Selangkah demi…
April 2025
Q1 2025 Performance Update
Alhamdulillah, profit sudah 25% untuk closing Q1. Kepada Allah penulis berserah untuk Quarter-quarter seterusnya, semoga profit selalu.
Manakala trade 1000X, tak berapa perform dan tengah rugi 30%.
Basically trade ni macam LIFE jugak… you win some, you lose some.
April 2025
Heresy Financial University
Bagi memantapkan lagi ilmu financial penulis, penulis dah enroll Heresy Financial University. Penulis target nak habis semua dalam 1 semester iaitu Apr – May – June.
HFU ni bukan macam MMU ke, UM ke… tapi online courses by experienced stock broker Joe Brown.
March 2025
Blog ubah domain
Domain lama tiba-tiba ada orang nak beli, hence, penulis decide untuk jual domain tu. Sekarang penulis dah migrate semua content dalam blog kepada domain baru, decentralife.co.
Nama domain diilhamkan sesuai dengan matlamat trade adalah untuk membebaskan diri dari belenggu sistem, hence mengasingkan diri dan continue hidup dengan sistem sendiri, kebebasan abadi.
March 2025
Trade 3 BTC
Penulis dapat idea untuk buat score card semangat diri sendiri untuk monitor progress trade BTC sama ada berjaya atau tak menghasilkan another 3 BTC. Score card ini akan diupdate bila perlu dalam blog post.
February 2025
Trade 1000X
Setelah dua bulan mencuba, so now penulis nak umumkan yang penulis dalam challenge Trade 1000X untuk membesarkan capital penulis sebanyak $8.5K kepada $8.5M. Benar agak tinggi target tapi kalau dapat 100X pun jadilah.
Sekiranya berjaya 100X, dari situ penulis akan fikir sama ada nak teruskan kepada 1000X, atau start phase 2 trade 5% sebulan. Untuk detail pengembaraan ini, boleh baca sini.
February 2025
Gantirugi Celsius
Setelah bertahun maka akhirnya duit dari Celsius dah masuk balik melalui hyperwallet dan kemudian ke paypal. Daripada rugi terus, dapatlah jugak balik sikit. Untuk penulis, ada dalam RM40K.
Asal duit penulis dalam Celsius adalah 3 BTC kalau tak silap, untuk loan $55K USDC. Lega……
January 2025
Ledger Stax
Penulis dah pun migrate semua BTC penulis dari ledger Nano X ke Ledger Stax, seed pun baru hence ini adalah ledger generasi ketiga penulis.
Dalam erti kata lain, wallet. BTC penulis pun dah berubah. Selain faktor keselamatan, ini juga adalah untuk kemudahan penulis sendiri. Compare dengan semua ledger yang penulis dah pakai, ini yang paling canggih dan paling senang sekali. Penulis puas hati!
December 2024
Q4 2024 Performance Update
Alhamdulilah, Q4 sudah berakhir. Ini trade performance setakat ini melangkaui semua tahun trade penulis.
Secara keseluruhannya, tahun 2024 penulis buat duit lebih banyak dari 2023 (capital lebih besar), namun in term of growth berbanding tahun, agak menurun sikit, turun dari 347% ke 342%.
Apapun alhamdulillah, semoga 2025 membawakan lebih banyak hasil trade yang konsisten dan lumayan.
November 2024
Altcoin Trading
Tahun 2023 penulis trade Polkadot. Tahun 2024 ni majority penulis trade Bitcoin. Tapi la ni Bitcoin naik tinggi gila so agak seram nak trade sebab baik biar dari trade kalau rugi canne? Hence penulis start trade apa jua altcoin yang listing di Token Metrics. Meaning, Token Metrics provide coin apa, penulis kendian buat analysis lagi untuk filter nak trade yang mana.
Token Metric ni dah lama masuk tapi haram tak pernah guna. So ini masa nak tuai hasil. Allocation capital, $10K. Harap jadi $10M by 2026. AMIN.
November 2024
Bitcoin Standard & Bitcoin: A Unique Diversifier
Bulan ni penulis habis baca dua benda penting, pertama, buku Bitcoin Standard oleh Saifedean Ammous, dimana sejarah duit dan kenapa Bitcoin adalah keperluan. Penulis walaupun dah kenal Bitcoin pada tahun 2016, tapi selepas membaca buku ini, penulis rasa Bitcoin memang “make sense” dan ia adalah cara bagaimana untuk store wealth paling effektif mengalahkan gold.
Kedua, adalah paper dari Blackrock, Bitcoin: A Unique Diversifier. Boleh google sendiri PDF ni free dari page Blackrock.
October 2024
Master Gareth Soloway
Selain berguru dengan Master Ali, penulis juga sedang belajar memantapkan lagi ilmu trade penulis. So, hari-hari pukul 9 malam penulis akan layan youtube Master Gareth Soloway sebab master g akan buat analysis sambil ajar trade di youtube. Boleh cari Verified Game Plan.
Seraya itu penulis juga telah membeli indicator Master G yang diusahasama Lux Algo. Harap ending tahun ni closing trade dalam RM850K, insya Allah.
