Guru

Intro

Di dalam kehidupan ini, manusia terbahagi kepada dua. Pertama, yang berjaya kerana belajar dari seorang guru, dan yang kedua, yang berjaya kerana belajar dari pengalaman lalu akhirnya menjadi guru.

Guru

Sebelum apa-apa, yang paling penting sekali adalah kena pergi berguru. So pandai-pandailah cari guru mana yang boleh bimbing kita agar kita berjaya dan faham, game apa yang kita nak main ni.

Now, ada orang kata boleh belajar dari youtube je. Kalau berani, silakan. Tade orang nak larang pun.

Sedikit tentang guru. Atau, kenapa pentingnya guru.

Guru ni adalah guide kita untuk lalu terrain yang berliku, lecak, berselut bagai, dan kalau silap, boleh jatuh kebawah dalam gaung. In case betul jatuh, guru boleh hulur tangan untuk tarik kita keluar dan pimpin kita semula agar boleh sambung journey kita dalam jalan lurus ini.

Memang benar kata pepatah, guru adalah ibarat lilin. Membakar diri untuk menerangi dunia.

Guru telah lalu dulu. Guru telah terciduk, kena lipat, malah telah mencapai makam kejayaan kerohanian yang tinggi.

Kita berguru bukan kerana nak short cut. Tapi sebaliknya untuk mencari berkat. Kerberkatan berguru jarang diceritakan namun di dalam hidup ini, kerana berkat guru, kita terselamat.

Di mana nak mencari guru?

Pertama sekali, jangan limitkan dalam diri bahawa kita hanya akan berguru dengan seorang guru sahaja.

Guru hadir tepat pada waktunya. Kata Sidartha Gauthama Buddha,

“When the student is ready, the teacher will appear. When the student is ready, the teacher will dissappear.”

Pada tahun 2013, tahun biru penulis, penulis telah melakukan pengembaraan spiritual ke tanah diantara (the land in between) : Melbourne dan Adelaide, selama beberapa minggu.

Ini adalah antara moment kritikal dalam hidup penulis, antara dua : duality atau mono – the one and only atau transcend pada konsep yang lebih tinggi : Satu dalam banyak, banyak dalam satu.

Pada satu malam di sebuah rumah sepi di negeri Victoria itu, sahabat penulis yang menjadi walikota ketika penulis disana bertanya,

“Macam mana aku nak cari guru?”

Kata penulis kepadanya, “Doalah pada Allah Ta’ala. Allah sebaik-baik guru”

Hadrat Guru

Zaman internet ini, guru memang ada di youtube. Malah telah expand ke alam lain seperti Reddit dan Medium.

Memang tidak salah untuk berguru di Youtube, hakikatnya penulis juga bermula begitu. Namun setelah beberapa episod naik turun, penulis akhirnya berbaiah dan berguru.

Kisah guru penulis ini telah penulis ceritakan lebih panjang dan detail dalam bab yang seterusnya.

Namun apa yang penulis cuba sampaikan di sini adalah tentang konsep “hadrat”.

“Hadrat” bukan hadratul mautts restoran nasi arab di sekitar Kuala Lumpur, namun “Hadrat” membawa maksud “Hadir”.

Ada perbezaan ketara dan nyata bagi yang merasai setelah berguru di Youtube, dengan berguru 4 mata.

“Hadir”nya guru ini bertentang mata dengan kita melancarkan energi terus hati berbanding guru yang hadir online dalam skrin.

Kerana energi ini terus sampai ke hati, ia makan, lebih dalam. Dan kerana itu,  ia lebih “Makam” dan lebih padu.

Sering kita mengalami masalah tak faham-faham walaupun telah menonton beratus youtube, namun hanya dengan satu sessi dengan seorang guru, kita mengalami pencerahan minda yang unlimited.

Ia ibarat tali yang tersimpul di dalam diri.  Kerana ia specific dan personalised mengikat hanya diri kita, lalu kerana itu, seorang guru hadir untuk membuka.

Multi – Guru

Ada juga yang berguru dengan seribu guru utama. Lepas satu, satu, lepas satu, satu.

OK, tapi risikonya adalah akhirnya tidak tahu duduk di makam mana. Atau ending dia balik asal. Masih keliru, dan. paling bahaya, masih sangsi.

Jika memilih untuk berguru lebih dari satu, nasihat penulis adalah begini.

Sebagai pelajar, basicnya kita mahu belajar. Kita mahu belajar kerana nak berjaya. Namun, kita bukannya nak belajar, nak tiru atau nak jadi macam guru itu.

Apa yang kita nak capai dalam pelajaran kita? Apa kejayaan yang kita nak kecapi itu?

Dalam trade, kita nak cari satu method atau satu sop, satu style yang paling serasi dengan diri kita sendiri. Meaning, style trade seseorang tak sama dengan yang lain.

Kalau sama, semua orang akan entry pada satu tempat dan sell (atau buy) pada satu tempat yang sama. Ini gila.

Hence, dalam multi-guru, anda seharusnya mempunyai style trading anda yang paling ultimate untuk diri anda. Dan input dari multi-guru ini, patut mendetailkan lagi, atau memantapkan lagi trade style anda.

Bukan kejap pakai style ni, kemudian tukar style tu. Last sekali bila nak kaya?

It’s ok mula-mula tak tahu style mana nak ambil dan pegang. Namun setelah beberapa tahun, anda patut tahu yang mana lebih sedap, efficient, practical, mudah, sesuai bagi anda.

Guru sebenar Guru

Allah Ta’ala.

2:31 – He taught Adam the names of all things. Then He presented them to the angels and said, “Tell Me the names of these, if you’re truthful.

Apakah ultimate dalam berguru?

“Ya Allah ya tuhanku… mohon beritahu aku, price ni nak naik ke nak turun?”

“…”

“Ok naik! TQ Boss”

Jika sampai pada tahap begini, tahniah adikku. Kau akhirnya tidak bertepuk sebelah tangan.

_

Home