Trade Log : w18 2022

Ini adalah minggu raya dimana raya patutnya esok, tetitberr hari ni. Anyway, raya pun dah tak boleh nak manage dah negara kita ni. Berat sungguh.

Crypto

Market ketika ini pada price $1.7 T.

Dua buy zone yang idup last week dah settle kena tapau. Last week juga kita meramalkan yang price turun ke $1.7 T – $1.66 T. Nampak benar.

Price nampak macam reject Mid BB dan makjun ke buy zone monthly $1.62 T – $1.43 T.

Kalau ini berlaku hingga $1.43T, Bitcoin akan pergi $30.5 K manakala Polkadot pula $11.7.

Heikin masih merah, kuat dan tiada tanda nak patah balik.

Brace for impact semua.

Bitcoin

Bitcoin tengah terapung ni, basically buy zone jauh dibawah iaitu area $34K. Dia sama ada naik retest $43K then turun semula cari $34K atau dia buat pasai terus turun ke buy zone $34K.

Heikin masih merah.

Polkadot

Last week kita nak tunggu ini, “Kalau candle w17 ni merah lagi besar dari w16, maka sell zone baru weekly. Harga makin turun. Meaning next week Isnin kita nak tengok dia closed kat mana.”

Sekarang dah confirm sell zone.

So sama ada dia naik retest atas balik $17.6 dan makjun, atau terus je tak peduli kita. Price dah masuk area buy zone pun.

Heikin tgh stim tu. Panjiang.

Trade Mode

02.5.2022 16:25

Kita zoom daily : Polkadot.

Daily dah confirm sell zone pada 30 April ghupenya. Ini mesti tak perasan sebab last week dah untung so dah tak tengok. Alah lagi pun sebab busy nak raya ni cam-cam hal nak kena setel.

Now pukul 8 pagi esok, kalau candle hari ni closed lagi besar dari candle semalam, jawapnya sell zone baru.

Zoom 4H. Dah confirm sell zone 4H pukul 4 petang tadi.

So option dia 2. Sell to buy dip pada $15.32 (lebih Kassim Selamat) atau terus entry sekarang.

TP mana? $12.72 kalau berani.

Ok dah unstake, dah set sell. Kita tunggu.

02.5.2022 22:21

Dah sell. Sekarang dah set buy. Moga senyum. AMIN.

04.5.2022 2:23

Daily, kalau esok 8 pagi candle merah closed lagi bawah dari candle hijau seekor tu maka tanda nak turun lagi bawah makin kwat. Sebab ni dah jadi hidden engulf sell.

Harga sekarang $14.62.

04.5.2022 15:25

Daily, candle pagi tadi tak closed bawah pun. Candle hari ni hijau dan kita tgk dia berjaya buat engulf buy ke tidak. Tu kena tunggu esok pagi pulak.

4H dah sampai upper BB. Tengok sama ada nak turun balik ke tidak.

04.5.2022 21:02

Price nampak macam main sideway. Candle merah kalau closed besar dari hijau pukul 12 karang ada can entry satu lagi. Kita tunggu.

06.5.2022 00:15

Kelmarin penulis ada bagitau tengah standby 2nd entry, basically lupa nak update sebab tinggai laptop rumah mak mertua. Penulis dan keluarga tidur rumah adik ipaq.

Anyway, 2nd entry penulis masuk pada $15.15, 600 Polkadot. Ketika penulis update ni, Polka yang sell tu dah pun dibeli semula pada $14.50. Bolehlah untung 26 Dot. Alhamdulilah.

Now, penulis tengah tunggu satu lagi buy iaitu yang sell dekat $14.80. Ni bajet nak buy jauh skit $12.80.

Apapun kita stake balik hasil tadi dulu.

Now, berbalik pada chart.

Price sekarang tengah makjun. Buy zone kelmarin dah tembus. Besok pagi kita nak tengok candle merah sekarang ni closed lagi bawah candle hijau ke tidak sebab kita nak tengok adakah sell zone baru terhasil.

Kalau sell zone baru terhasil, petanda nak cucuk ke lantai $12.80 lagi cerah, malah kita boleh juga masuk entry sekali lagi. Meaning, confirmation di daily.