Sept 2024
Q3 2024 Performance Update
Alhamdulilah, Q3 withdrawal profit naik sikit compare Q2, namun kalau compared dengan tahun lepas, growth adalah 670%.
Secara keseluruhan, tahun ini penulis dah withdraw dalam RM547K, so average income dari foreign ini adalah sekitar RM60K untuk 9 bulan. Alhamdulillah.
June 2024
Q2 2024 Performance Update
Alhamdulilah, Q2 nampak peningkatan lagi sedap. Tahun lepas, profit Q1 vs Q2 menurun dari 57K ke 32K, manakala tahun ini meningkat, dari 137K ke 193K. In term of growth 2023 vs 2024, Q2 501%, lagi tinggi dari Q1 138%. Alhamdulillah.
So, growth YTD JAN-JUN adalah 267% compare this year dengan last year, dan ini memberikan final number untuk growth yearly adalah 146%, in term of withdrawal profit sepanjang tahun. Dalam erti kata lain, peningkatan withdrawal profit adalah 1.5X compare last year.
Mathematically, JAN-JUN RM331K membawa pendapatan bulanan sekitar RM55K. Dengan pendapatan tahunan RM331K, tax kepada kerajaan Malaysia adalah 25% iaitu sekitar RM82.7K.
May 2024
Full Time Trader
Expectation sebelum ni nak jadi full time trader adalah 1 Mac 2024. Namun ada benda tak settle so dah extend ke hari ini 1 May 2024. Secara rasmi, penulis tidak lagi bekerja dengan syarikat yang penulis bina dengan kawan-kawan. Kebetulan ada lagu baru yang describe keadaan ini.
Alhamdulillah, ini fasa baru buat penulis naik satu tapak dalam rich dad cashflow quadrant sepenuhnya, doakan kita semua sihat umur panjang dan sentiasa berjaya dalam usaha yang kita lakukan.
Selamat hari pekerja, dan selamat maju jaya!!!
Mac 2024
Q1 2024 Performance Update
Tahun lepas, Jan – Mac 2023, total profit yang withdraw adalah RM57,892 manakala tahun ini, Q1, Jan – Mac 2024, RM103,753 + RM34,036 gaji staking. Hence, growth profit year to date adalah 138%.
Sebagai tanda kesyukuran, penulis telah membeli sebiji kereta baru untuk mak penulis dan 2 gelang emas untuk isteri penulis sempena menyambut aidilfitri. 3 benda ni total dalam RM50K++.
Alhamdulilah. Kalau kita trade betul2, dengan sabar dan tekun tidak berputus asa, insya allah ada rezeki untuk keluarga.
Dec 2023
Summary Trade 2023
Akan diupdate kemudian, slide dah ada tapi separuh jalan hence agak lemau nak sambung. Basically untung lebih dari 2022.
Nov 2023
Hybrid Theory 2024
Penulis ada fund projek member penulis ni hence penulis menggunakan primitive asset : gold, dan distruptive asset : crypto, kedua ini melibatkan pawn, trade dan invest. Kita tengok berjaya ke tidak, tahun depan. Baca detail sini.
Nov 2023
DOT, dari Ledger ke Vault
Penulis telah habis pindahkan semua DOT penulis dari Ledger, dan sekarang 100% duduk di dalam Vault, sebuah wallet airgap oleh Parity, which is pencipta DOT itu sendiri. Tujuan initiatives ini adalah untuk risk distribution agar bukan semua asset duduk kat satu tempat, ditambah dengan ledger punya seed issue .
Perpindahan ini makan masa 3 bulan start 27 july dan baru settel 30 Oct. Ini adalah kerana penulis pindah by phases, agar maintain rewards sentiasa ada instead of blackout 28 hari terus.
So sekarang boleh monitor terus rewards dari Polkadot Staking Dashboard, dari satu wallet tunggal.
Manakala untuk update mingguan, penulis akan start update cuma satu wallet iaitu Vault, instead of lagi dua iaitu Ledger dan Proxy.
Oct 2023
Q3 2023 Performance Update
9 bulan telah berlalu dan sekarang sudah Q4, maka tibalah masa untuk penulis review peformance penulis. Basically Withdrawal dah 13.9% manakala Trade & Staking Capital 39.9% compare capital asal. Overall new DOT adalah 48.9%.
Compare Q2, Q3 ni agak menurun. So harap Q4 ni lebih indah, kepada Allah penulis berserah. Baca sini.
Aug 2023
XSEED Plus
Penulis telah membeli XSEED Plus bagi menggantikan Billfodl penulis. Ini kerana setelah membaca, didapati Billfodl ada risiko seed berterabur kalau tak kena gaya. Hence, cara ketuk abjad pada keping besi lebih selamat.
Boleh baca comparison detail untuk decide method apa untuk simpan seed anda disini. Apapun setelah selesai mengetuk, penulis akan tanam XSEED ni dalam hutan dan tandakan dengan GPS, so in future kalau nak cari balik kena pergi camping.
