Intro
Bila kita nak tekel awek tapi kita dah ada bini, kita mesti mau ada risk rewards ratio.
Risiko dia bini kita masuk kereta then langgar kita.
Rewards dia kita ada dua bini.
Kemungkinan bini kita nak masuk kereta then langgar kita maybe 10% sebab takkkkkannnnnnnnnlah dia nak langgar kita.
Rewards ada dua bini hanya Allah yang tahu. Tapi for the sake of discussion, katalah 200% (sebab dua).
So ratio antara dua ini dipanggil Risk Rewards Ratio iaitu 10% vs 200%, atau 1 : 20.
Ada bran?
Pengertian
Risk adalah risiko.
Rewards adalah pulangan atau keuntungan.
Ratio adalah nisbah.
Risk Rewards Ratio adalah Nisbah antara risiko dan pulangan / keuntungan.
Juga dikenali sebagai Risk Rewards Management, atau R/R atau Profit Loss Ratio.
Bagaimana aplikasi dalam trade?
Risk reward ratio dalam trading adalah mengukur perbezaan antara dua entry trade iaitu,
Trade yang TP / Take Profit dengan Trade yang SL / Stop Loss.
Mengukur dua entry ini memberikan kita gambaran nisbah keuntungan dan kerugian.
Masih blur….
Ginilah.
Kalau risk reward ratio anda 1:3, maksudnya anda riskkan $1 untuk untung $3.
Kalau risk reward ratio anda 1:20, maksudnya anda riskkan $1 untuk untung $20.
Apa kaitan dengan trade TP SL tadi?
Anda ada $1000. Anda nak entry / masuk trade. Kalau harga Polkadot naik dari $5 jadi $10, anda akan untung $1000 dan capital grow jadi $2000.
TP anda $10.
Reward Ratio adalah 2. Sebab $1000 jadi seganda atau $1000 x 2.
Buy $5, Capital $1000 = 200 Dot
Sell $10, 200 Dot x $10 = $2000
Untung $1000.
Namun masuk trade kena ada plan. Dan SL adalah sebahagian dari plan. Anda target nak SL pada harga $4. Meaning harga masuk $5, tapi kalau turun $1, jadi $4, SL.
SL pada $4, rugi berapa?
Buy $5, Capital $1000 = 200 Dot
SL $4, 200 Dot x $4 = $800
Rugi $200.
Risk $200, Rewards $1000, maka Risk Rewards Ratio adalah 2:10 atau kecikkan lagi, 1:5
Riskkan $2 untuk dapat $10, atau $1 untuk dapat $5.
Ada rumus tak nak letak dalam spreadsheet…
Ada. Rumus dia macam ni.
RISK REWARD RATIO
= (Entry Price – Stop Loss) / (Take Profit – Entry Price)
Dalam kes di atas,
($5-$4)/($10-$5)
= 1/5
= 1:5
Berapa ratio yang sedap?
Maksimum adalah 0.5
0.5 ni adalah 1:2 atau 1/2
Lagi kecil ratio lagi bagus. Misal kata 0.1
Berapa 0.1 ni?
1:10 atau 1/10
Riskkan $1 untuk $10 oklah tu dari riskkan $1 untuk $2.
Kalau 0.8? Saja kira sebab nak tengok lebih dari 0.5.
0.8 adalah 1:1.25 atau 1/1.25
Riskkan $1 untuk dapatkan $1.25
Penat bosss…..
Apa matlamat kita risk rewards ratio?
Hakikatnya, kita dah ada 2 variable penting. Risk dan rewards. So cerita dia, ada 3 kemungkinan.
Risk > Rewards
Risk < Rewards
Risk = Rewards
Mana yang kita nak focus?
Mestilah Risk lebih kecil dari Rewards. Sapa nak amik risiko besar kalau reward ciput. So macam mana nak Risk lebih kecil dari Rewards?
Ratio akhir mestilah 1:3, atau 1:10, paling busuk 1:2. Jangan ratio akhir 18:1, gila apa?
Satu lagi,
Kita nak maintain ratio jangan lebih 0.5. Sebab dia adalah, lagi besar ratio kita, lagi lama nak untung sebab untung sikit. Bila untung sikit, kita kena lagi banyak kali trade untuk banyakkan untung, namun lebih banyak kita trade bukan erti lebih banyak kita untung. Dia boleh jadi lagi banyak kita rugi. Ini kita bincang dalam ratio yang satu lagi dinamakan Win Lost Ratio.
Hence, kena guna Risk Rewards Ratio ni dalam analysis agar kita tahu, berbaloi ke tidak nak entry. Tu yang sebenarnya.
Kita nak maximum rewards tapi minimum risk.
Risiko mesti mau kecil, tapi reward dia mmmmmmm lazat. Ulang benda ni 1000 kali, apa ending dia?
So R/R ni dalam erti kata lain protect capital kita la kan?
Ya. Sebab walaupun asyik rugi, tapi dengan R/R yang betul, jumlah kerugian tu kita limitkan. Macam nak kikis kayu la. Sekali kikis, sikit je luak. Makan tahun baru kayu ni ghaib ada gheti?
Ada indicator tak dalam tradingview?
–
Ada kegunaan lain tak R/R ni?
Ada. Untuk kira camna nak cover balik loss dalam trade. Refer jadual bawah.
Now, let say kita entry satu trade. Rugi 50%. Contoh modal $1000. Ntah camna silap lambat stop loss, rugi 50% so capital tinggal $500.
Canne nak cover guna R/R.
Mesti masuk trade yang R/R dia 0.5. Meaning, masuk trade yang 1:2 sebab masuk $500, dapat balik $1000. So cover balik loss tadi.
Kalau masuk trade R/R 0.8, atau 1:1.25 atau 1/1.25, modal $500 baru jadi $625. Kena trade 4 kali ratio yang sama, baru boleh cover modal jadi $1000. Itu yang recover percentage 400%.
Lagi besar lagi lemau bossku…