Transcendences via Black Hole

INTRO

Presiden Jokowi hari ini pada 14.3.2022, telah merasmikan titik nol atau titik kosong ibukota Indonesia yang baru : Nusantara. Upacara yang dihadiri oleh 34 gabenor seluruh wilayah Indonesia, sangat unik dimana 34 sumber air dan tanah dari wilayah masing-masing, diadun di dalam satu balang, satu proses simbolik penyatuan Tanah Air.

Manakala hari ini juga, penulis secara rasmi telah menjual majoriti saham syarikat penulis kepada sebuah syarikat gergasi luar negara, dengan nilai tranche pertama, USD1.29 M.

Total value hasil jualan syarikat perkongsian penulis dengan kawan-kawan adalah sekitar USD11.5 M. Ini adalah Titik Nol atau “Transcendences via Black Hole” (rujuk whitepaper Financial Interstellar) penulis ke arah Decentralised Mindset.

Semoga Allah melindungi, merahmati dan memberi hidayah dalam perjalanan baru ini. AMIN.

Blackhole

Kalau nak ningok scene black hole dalam Interstellar, boleh layan video dibawah.

Now, dalam filem Interstellar, black hole ini adalah pintu gerbang short cut untuk pergi galaxy yang lagi jauh. Hence, mengambil sifat ini, maka dalam journey financial penulis, black hole adalah titik di mana financial penulis mengalami capital injection yang agak kaw-kaw.

Bagaimana ini berlaku?

Penulis telah menjual saham penulis di syarikat perniagaan yang penulis mulakan kepada kuasa asing yang lebih besar dan lebih berdaya maju. Oleh kerana perniagaan ini dikongsi 4 orang, maka kami amik ikut share masing-masing.

Untuk rekod, perniagaan ini penulis mula sekitar tahun 2015. Jual saham tahun 2022, so kami amik masa lebih kurang 7 tahun untuk bina perniagaan hingga ada value.

Adakah jual habis semua?

Perjanjian jualan adalah dalam masa 3 tahun. Meaning, pada tahun 2025, penulis akan jadi penanam anggur.

Beza sebelum jual dan selepas…

Sebelum jual net worth penulis sekitar RM 3.3 M. Lepas dapat first tranche,  net worth jadi RM 8.2 M. Ada 4 tranche lagi akan datang. Anggaran kalau setel semua, maybe net worth penulis boleh pergi sekitar RM13.3 M. Basically jualan saham bernilai RM10 M seorang.

Itu dari segi net worth la. Dari segi gaji lak sebelum jual. RM80K sebulan, lepas jual RM18K sebulan. Hmmmmm…. memang kena deploy staking segera ni.

Anyway, contract cuma 3 tahun sahaja, basically lepas 3 tahun, penulis start tanam anggurrrrrrrrs.

Cukup ke RM10 M?

Alhamdulillah…. first trance RM5 M,  final esok total RM10 M. Dari RM10 M ni penulis rancang nak jadikan $7M USD. Dalam 3X. Doakan kejayaan penulis. AMIN x 7M.

Ye ke jual sampai RM10 M. Cam tak caya je orang melayu boleh pergi cenggini. Orang melayu biasa pemalas. 

Ni screenshot masa duit masuk hari tu masa nak lock. exchange rate sebab duit masuk USD.

Lepas 5 hari duit masuk account. Senyumla kuala lumpur….

Lain tranche lain tahun la penulis update.

Ada kata-kata inspirasi tak supaya penulis pun boleh jadi cenggini.

Doa pada Allah selalu, usaha, istiqamah dan tawakkal. D.U.I.T. Jangan tipu orang, jangan menzalimi orang. Dan jangan sesekali dengki dengan orang.

Yang kaya adalah Allah semata. Kita tidak ada apa-apa.