keadaan sekarang, 19 adalah target dip.
Untuk Bitcoin, Bill kabo, 41 support.
9.2.2022 12:00 pm
Semalam kita tengok price reject upper BB. Hari ni, daily dah confirm Sell Zone. Harap next price pergi Mid BB. Mid BB sekarang $19.50.
Ini suasana sentral 4H. Anticipation kita adalah price closed luar lower BB dan jika ini berlaku, price nak turun lagi. Buy Zone 4H pada $18.50.
10.2.2022 00:00 am
Price tak sentuh pun lower BB lagi malah, price nampak rebound balik tapi macam tak lama which is agak tidak membimbangkan. Ini adalah kerana dia reject Sell Zone Daily. Ada candle hammer terbalik.
Lepas candle hammer terbalik tu, kalau close bawah dan merah, ada possibility dia buat engulf sell 4H pulak.
So kita tunggu lagi dengan sabar. But then, apa risk kita?
Tengok timeframe besar, kalau price naik balik lebih $22.40, kita cut loss. Sebab dia dah makan habis daily sell zone sampai kering.
Kalau rezeki tu kita punya, insya allah, kita punya. Tapi kalau bukan, kita move on dan cuba lagi di masa hadapan.
Now, since kita dah masuk minggu ke 5 dan penulis sedang cuba trade style engulf, which is berbeza dengan cara dahulu, maka penulis perasaan sekarang ada banyak masa menunggu dari trade.
Hence, daripada asyik update pasal trade di sini, penulis akan share sekali apa yang penulis tengah kaji. Apa yang dikaji ini akan diupdate dalam page depan.
Anchor Protocol + Everstake Part 1
Minggu ini penulis tengah kaji 2 benda. Pertama Anchor Protocol, kedua Everstake.
Untuk Anchor Protocol punya detail, boleh pi sini.
Basically tentang Anchor ni, dia antara defi yang bagi paling tinggi return which is 20% per annum. Namun lately kerana market down, tak ramai orang borrow duit daripada dia. Hasil dia, ada kemungkinan Anchor Protocol akan failed untuk imbang antara 20% bagi kepada orang, dengan jumlah collection yang sikit untuk revenue model ni terus jalan.
Terkini, Anchor Protocol dah naikkan LTV untuk borrow. Meaning, dulu orang borrow percentage dia rendah. Sekarang dah naik ddan boleh borrow lebih banyak. Kita lihat sama ada perubahan ini akan naikkan yield reserve Anchor sekaligus membuatkan Anchor sustain.
Manakala untuk everstake, penulis baru start nak kaji. Penulis dah cuba stake Luna direct dari Ledger Nano, kepada everstake.
Namun begitu, baru tadi penulis perasan yang everstake ni company dia di Ukraine. Sekarang Ukraine dalam keadaan seram dimana Russia nak attack.
Penulis dah cuba email everstake dan kita tengok apa hasil dia.
10.2.2022 10:57 am
Price macam nak makan habis daily sell zone. Namun tak sepenuhnya. MACD, RSI macam nak menurun.
Kalau tengok daily, kalau price closed bawah EMA21 (line merah tebal) maka kemungkinan nak turun lagi sedap. Ditambah pulak hasil closed itu melahirkan lagi team engulf sell yang baru. Ini penulis suka.
Lagi sedap, harap 3D engulf sell munculllingg kasi tutup candle hijau 3D prev.
10.2.2022 20:00 pm
Nampak price dah retest dan menghancurkan daily sell zone. Cilakak betul. Tapi ni tengah nak turun lak. Penulis masih belum SL.
Ketika ini price 4H masih lower high.
11.2.2022 00:00 am
Terkini, ada 2 sell zone. Satu di 6HR, satu 4H. Nampak macam kuat betul nak tolak kebawah. Tapi tadi dah turun namun reject naik semula. Penulis baru nak nyanyi lagu dia datang….
Well kalau tak pernah dengar lagu ni, boleh cekidaud sini. Baju merah tu…. 😀
11.2.2022 13:00 pm
Hari ni bangun lewat skit. Dah pukul 12 tengah hari baru terjaiga. Lepas ber, man dan gosgi, penulis breakfast dengan anak isteri.
Anak sulung penulis dah masuk sekolah darjah satu. Di rumah cuma anak fomfuan umur 4 tahun. Tu pun tengah trial nak masuk tadika.
Anyway, ini carta terkini.
Price turun paling bawah $20.03. Penulis set buy pada $19.90. Sikit lagi.
Now, buy zone di bawah adalah sekitar $18.50.
Sekarang penulis nak ubah instead of Buy Limit, penulis akan trail Buy Stop Loss dari atas. Tujuan dia adalah nak maksimumkan profit. Lama ni tunggu. Rasa nak masuk. dua minggukut.
Namun begitu, trail Stop Loss ni kalau tetiba price patah balik maka untungnya sikit.
So macam mana nak buat?
Penulis akan bahagi dua. 50% trail Stop Loss follow dari atas, dan 50% lagi Buy Limit.
Ada satu lagi cara iaitu ubah sikit-sikit Buy Limit kalau tak berapa confident.
Atau kalau dah malas tunggu, closed teruslah.
Apapun, cerita dia, sekarang ni kalau nak turun lagi bawah dia kena pecah trendline dan pecah mid BB. Ini yang kita nak monitor untuk next action kita.
Tengok macam mana. Harap jumaat membawa berkat.
11.2.2022 20:00 pm
Sekarang penulis tengah monitor 4H RSI incase ada signal nak reversal. Setakat ni tadok lagi. Take note ini adalah chart dalam mode Heikin.
In the mean time, 12H candle dah closed bawah mid BB.
12.2.2022 3:32 am
Majority dari capital penulis dah hit TP. Alhamdulillah, syukur.
Total buy dip adalah 1216. Sebelum trade hari tu, 1132. Profit dalam 84 dot. Kalau ikut value semasa, 84 dot x $19.90 = $1671 atau RM6.9K.
Namun begitu, sebab guna capital untuk trade, ada rugi reward sebanyak 8 hari which is. 0.5 dot daily * 8 = 4 Dot.
Kira untung bersih adalah 80 dot.
Now penulis nak terus stake dulu sementara nak trade semula.
Sekarang penulis tengah tunggu satu lagi trade. Yang ni TP $18.90. Settle yang ni baru kita close log minggu ini.
12.2.2022 2:08 pm
Alhamdulilah, last trade $18.90 pun dah berjaya buy. Ini. graph terkini. Price turun ke buy zone.
Now, kita stake dulu balik.
Maka total semua yang masuk balik untuk stake campur yang prev adalah, 1639.
Trade Stat
Now, start minggu ni, penulis dah malas nak pergi post lama, copy paste, then tulis balik. Pastu kira, pastu confuse. Pastu buang masa. Senang cerita, penulis letak je screenshot spreadsheet.
Benda ni penulis akan display 10 trade terkini sahaja.
Alhamdulillah, tamat untuk minggu ini.