Intro
Asalnya kita melihat cara orang buat sesuatu. Kita boleh cuba untuk follow namun yang paling baik adalah, kita menjumpai cara kita sendiri.
Now, untuk nak kasi sedap sembang dan lagi senang faham, penulis akan gunakan metaphor menangkap ikan di laut yang dalam.
Tapi imagination kena mantap sikit la. Bukan nak tangkap ikan patin ke ikan puyu ke. Kita nak tangkap whale macam cerita Moby Dickie.
1. Jenis Whale, Pair Penulis
Sebelum kita pergi lebih dalam, penting untuk mengetahui apakah pair trade penulis. Ada 3.
DOT/USD
BTC/USD
DOT/BTC
Kenapa penulis pilih pair ini ada ditulis dalam bab seterusnya. Namun apa yang penting adalah, teknik atau cara penulis trade, sangat rasi dengan pair yang penulis pilih.
Bila kita dah jumpa yang rasi dengan kita, agak bodoh kalau kita masih mencari yang lain. Betul tak?
2. Melihat monsun, Bear / Bull
Sebelum apa-apa, kita. kena tahu overall trend semasa. Adakah Bull,atau Bear, atau sideway. Ini adalah overview macro.
Dalam crypto, cycle ni sangat penting sebab kalau masuk tak ikut cycle, jahanam lagi cepat. Contoh kata overall market Bear, kita trade buy low sell high. Bukan tak boleh, tapi possibility nak kena lipat tu tinggi.
Orang tengah turun tangga, ko cuba nak naik. Ada betul ke?
Now, untuk mengetahui overall trending ni, ini tengok dari timeframe besar ke kecil.
Dari Month > Weekly > Daily > 4H
Apa indicator nak guna? Penulis biasa guna candle heikin ashi. Lepas candle doji biasa memang nak ubah trend.
Bila dah confirm arah semasa mana, baru decide nak trade apa.
Kalau Bull, penulis trade buy low sell high. Ini biasanya buy Polkadot, then sell untuk grow USD. Atau buy Polkadot, then sell untuk grow BTC.
Kalau Bear, penulis trade sell high, buy low. Ini biasanya sell Polkadot, then buy semula untuk grow Polkadot. Atau sell BTC, then buy low untuk grow BTC ni balik.
Basically kesimpulan monsun ni, kita nak kena tahu cuaca cantik ke tidak. Kalau ribut kita masuk cara ribut. Kalau cerah, kita masuh cara cerah.
Kita tanak masa ribut, kita buat perangai masa cerah.
3. Meninjau lubuk, mana whale banyak
Kedua, micro level, penulis zoomkan lagi dan tengok kemungkinan price sedang dari mana ke mana. Ini memerlukan 3 layer untuk tahu specific, price bermain di mana.
Tak semestinya overall trending Bear, price semasa tak boleh Bull. Price boleh Bull dalam overall Bear, tapi kita tahu dia short term Bull.
Bila dia short term Bull, Stop Loss kita kena ketat.
3 layer ni ibarat kita guna 3 benda nak detect kat mana lubuk ni. Kenapa sampai 3? Dia dari besar makin ke kecik. Dari kabur, kita nak nampak lagi jelas.
Apa yang kita nak nampak jelas tu? Price di mana, dan apa kemungkinan next price ni nak buat?
3 Layering ini adalah :
Layer 1 : Support & resistance
Support dan resistance memberi idea price sedang bergerak dari mana ke mana. Dia macam pagar, memberi idea kepada kita secara dasarnya paling tinggi nak kemana, paling rendah nak kemana.
Penulis biasa membaca tulisan Upay untuk mengetahui support dan resistance Polkadot dengan cepat. Upay ni dah lama penulis follow, makan tahun dan jarang menghampakan.
Upay akan update 2-3 hari sekali. Ini contoh tulisan Upay. Dia akan bagi 2 scenario.
Support and resistance bagi penulis adalah sekadar memberi idea overall sahaja dimana price maksimum dan minimum. Dulu-dulu masa mula-mula trade, penulis trade kat support resistance. Boleh buat duit jugak sebenarnya, cuma selalu kena libas bila price break resistance atau support.
Layer 2 : Trendline
Selain support resistance, kena mahir buat trendline. Ini biasa penulis buat sendiri. Penulis tak ambil shadow, penulis suka B2B, body to body kalau tarik line.
Trendline biasanya penulis buat timeframe daily.
Penulis guna trendline untuk tengok price makin kuat ke arah mana. Biasanya price akan zig zag dalam trendline. Next decision kita adalah bila price pecah trendline.
Kira, support dan resistance adalah pagar besar, trendline adalah pagar kecil, dalam pagar besar tu.
Kenapa kita buat trendline adalah kerana kita nak tengok price tu pergi ke arah mana secara lebih detail.
Layer 3 : Bollinger Band
Indicator penulis yang utama untuk menentukan kemungkinan kemana price nak pergi secara tepat, adalah Bollinger Band. Penulis guna indicator ini sebagai risk assessment untuk trade.
Ini kerana Bollinger band ada dua bahagian. Upper BB, lower BB.
Kalau penulis trade untuk buy dip, sedap nak entry bila engulf berlaku di upper BB.
