INTRO
Dalam artikel ini penulis nak keep track progress deploy acanne nak tukar RM 5 M fiat kepada crypto.
Strategi
Daripada first tranche RM5 M, penulis akan bahagi 2. RM2.8 M acquire Bitcoin, RM2.2 M acquire altcoin. Bitcoin ni adalah untuk simpanan. Once dia naik $100K, RM2.8 M akan jadi RM5.6 M, thus, boleh amik RM1.5 M habiskan hutang bagai.
Altcoin maybe 2, Polkadot dan Luna. Tengok nanti canne kalau ada ubah fikiran. Altcoin adalah untuk generate gaji staking bulanan. Gaji ni buat survive bulanan.
Gila ALL IN?
Nampak macam all in tapi tak sebenarnya. Sebab RM5 M ni adalah first tranche. Ada lagi balance RM5 M dalam 3 tahun akan datang, so bukan all in, cuma 50% masuk dalam crypto.
Beli mana?
Most probably Luno. Sebab senang, selamat.
Namun Luno ni monthly deposit limit adalah RM300. So kena ada dua akaun suami isteri. Sebulan jadi RM600K.
Untuk habiskan RM5M, perlu 8 bulan. Risk dia adalah, harga makin naik.
So, kena beli dari exchange lain jugak which is penulis tengah tengok exchange lain yang ada lesen SC.
Kalau ada 4 akaun, total limit sebulan RM1.2 M. Untuk habiskan RM5M, perlu 4 bulan.
Kalau nak rempit 3 bulan, kena ada 6 akaun, meaning, kena pakai 3 exchange laki bini.
Kenapa tak beli di Remitano? Mahal, dan tak boleh set buy limit price below. Kedua, risk scam tinggi kat situ.
Now, Luno boleh naikkan limit pembelian. Tapi kena mintak. So penulis tengah nak mintak. In case tak berjaya, penulis dah register kat Sinegy.
Sinegy ni pun ada lesen under SC Malaysia. Dah setel KYC, so tengah tunggu nak cuba beli.
Updated :
Penulis dah on dengan Sinergy. So dah boleh beli dengan exchange kedua ni.
Beli kat berapa?
Challenges sekarang harga makin naik. Namun kalau ikut kebiasaan, yang naik akan turun.
Untuk tengok detail beli kat berapa, boleh follow trade log penulis bermula week 14 keatas.
Apa pun, secara umumnya, market sekarang dah bull balik. So nak beli, kena segera. Macam mana nak tau market tengah bull? Baca sini : Petanda Market Bull
Target Pembelian
Berikut adalah target pembelian dengan capital RM5M.
Bitcoin : 16 (saving long term)
Polkadot : 16 K (staking untuk gaji bulan )
Luna : 2.4 K (staking untuk gaji bulan )
Take note ini kiraan kasar awal pada tarikh 3.4.2022.
Updated 8 June 2022
Luna dah bungkus. Nasib baik tak beli apa pun. So maybe tukar beli Ethereum
Pelajaran dari membeli secara besar-besaran
RM5M boleh diconsider sebagai pembelian yang agak besar bagi seorang individu. Now pasti ada banyak pelajaran dan pengajaran yang boleh dikongsi.
1. Mengatasi limit pebelian RM300K sebulan
Malaysia mengenakan limit pembelian RM300K sebulan bagi setiap individu dalam membeli crypto. Tidak pasti kenapa sesebuah negara mengenakan undang-undang sebegini kerana ia nyata tidak menghormati atau menganggap seseorang individu itu seperti anak kecil – urusan kewangannya harus disekat.
Apa jua sebab, namun yang nyata bagi pendapat penulis adalah, ini salah satu cara untuk “mengawal”. Mengawal untuk apa? Entah.
Seperti yang penulis tulis diatas tadi, untuk membelanjakan RM5M membeli asset crypto, jumlah masa yang diperlukan adalah 16 bulan atau satu tahun 5 bulan. Tentunya harga crypto pada ketika itu menjadi lebih mahal (atau lebih murah?), maka ini boleh menyebabkan seseorang rugi (atau lebih untung?).
Maka untuk mengatasi isu limit RM300K ini adalah, seseorang individu perlu mempunyai lebih dari satu akaun untuk membeli crypto. Oleh kerana seorang hanya boleh ada satu akaun, maka ia harus tag team laki bini.
Selain daripada itu, daftar bukan setakat di satu exchange, tapi lebih dari satu exchange.
Berapa maksimum laki bini boleh ada exchange? Seorang 4. Maka 2 orang 8.
Di Malaysia, exchange yang sah berdaftar adalah Luno, Sinegy, Tokenize dan MX Global.
8 x RM300K, sebulan boleh pergi RM2.4 M, maka proses pembelian RM5M boleh pergi 2 bulan lebih.
2. Cubaan menaikkan limit RM300K pembelian
Luno ada feature di mana kita boleh apply untuk naikkan limit lebih dari RM300K sebulan. Melalui email penulis dengan team Luno, nampak macam boleh naik dari Tier 3 ke Tier 4 dimana limit pembelian adalah RM400K.
Untuk naik Tier 4, perlu ada dokumen sokongan.
Namun begitu, permohonan penulis untuk naik kepada Tier 4 agak gagal dan perbincangan dengan team Luno menemui jalan buntu.
Customer Support Luno penulis rasa IQ dia level kucing. Balik-balik hantar kita pergi page information dia. Action untuk assist, tidak ada juga.
Penulis decide untuk kekal Tier 3.
3. Limit RM300K sebulan, bukan sahaja pada crypto
Mengikut pengalaman penulis, limit RM300K bukan terhad pada crypto. Barangkali ia adalah limit universal dalam kewangan Malaysia, itu penulis kena gali lagi.