Meanwhile, Bitcoin dah test $37K. Kalau closed bawah ni, makin turun price, next rasa $30K. Sedap nih. Harap benar.

Kalau Bitcoin betul jatuh $30K, meaning market crypto area $1.45 T dan Polkadot area $11.87.

So esok ni bukan nak tengok sell zone Polkadot je, Bitcoin pun genting gak.

Now, Alleysio ada share video genting. Ini cam video awal setahun dari apa yang bakal berlaku tahun depan.

06.5.2022 21:28

Penulis dah ada di KL. Pagi tadi bertolak dari kampung pukul 7:30 pagi. Pukul 4 petang baru sampai. Almost 8 jam atau double dari time yang biasa diperlukan untuk travel. Meaning, kalau 15 juta rakyat travel, 15 juta ni dah boleh travel sekali lagi. Betapa banyaknya pembaziran masa berlaku tapi negara kita langsung tak peduli.

Satu lagi babi RFID. Benda ni tak silap penulis baca menantu zahid hamidi punya. At least bagi fair la ada lane smart tag. Apa ko ingat kat hulu kampung orang pakai RFID apa? Inilah benda yang merosak negara.  Kuasa dan monopoli. Selagi kita connected dengan centralised system, selagi itu kita suffer.

Bayangkan kalau kita truly decentralised, kita nak balik KL next week pun apa ada hal?

Berbalik pada chart.

Buy zone beberapa hari lepas dah tembus. Now sell zone daily baru sudah terbit. Yang semalam kita tunggu dah pun confirm.

So boleh entry terus sell to buy dip atau tunggu dia retest balik atas $14.68 namun kalau tak kena jangan marah nanti kena jual. TP berhampiran $12.69. Kalau berani lagi bawah, $10.19 ke $9.36. Ini buy zone weekly.

Refer weekly chart.

Ini pula 4H.

4H sekarang berada di lower BB. Biasa trade kat lower BB ni memang serrr sikit. Kena monitor bebetul lagilah SL. But anyway, penulis entry $14.50.

Kalau dua trade ni senyum, dapat la dalam 200++ polkadot. Ok la tu cover balik raya. Semoga dipermudahkan. Amin.

Meanwhile, ini dari Nic pasal ETH & BTC Marketcap. Ada trendline yang perlu dimonitor.

07.5.2022 4:13

2nd entry dah sell pada $14.50. Tapi Heikin 4H macam nak berubah, so penulis tukar tektik dulu buat SL pada kedua entry. SL pada $14.35.

Now, kalau SL kena, biar dia naik dulu dan nanti sell balik untuk TP tempat asal $12.80.

Kalau SL tak kena oklah.

Anyway, ini ada news baru pasal Polkadot itu pasal rasa kena awas gerak langkah mu. What is the first rules of trade? PROTECT CAPITAL.

07.5.2022 15:32

Dah kena stop loss. So dah buy balik.

Now, next move kita tengok dulu canne. Ini trade stat.

07.5.2022 16:17

4H dah confirm new sell zone. Namun ketika ini macam nak kena makan je.

So, kita trade terbalik pulak. Masih lagi nak sell untuk buy dip. Tapi instead of kita sell kat atas, kita follow sell dari bawah. Meaning, kita trail sell stop loss.

Cenggini. Harga sekarang adalah $14.25. Jangkaan long term kita based on daily dan weekly, harga memang nak turun.  Tapi 4H macam nak naik kejap.

Instead of sell kat atas dimana kita tak tahu berapa, maybe $14.31, atau. $14.60…. so kita follow dari bawah dan set sell stop loss.

Kita mula dengan $14.10, dan kita ubah dari. masa kesemasa. Ubah makin naik meaning next maybe $14.20.

08.5.2022 14:26

Sell Stop Loss semalam dah on, maka kita sekarang dalam trade mode.

Now next kita nak beli balik untuk take profit in dot.

Mari tengok carta. Basically macam nak turun lagi. Sebab dia pertama heikin masih belum beralih arah dan tengah kuat, manakala tiada tanda reversal lagi dalam daily.

4H pulak dah ada signal oversold, tapi MACD belum bersilang.

So now, kita letak dulu TP $12.80 macam asal, kita ubah kalau perlu.

bersambung next week …