Bank Akaun

Intro

Bank akaun adalah perlu untuk kita simpan dan terima duit. Ini paling basic sebenarnya. Namun, memilih bank akaun yang tepat juga kritikal jika naik next level.

Apa bank yang kita nak buka akaun?

Bank yang anda dah biasa manage. Sebab so far, belum pernah terjadi bank scam kita di Malaysia ni so basically any bank pun ok.

Ada benda nak kena tahu tak sebelum proceed dengan mana-mana bank?

Ada.

1. Buka Current Account, bukan saving

Saving account adalah akaun simpanan. Meaning, masuk gaji ujung bulan, belanja, selebihnya simpan.

Saving account tak sesuai sangat untuk trade. Sebabbnya, frekuensi duit masuk kalau trade ni, kadang-kadang anda tak boleh control. Ini menyebabkan saving account anda flag. Selalu sangat duit masuk apahal?

So better buka Current Account.

Current Account adalah Akaun Semasa. Basically di design untuk duit keluar masuk laju.

So tak kisah duit masuk frekuensi siput atau kuda, akaun Current lebih sesuai jika anda decide untuk trade.

Namun kalau anda malas, dan nak pakai je Saving, it’s OK. Control withdrawal tu jangan selalu sangat. Buat macam gaji masuk hujung bulan instead of masuk every week.

2. Kalau boleh, ada akaun USD

Akaun bank ada yang multicurrency. So boleh cuba yang ada USD sebab kita trade crypto ni ending dia dua sama ada nak withdraw USD straight dari exchange, atau kita convert Bitcoin, transfer ke Luno dan jual. Dari Luno masuk semula ke akaun bank kita.

Kepentingan ada akaun USD adalah agar dikala Black Swan Event, kita boleh liquidkan semua crypto kita ke USD dan tarik balik ke Malaysia dengan kadar segera.

Walau bagaimanapun, take note yang rate dia ada lain sikit bila main transfer USD ni.

3. Backup Account

Kita kena sentiasa bersedia dan negara kita kadang-kadang atau biasanya undang-undang dia dibuat oleh orang yang bodoh.

Maka adalah penting untuk mempunyai backup akaun. Meaning, instead of ada satu akaun, kita ada dua akaun dari bank yang berbeza.

Penulis mempunyai 2 bank akaun dimana satu bank local dan satu international bank. Dua-dua ini ada USD multicurrency.

4. Backup Account 2

Selain dari undang-undang gila, keperluan ada backup akaun adalah penting. Meaning, untuk trade khas ada akaun tertentu. Untuk transfer duit ngan kengkawan atau terima sewa rumah ke apa, bayar yuran sekolah anak…. ini semua akaun lain.

Kenapa? Kalau terkena scam, at least bukan dari akaun cari makan kita.

Meaning, kita ada layering akaun kita yang public, dan private hanya untuk kita sahaja.

Apa projection dengan bank akaun ni?

Bank melayan kita berbeza mengikut kasta. Hari ini kebanyakkan bank di Malaysia ada kasta berbeza. Contohnya Maybank.

Kalau anda biasa-biasa, anda pakai Current Account marhain. Kalau anda ada komitment RM250K dengan bank, misalnya FD atau Unit Trust ke apa, anda tak pakai kad buah ceri tapi pakai kad Maybank Premier warna hitam. Ada satu RM atau Relationship Manager jaga anda. Rate juga berbeza.

Atas dari Premier dipanggil Priority atau Privilege Banking. Yang ni deposit dia lagi tinggi dan anda dijaga lagi rapi.

Ultimate adalah Private Banking. Branch manager yang jaga anda. Nak apa-apa, call Branch Manager, dia datang rumah. Hari raya dia bagi hamper tuala buat mandi. Ini level duit kena lebih RM1 M dengan bank.

Kesimpulan dia, mempunyai good repo dengan Bank adalah bagus kerana kalau ada masalah senang nak settle over the phone, instead nak ke kaunter.

Kesimpulan

Akaun bank perlu, dan bukan satu. Long term, kena ada relationship dengan Manager Bank.

_

Home