Trade Log : w25 2022

Penulis cuti dari Khamis lepas, bawak family pergi lepak pantai. So hari ni Isnin, baru sampai KL.

Now, update untuk weekly minggu ini.

20.06.2022 23:49

Crypto

Market ketika ini pada price $0.89 T, bawah $1T, menurun kaw-kaw.

Buy zone bawah adalah pada $0.57 T. Kalau ini berlaku, Bitcoin = $12.5 K, Polkadot $4.7.

Belum ada tanda nak reversal setakat ini.

Bitcoin

Bitcoin dah pecah 200 SMA ungu, malah closed bawah dia. Price sekarang $20.8 K.

Next buy zone area Monthly Buy $12K.

Heikin masih kuat.

Weekly sangat lemah menurut AI.

Polkadot

Dot bertahan tak masuk buy zone weekly. Price sekarang $7.8

Now, next week kita tengok kalau candle minggu ni boleh engulf candle merah week 23. Kalau berjaya, harapan baru bersinar. Kalau idok, makin bawoh la gayenyeh.

Heikin makin mengecil.

AI weekly bawah 30. Meaning tak kuat.

Trade Mode

Penulis ada masuk trade. Penulis dah sell 700 Dot pada $7.30, TP pada $6.60.

Patutnya trade ni dah SL pada $7.60 tadi tapi ada cousin datang rumah bawak mainan, la ni check tengok harga dah naik $7.90.

Basically sell zone masa penulis masuk tadi dah jahanam. Malah sekarang dah ada buy zone baru.

Now, price akan turun ke buy zone baru ni area $7.5 – $7.3.

So penulis akan cut loss balik di $7.30. Tapi tengok dulu canne kut dia tembus buy zone ni sebab AI weekly tak kuat mana. Ada can dia turun cari balik buy zone bawah $6.8 – $6.6.

Update terakhir Upay pada 17 June,

Now, sedikit update event mendatang. 29 June ni ada perayaan polkadot. Boleh baca detail sini. Biasa time event harga jatuh kalau Polkadot ni.

21.06.2022 16:00

Menurut Upay, kalau break $8.33 next $10.06 then $12.44. Tapi kalau gagal cross $8.33, balik $6.36 next $4.23.

21.06.2022 17:34

Penulis tengah standby nak masuk satu lagi trade. So penulis tengah tunggu confirmation sell zone. Pada ketika ini, signal belum ada, confirmation pun tade. So monitoring mode. Upay kabo $8.33 resistance so kita tengok sini nak turun ke idok.

Now, untuk yang goyang sama ada Bitcoin nak ke zero atau tak, boleh try dapatkan pedoman dari Hans Solo seorang ni. Beliau famous dengan ramalan Bitcoin nak pi $20K hari tu. Menurut beliau, dari $20K nak pi $30K then akan turun balik ke $12K.

22.06.2022 1:38

Update sebelum tidur. Penulis dah set stop loss pada $7.93, meaning, kalau price turun masa tidur karang, entry secara auto.

Itu kalau price mak jun la. Kalau price naik, tade la entrynya.

Penulis merasakan yang price tidak akan continue naik tetapi akan buat reversal. Ini adalah kerana pertama, price dah menghampiri upper BB + 4 candle dah reject $8 pada 4H dengan mempamerkan jurus hammer thor kebawah. Satu lagi mode heikin menunjukkan batang semakin menguncup.

Biasa polkadot kalau buat perangai gini tanda nak turun. Kita tunggu. Anyway ini video dari. ZRA Strim, boleh layan buat persediaan 2023.

Kalau tanya pendapat penulis, kita tak boleh control benda yang luar tangan kita. Apa yang kita boleh control, adalah apa yang dalam capaian tangan kita. Itu pasal trade adalah salah satu skill yang sangat kritikal pada zaman sekarang.

In fact, trade walaupun ada risk, namun risk hodlr lebih tinggi kalau tak kena gaya. Apa yang penting adalah bukan kaya di masa depan, tetapi cashflow yang stabil pada setiap bulan. Renung-renungkanlah…

22.06.2022 10:25

Penulis baru sampai ofis ni pukul 10 pagi. Hari ni keluo ghumoh antor anok skoloh 7:30. Gila babi punya jem lahanuts…. untuk rekod, penulis biasa pergi ofis pukul 10, sampai 1030. Tapi sebab anak no 2 penulis demam, so ibu dia kena jaga. Biasa ibu dia yang anta gi sekolah dua-dua.

