Kajian : Everstake

INTRO

Everstake adalah salah satu platform oleh company yang offer staking. Company ni nama dia Attic Lab, operasi di Ukraine.

Kenapa nak kaji?

Ini adalah sebahagian daripada PLAN B penulis bagi mencapai financial interstellar.

Founder

Founder ada 2, nak spell punya susah, so rujuk gambar bawah.

Mengkaji Founder

Ini ada interview dengan founder Sergu.

Kesimpulan 

Tak banyak yang dapat kita belajar dari satu interview ini namun apa yang boleh penulis katakan bahawa Sergu ni passionate dalam apa yang dia buat.

Dia bukan nak jadi macam orang lain biasa saja which take part dalam crypto sekadar nak duit. Sergu mahu buat sesuatu yang meaningful.

Dan Sergu menunjukkan ciri-ciri ikhlas dimana dia tanak lari dari tax pun tapi kalau boleh nak cooperate demi masa depan crypto. Which is membayangkan yang Sergu ni genuine.

Satu lagi Sergu ni tahu limit kat mana means seorang yang realistiko.

Company

Everstake adalah team kecil seramai 15 orang. Lokasi adalah di Kyiv, Ukraine, founded on 2018.

Company yang founded Everstake adalah Attic Lab. Company ni founded 2014, size 50 orang.

Now, satu benda yang power pasal Attic Lab, sekarang tengah develop national cryptocurrency untuk National Bank of Ukraine.

Berbalik pada Everstake, dia ada invest kepada PStake, sebuah company di Singapore. Kraken pun invest dalam company ni, total semua collection adalah $10M.

Lokasi

Menurut google map, ini company Everstake.

Kalau nak pergi office depa ni dari Malaysia, flight 13 jam, tiket RM4K.

 

3 benda di First Page Everstake

Melihat pada web everstake.one, 

a. Staking service Platform
Kami buat staking untuk anda sebagai retail investor dan juga institutional invester, meaning, yg coprorate pun kami layan meaning kami bukan main-main takat investor RM300 satu stake.

b. Everstake validation stats
Pool kami bukan kecik anak, $6.2 B, 525K user dan uptime kami almost 100% – kami bukan talk cock

Kalau kat Malaysia level dia Lynas ni, atau separuh TNB.

 

c. Available Coins
Banyak, hence, apa je ko nak stake kami ada

Matlamat Everstake

Rewards

Polkadot – 15%
Solana – 7%
Luna – 8%
Matic – 12%

Staked.us :

Polkadot – 14.7%
Solana – 5.6%
Luna – 7.7%
Matic – 11.3%

Now, kalau nak stake lebih $100K, boleh  try mintak rate best sikit.

Reliability

Daripada web dia kabo yang uptime almost 100% – 99.9%.

Now, penulis ada baca di reddit, mostly issue adalah tentang everise dan wallet mereka contoh nak connect tak bolehlah, balance tak keluar lah. Basically everrise ni adalah staking platform untuk coin. everrise, so tade kena mengena dengan penulis.

Now, 7 bulan lepas which is Aug 2021, everstake ada announce performance dia. Kira dia jaguh Solana la.

Untuk betul-betul baca pasal everstake,

https://www.reddit.com/r/Everstake/

Ada satu isu je tapi penulis rasa isu ni kecik. Everstake tanya community satu vote ni nak proceed ke tidak. Community kata ya tapi last sekali Everstake submit No. So community bengang dan ramai lari dari Everstake pasal ni.

 

Risiko

Isu dia sekarang Ukraine nak kena serang dengan Russia. So kalau everstake kena bom, nampak macam reward kita hangus. Asset selamat selagi dalam ledger nano.

Now, hari ni penulis dah jumpa jawapan.

Kesimpulan

Penulis tengok company ni dah lama since 2018, meaning dah 4 tahun. Pastu dia pulak top 5 validator Solana, Solana ni top 10 coin. So penulis rasa everstake ni boleh dipercayai. Dia bukan setakat layan orang kecik tapi juga set-set corporate whale. Exodus wallet pun letak kat Everstake.

Next

Baca sini untuk deploy staking di Everstake.