Yang pasti, kalau kita nak cagar emas di Ar Rahnu, limit untuk bawak keluar duit cash dari simpanan emas kita adalah RM300K seorang.
Ini bermaksud, walaupun anda mempunyai emas berkoyan. sehingga RM2M – RM5M, sekali boleh cagar adalah RM300K. Anda perlukan 3 isteri dan beberapa orang gf untuk settlekan cagaran RM5M sebulan.
4. Limit bank transfer harian
Ini bergantung kepada bank kita. Kalau penulis, seorang customer Premier Banking, sehari boleh transfer RM100K sahaja.
Hence, untuk transfer RM300K, penulis perlu 3 hari.
Namun begitu take note ini kalau nak transfer duit direct dari akaun bank ke akaun exchange melalui FPX. Mungkin anda boleh deal dengan exchange untuk transfer duit secara cheque atau kaunter. Ini penulis tidak pasti.
5. Transfer duit RM30K sehari bukan nanti nama naik di Bank Negara?
So what? Ini bukan duit 1MDB, atau duit rakyat. Ni duit titik peluh 18 tahun berniaga. Ada masalah ke?
6. Duit keluar RM100K sehari, kemain kaya aok tak takut LHDN ke?
Kita kena tahu dan mahir dengan tax atau cukai di Malaysia ini. Bukan semua pendapatan kita, kena tax. Ingat tu.
Sebagai contoh, Malaysia tidak mempraktikan Capital Gain Tax kecuali pada property. Malaysia ni protect orang kaya. Sebab tu kalau kita miskin, kita kena belajar jadi orang kaya. Lebih kaya seseorang, lebih sikit dia bayar tax, kalau dia cerdik.
Now, lembaga ni pun manusia juga, so as long as kita prepare document bagai semua, kalau lembaga panggil kita, kita datang dan tunjuk bukti bagai.
7. Waktu yang tepat untuk membeli
Semestinya sebagai pembeli, kita nak maximizekan keuntungan kita membeli crypto. Maka kita menanti harga terendah untuk beli lalu mengelak dari membeli ketika harga mahal.
Persoalan dia, kita tahu ke harga tu rendah? Hari ini mungkin kita rasa rendah namun esok lusa rupanya harga turun lagi rendah.
Dan kalau kita menanti lama sangat, barangkali harga naik lagi mahal. Ini biasa berlaku.
Maka bagi menyelesaikan masalah ini, cuma ada 3 cara. Cara pertama adalah. cara yang paling senang iaitu cara DCA atau dollar cost averaging.
Ini bermaksud, beli dalam kuantiti yang sama berulang kali di waktu yang berbeza. Akhirnya kita mengambil harga purata semua pembelian sebagai harga tepat berapa kita beli. Baca lanjut disini.
Teknik kedua adalah teknik follow whale. Ini adalah teknik mudah, bila whale beli, kita pun beli. Contohnya pada waktu ini atau waktu yang sama penulis nak beli, ada 4 whale tengah accumulate Bitcoin.
Michael Saylor, Luna Foundation, seorang mamat gila beli $1M setiap hari dan whale #3.
Now adakah follow whale langkah yang bijak?
Adakah kita rasa whale yang duit berkoyan-koyan itu bodoh? Michael Saylor umpamanya seorang founder company global, rasa-rasa dia ada team tak belakang dia yang buat trade analysis?
Cara terakhir adalah kita buat trade analysis sendiri. So kita tengok bila harga nak turun atau yang lebih tepat, kemana harga nak turun. Namun kita kena betul-betul power tak hingat untuk berjaya.
8. Mana murah? Luno atau Sinergi?
Kalau penulis tak silap kira, Sinergi lagi murah dari Luno, tapi Luno apps dia modern. Sinergi kena masuk web.
Luno amik 4.26 manakala sinergy amik 4.24, kalau ikut web, rate exchange, 4.29.
9. Namun begitu….
Luno jatuh lagi teruk dari Sinergi. Meaning, kita boleh beli harga lebih rendah di Luno berbanding Sinergi.
Contoh pada hari yang sama 22 April, Luno jatuh sampai RM164,938 manakala Sinergi jatuh cuma sekitar RM172,506.
Status Pembelian
Berikut adalah status pembelian.
Start : 3.4.2022,
APRIL 2022
RM300 K – 1.57 BTC
RM300 K – 1.77 BTC
RM550 K – 3.28 BTC
RM300 K – 1.7049
Summary for April 2022 :
Total Spending : RM1.45 M
Total Bitcoin : 8.34
Average Price : RM175,615 K / $39.9 K
MAY 2022
Mungkin 8.34 Bitcoin yang dibeli bulan April akan digunakan untuk beli Polkadot pada harga target :
0.00024711. Ini akan menjadikan jumlah Polkadot yang diacquire adalah 33,750 dengan modal RM1.45 M.
Target asal adalah untuk beli 16K Polkadot dengan modal RM 1 M. Meaning, kalau berjaya, lebih banyak Polkadot dibeli dengan harga yang lebih rendah.
Maka, bulan May bulan reset dimana cuba balik kumpul 8 BTC yang pertama, sebelum 8 BTC yang seterusnya.
Bulan May ada 2 purchase, total RM300 K, jumlah 2.1 BTC
Summary Alltime 2022 :
Total Spending : RM1.75 M
Total Bitcoin : 10.44
Average Price : RM166,243 K / $37.3 K
JUNE 2022
Tiada pembelian. Monitoring.
JULY 2022
Tengah tunggu buy, modal RM600 K. Ini rasanya last allocation untuk beli Bitcoin. Next maybe Polkadot.
bersambung…