Kalau penulis trade untuk buy low sell high, sedap nak entry bila engulf berlaku di lower BB.
Kalau price lower BB, so capital tu kurang sikit. Sebab kalau banyak nanti dia melantun naik, lega. Ini kalau kita trade buy dip.
Kalau price upper BB, capital besar sikit. Sebab dia nak jatuh tu lagi jauh.
Now, sekarang patut dah nampak dengan jelas price kemungkinan besar nak pergi ke mana.
Next adalah nak tangkap whale ni.
4. Teknik tangkapan, Engulfing
Principle utama trade method penulis adalah engulfing. Ini bermaksud, penulis menggunakan teknik ini sebagai teknik utama apabila mencari entry dan TP.
Engulfing, seperti yang sedia maklum ada dua. Engulfing Buy apabila candle merah ditutup candle hijau. Engulfing Sell apabila candle hijau ditutup candle merah.
Metaphor dia, ini adalah sama ada pukat, jaring, atau joran, atau dalam imaginasi Moby Dickie, pergi memburu whale menggunakan lance.
5. Petanda kemunculan whale, Signal
Penulis menggunakan teknik James untuk signal ready nak masuk entry, iaitu indicator MACD dan RSI.
Setting adalah, RSI 10, MACD 8,21,5. Timeframe 4H
Bila RSI overheat, meaning trend dah nak berubah. Bila MACD bersilang, ini confirmation trend berubah. Next adalah entry.
Signal ni macam whale dah mula lambai ke kita la pakai ekor. Mari… mari…
6. Whale sudah mari, Entry
Confirmation entry untuk trade hanya bila confirm engulf. Ini penulis tengok pada candle ketiga sebab baru candle kedua closed.
Meaning, selagi tak closed engulf, penulis takkan masuk.
Di mana penulis entry?
Penulis entry di 4H. Kadang-kadang di daily.
7. Whale kena tikam, Take Profit
Dimana penulis TP?
Ini ikut mood. Kalau rasa nak tunggu lama, penulis TP di daily. Kalau malas nak cepat, penulis TP di 4H.
Bila penulis TP?
Ada dua. Pertama pada sell zone (atau buy zone) yang dah terbentuk sebelum ini oleh engulfing.
Kedua, tunggu engulfing baru terjadi then TP. Biasanya kalau yang kedua ini masa lebih lama atau panjang dan untung lebih tinggi.
8. In case whale pulak yang makan kita, Stop Loss
Bagaimana dengan Stop Loss?
Stop Loss biasanya pada shadow candle yang menutup.
Stop Loss mesti dah plan, dan tahu nak letak di mana. Namun sama ada set stop loss order itu atau biar buat manual, itu bergantung keadaan semasa.
Jika penulis tak set stop loss order, penulis akan letak alert. Alert ini bertindak untuk bagitau penulis yang harga dah kena stop loss. Bila alert ini activate, penulis akan tengok dan decide sama ada nak deploy stop loss atau tunggu kejap dan stop loss lagi atas (atau lagi bawah).
Ini adalah kerana crypto sangat volatile. Dia ada perangai naik sekejap sahaja kemudian turun atau acah-acah.
Penulis akan set stop loss order kalau timeframe lagi atas bertentangan dengan timeframe 4H. Kalau sama trend, penulis guna alert.
Penulis juga melihat AI reading bagi melihat trend daily, atau weekly. Jika trend weekly bertentangan dengan timeframe 4H, penulis set stop loss order. Kalau sama trend, sekali lagi penulis guna alert.
9. Cuaca cantik, whale naik ke darat
Seterusnya kita masuk bab keadaan market yang sedap untuk entry yang memberikan probability tinggi untuk profit.
a. Upper BB
Seperti yang penulis tulis awal tadi, kalau price Upper BB, timeframe atas lagi besar Bear, so capital boleh besar untuk trade sell buy dip.
b. Lower BB
Ini kalau price di lower BB, timeframe atas Bull. So buy low sell high, atau, kalau nak buy dip, kena deploy Stop Loss Order, jangan takat alert.
c. Pump and Dump
Pump and Dump adalah keadaan dimana price dipam naik mendadak dangdut dan kemudian turun terus. Atau, price turun mendadak dangdut dan kemudian naik balik.
Kenapa pump and Dump berlaku? Biasanya sebab news. News yang trigger market jadi begini.
Yang kita nak tengok ini adalah yang berlaku dalam timeframe 4H.
Ini contoh. Berita keluar pasal Acala. Acala adalah coin dalam ecosystem Polkadot.
Maka Polkadot pump naik 20%, kemudian turun 10%. Volume maksimum 1.9 M USD.
Bagaimana nak take advantage?
Kalau nak setiap masa main tukar order 20% atas (atau bawah) dari price memang letih. Maka, guna alert.
Set alert on Volume naik mendadak dangdut. Untuk Polkadot, penulis set kalau volume naik 500K tiba-tiba ddi cryptowatch.
Bagaimana nak entry?
Untuk buy dip, trail Stop Sell dari bawah, follow sampai dia naik atas. Bila price u-turn, tunggu kat bawah untuk buy dip.
_