Intro
Luno adalah exchange yang berlesen di Malaysia untuk jual beli crypto.
Kenapa nak kena ada Luno?
Mempunyai Luno, adalah sangat penting kalau nak trade style penulis
1. Untuk hantar capital ke exchange
Untuk hantar capital ke exchange, ada dua cara. Pertama, direct bank in capital ke exchange – biasanya lebih mahal kerana ada conversion rate USD, selain memakan sedikit masa kerana transfer fiat bukan sehari dua.
Cara kedua adalah melalui Bitcoin.
So Luno adalah tempat kita deposit capital, tukar jadi Bitcoin. Kemudian, Bitcoin ni hantar ke wallet exchange, dan tukar jadi USD (atau ikut pair trade anda).
Masukkan duit dalam Luno tak sampai sehari, transfer Bitcoin ke wallet exchange tak sampai sejam.
Lebih cepat, murah dan selamat.
2. Untuk withdraw profit trade
Tadi kita sembang hantar, now kita sembang ambil balik.
Sama juga dua cara, withdraw USD direct ke bank akaun kita atau layering withdraw Bitcoin ke Luno, Luno ke akaun kita.
Selain Luno, ada tak yang lain di Malaysia?
Ada 3 atau 4 exchange yang berlesen di Malaysia. Selain Luno, ada Synergi dan satu lagi penulis lupa. Boleh google sendiri.
Penulis pakai Luno?
Ya, sejak zaman nama Luno itu Bitrex.
Ramai ke orang pakai Luno?
Tahun 2020 transaction Luno adalah RM1.23 B. Tahun2021, meningkat ke RM4.2 B
Apa yang nak kena tahu sebelum buka Luno?
Luno perlu KYC, meaning untuk sahkan identiti kita, Luno request few documents. So kita submit dan tunggu approval.
Benda KYC atau Know Your Customer adalah biasa dalam hal crytpo dan banking.
Satu lagi, maksimum deposit ke Luno adalah RM300 K sebulan bagi seorang. Limit RM300 K sebulan adalah standard di Malaysia. Kalau kita pergi Ar Rahnu gadai emas pun, seorang cuma boleh bawak keluar RM300 K sebulan.
Hence, kalau nak deposit banyak, kena guna akaun kedua iaitu akaun bini.
Kalau lagi banyak, kena ada GF pulak untuk akaun ketiga.
Alang-alang dah ada GF tu baiklah kahwin je dari terjebak dalam dosa kering. Tapi sendiri mau ingatlah dua bini belum tentu menjanjikan keindahan abadi.
Kesimpulan
Akaun Luno perlu untuk deposit capital melalui layering Bitcoin, dan juga withdrawal kalau nak lagi cepat dan selamat.
_