INTRO
Masalah umum penulis rasa adalah bila kita ada capital nak beli coin, tapi kita cuba nak maximizekan keuntungan atau nak gain max profit dari capital ini. Bila ini berlaku, kita cuba untuk dapatkan “the right best ultimate price” agar senyumsss.
Apa yang kita nak buat ini adalah dinamakan “buying dips“. Beli masa price junam.
Walau bagaimanapun, at the end of the day, biasa kita beli harga yang lebih tinggi sebab harga yang kita nak tu tak kena pun. So accane?
DCA
DCA atau dollar cost averaging adalah teknik paling senang, tak yah fikir, pegi mam. Teknik ni akan kurang kan emosi negatif malah memberi aura positif pada diri sendiri, serta menjadikan seseorang itu lebih beriman dengan tuhannya. Meaning, mulut tu takde nak asyik komplen sana sini rasa itu ini semua tak betul walhal asalnya, sangat unnecessary.…
Benda dia mudah je. Nak beli coin. Apa yang susah sangat? Tunggu beratus hari nak dapat right price sekali tak dapat, bengang, tension. Mood swing. Pastu semua orang kena marah. Apa hal?
Jika anda rasa anda pernah macam ni, maka tiba masa anda guna teknik DCA. Now, kita go details.
1. Apakah teknik DCA?
Beli tiap-tiap bulan pada satu tarikh yang sama, kemudian ulang sampai kiamat. Contoh, beli pada 25 haribulan tiap-tiap bulan.
Hujung tahun, atau complete satu cycle, tengok jumlah pembelian atau capital yang telah guna untuk beli amount coin tersebut, bahagi balik dengan jumlah coin yang dibeli.
2. Adakah perlu beli dengan amount yang sama?
Ini subjektif ikut bajet memasing. Katakan biasa beli RM300 tiap-tiap bulan, tetiba ada satu bulan tu ada rezeki lebih nak tambah jadi RM450, tadehal.
Ending dia sama je, tetap DCA.
3. So DCA ini adalah, pecahkan pembelian kecil-kecil dalam masa yang panjang?
Dasarnya ya, tapi kecil-kecil tu subjektif. RM300 besar pada orang tapi mungkin kecil bagi Tun Vitalik Butherin.
Idea DCA gini. Pertama ko memang ada lebihan RM300 tiap-tiap bulan tak kurang tak lebih. So ko disiplin beli coin every month, daripada, ko kumpul RM300 x 12 bulan then ko tunggu nak beli bila harga jatuh.
Atau, ko ada RM3600 dah, misal bonus. So instead of ko pecah-pecah beli dalam masa 12 bulan ke depan atau one time purchase terus RM3600, ko maybe pecahkan within 3 bulan. 3 bulan ni ko beli RM1200 setiap purchase.
3. Boleh bagi contoh?
Layan video ni brother apek ni dah buat calculation yang menunjukkan bahawa, DCA lebih power dari buying dips.
4. Kenapa DCA lebih power dari buying dips?
Pertama sebab takde orang boleh ramal harga masa depan, even kawan penulis seorang kiyai pun sometimes barai.
Kedua, harga coin naik turun, so ada turun gila, ada naik gila, DCA kita beli tak kira naik ke turun, tapi in long run, kita beli secara purata. So konsep purata ini kalau kat kampung dia kata Pukul RATA. Kat bandar dia kata, average.
So kalau dah pukul rata, tak kiralah tinggi atau rendah, ko tetap untung sebab ko dah amik semua.
Ketiga pulak manusia ni nasib dia ada turun naik. So ni kita kena accept ada hari kita senyumsss ada hari bini kita yang senyumssss. Dia takde cerita kita ngan bini senyumsssssetiap masa. Tu tipu.
So bila kita accept ni, cubaan untuk buying dips, sebenarnya adalah 50-50. Ada hari ya betul, kita rasa juara sebab dapat beli murah, tapi hari kita juara ni bukan tiap-tiap hari.
So sebab tu, at the end of the day, buying dips? Pegi mam. Jangan nak bagi harapan palsu. Kalau orang lain bagi harapan palsu ok lagi. Ni diri sendiri. Nak marah sapa?
5. Bila DCA fail?
Bila beli coin yang last sekali tak naik-naik. Kumpul bagai nak rak last sekali overall return lanciau.
HALOBA vs SERAM
Satu cara lagi untuk decide nak beli bila adalah berpandukan graph Fear vs Greedy Index. Ini ala-ala buy dip. So sebenarnya DCA lagi power tapi just nak bagi option kalau nak buy dip jugak, macam mana cara paling ON.
Cara dia, bila orang ramai takut, itu adalah masa untuk membeli.
Detail correlation akan diupdate kemudian.
Correlation
Ada satu konsep dipanggil correlation. Maksud dia saling berkait. Atau saling terpaut. Meaning, kalau sorang naik, hat ni naik. Kalau hat tu turun, hat ni pun turun.
Bitcoin pun ada correlation jugak. Antara correlation yang orang tengok sekarang adalah dengan VIX.
VIX adalah kesan debaran terhadap S&P 500. So mengikut kata Forest, beli bila VIX tinggi, jual bila VIX rendah.
Mana nak cari VIX ni? Trading view > VIX.
KESIMPULAN
Sebagai Hodlr, buat DCA. End of story. Tapi kalau nak jadi trader, tu cerita lain.
Penulis macam gini. Tiap-tiap bulan memang DCA. Coin yang dah beli tu cagar kat bank crypto. Then guna buat trade. Bila masuk bab trade tu dah lain sebab kita nak pergi perang. Tu lain cerita.
Tapi kalau tanak trade, beli pun DCA, jual pun DCA. Cuma dalam hal Bitcoin, ko gapkan antara tahun tu. Misal kata, hanya start jual DCA selepas 5 tahun kemudian. Confirm untung.
Tak caya tengok annual return Bitcoin kat cini.