Anyway, rasa option jem ni ada dua je. Pertama, PM keluo undang2 semua orang mesti kerja hybrid, alternate dalam seminggu pegi ofis 2x je. So 3 hari kat rumah. Apa nak risaunya sebelum ni elok je orang WFH dah tetiba tade covid takut pulak?

Tapi itu yang kita tak boleh control sebab PM kita dia pikir dalam bahasa melayu. Now apa yang kita boleh control? We choose to become full time trader.

Boleh idup ke? Eh Prophet Muhammad trade….

Anyway, ini chart update.

Jerat percintaan sebelum tidur semalam kena.

Now dah set buy kat buy zone bawah 4H untuk dua-dua trade.

22.06.2022 20:33

4H ada new buy zone, so price macam nak naik.

Penulis ubah TP pada dua tempat, $7.50 se, $7.12 se. Apa-apa hal plan penulis adalah rentry. Amik dulu skit.

23.06.2022 10:59

Satu trade dah setel semalam, TP pada $7.45.

Now tgk chart jap.

Price meniti baik atas support $7.36. Nampak dah masuk mode sideway. So bila dalam mode sideway, kita nak tengok next action dia adalah continuation atau reversal.

Continuation bermaksud, dia sambung trend sebelum ni. So based on chart, trend menurun. Tapi kalau reversal, dia nak naik.

Now penulis tengah tunggu confirmation sama ada nak reverse atau nak continuation menurun.  Ini penulis guna inside candle.

Update terbaru Upay, 6 jam lepas. Menurut Upay, kalau pecah support $7.30, maka next adalah $4.23. Kalau tak, naik $9.78.

Hence, agak kritikal $7.30 ni pastu penulis lak entry $7.30 hari tu sell to buy dip. 50-50 nih……

24.06.2022 11:17

Hari ini hari jummaart, hari yang berkaart. Namun begitu, kita sebagai muzzzslims hendaklah sentiasa berfikiran polsitip. Now penulis rasa nak cut loss dah ni untuk trade yang sell dekat $7.30 hari tu. CL dekat $7.6. Ini zone Buy Zone 4H.

Now, dalam masa yang sama, penulis tunggu sell zone baru untuk entry.

Ini ada news pasal speech Putin. Gaya dia mmg nak fakoff kan USD. Namun apa yang ganti USD tidak diketahui.

25.06.2022 14:15

Wiken je mesti rasa sedap kan? Cam… kan best kalau hari2 wiken? Anyway, ini chart.

RSI dah ada signal nak turun, rujuk warna tu dah putih. So next kita tunggu confirmation nak turun bila MACD bersilang.

Heikin pun dah lembik.

Kalau nak entry, entry masa MACD bersilang sell untuk buy dip. Kalau tak sure,  tunggu engulf sell ada baru entry.

25.06.2022 18:04

Sebenarnyakan… sebenarnyakan… penulis tadi gatai set Sell Stop @$8.30. Entry ni dah pun deploy. LEGA.

Patut tunggu engulf sell. Ni la dia… gatai. Now penulis dah set buy pada Buy Zone $7.60

Now, penulis baru habis layan Invincible season 1. Cerita katun tapi ganas gila. Namun begitu, storyline agak power.  Worth your time.

Ini satu scene dari invincible. Gila gans.. tak sesuai untuk budak kecik.

26.06.2022 4:04

Trade tadi dah pun TP secara SL pada $8.00. Penulis follow trail SL.

Now penulis nak reentry balik pada $8.20. Ini adalah pada new sell zone 4H. Ini adalah dengan anggapan yang price akan retest semula sell zone sebelum turun ke buy zone. $7.60

26.06.2022 11:44

Trade $8.20 setting sebelum rudit setel dan mengena.

Now penulis dah set untuk buy $7.60. Hat ni kena monitor skit sebab heikin 4H dah ijau. Meaning price macam nak naik, so kita kadang-kadang kena buat gerakan olos….. closed awai la maleh pening. Namun begitu, ada possibility kul 12 sat lagi dia keluo sell zone baru.

bersambung next week…