Aug 2023
Selamat tinggal Cryptowat.ch
Platform fav trade penulis cryptowat.ch telah disunsetkan. Pengumuman dari Kraken, tarikh akhir bagi platform ini adalah pada 30 Sept.
Now, penulis dah start trade di Kraken Pro. Awal-awal trade memang nampak macam susah. Tapi bila dah seminggu dua, penulis dapat rasakan yang Kraken Pro lagi best dari cryptowat.ch. Ini setup penulis.
Jul 2023
SUB2K Polkadot Holder
Total fund untuk capital stake penulis sekarang adalah 16,566, maka ini telah mengatasi kedudukan holder #1999 iaitu 16,299.
Namun sebab tengah dalam proses transition dari Ledger ke Polkadot Vault, fund penulis sekarang dalam dua wallet, expected akan settle relocation fund sebelum habis Q3.
Ketika ini, kedudukan richlist penulis adalah pada #1986, top 0.58% kategori FISH daripada 345,245 hodlers. Target baru adalah SUB1K, dimana #999 sekarang mempunyai 35,483 DOT dan penulis short 18,917 DOT untuk tapau dia. Baca sini.
Jul 2023
Q2 2023 Performance Update
Pejam celik 6 bulan berlalu. Kita dah masuh quarter 2 tahun 2023. Seperti biasa, Ini adalah update performance decentralife.co. Basically Withdrawal dah 10.7% manakala Trade & Staking Capital 21.2% compare capital asal. Baca sini.
June 2023
USD Withdrawal dari Kraken ke WISE
Selama ni penulis withdraw profit trade dari Kraken ke Remitano. Dari Remi masuk bank. Now sekarang penulis dah jumpa cara lebih selamat dah effective, dimana profit USD masuk terus ke WISE. Baca sini.
May 2023
2024 Decentralised Salary
Dari data yang sama penulis masukkan setelah trade dan stake, penulis come out dengan visualisation yang berbeza untuk melihat sejauh mana keyakinan penulis untuk full time trade tahun 2024 nanti. Versi update boleh lihat sini. Baca untuk penjelasan detail di sini.
May 2023
Observation Notes on Pattern
Penulis akan start buat notes untuk monitoring perangai Polkadot agar tak terlepas trade. Basically ini untuk nota rujukan masa depan atas dasar “pattern repeat”. Baca sini.
Dia macam naik spaceship, kita tengok keadaan bintang la atau nak semayang tengok arah kiblat.
Apr 2023
Q1 2023 Performance Update
Pejam celik 3 bulan berlalu. 3 bulan ni sama dengan 1 quarter. Ini adalah update performance decentralife.co dalam progress untuk decentralised hidup dari sistem hamba ini. Basically Withdrawal 6.9% manakala Trade & Staking Capital 8.19% compare capital asal. Baca sini.
Mac 2023
recceView vs tradeMode
Dashboard trade penulis sekarang dah ada 2 mode. Satu mode biasa tengok-tengok manakala satu lagi mode trade.
Basically kalau pakai cryptowatch, boleh la buat gini. Ada setting workspace.
Now apa yang bestnya? Kita ada 2 mode, santai dan focus. Mode ni penting untuk tahu kita berada dalam zon mana sama ada nak chill, atau zon subconscious + consciousness tinggi. Feel dia macam bawak kereta la. Ada masa bawak rilek, ada masa kita mode Quattro Vorsprung durch Technik + progress is intense.
Basically dual mode ini adalah inspirasi dari digital cockpit Audi. Audi dah lama ada benda ni sejak tahun 2015 lagi.
Mac 2023
Polkadot Subscan Richlist update
Polkadot Subscan baru sahaja update. Penulis tengok, account penulis dalam kategori FISH (14% dari semua). Agak long way to go kalau nak masuk kumpulan Dolphin dimana minimum adalah 129K.
Mac 2023
Multiverse Trade / Stake Log
Penulis dah update trade log (dan tambah staking rewards monthly sekali) untuk tahun 2023. Boleh tengok sini. Konsep trade tahun ini adalah multiverse, dimana modal asal RM850K ditukar kepada BTC dan akan berubah ikut keadaan market sama ada trade pair BTCDOT, BTCUSD dan DOTUSD. Matlamat trade adalah untuk keluarkan balik modal bernilai RM850K. Tapi kalau melingkup, capital akan dihantar untuk stake salary Polkadot, habis cerita.
Feb 2023
Countdown Full time trader
Start Februari, setiap weekly posting akan dimulakan dengan countdown kepada tarikh keramat 13 Mac 2024. Ini adalah tarikh dimana penulis akan berhenti kerja dan full time trader / investor. Kenapa perlu countdown? Agar bila trade tu lebih serius black dan fokus agar tak rugi, bukan buat suka hati.
Ini perancangan ya, perancangan Allah lebih tepat. Atau, jika itu ketetapannya maka Aku cuba, namun Ya ALLAH, permudahkan segala urusanku dan berikan keberkatan atas segala usaha ini. AMIN
Jan 2023
Mula menghadiri webminar larut pagi
Penulis tahun ini mengambil keputusan untuk menyertai semua webinar Master Ali bagi memantapkan lagi ilmu rasa dan resa. Yang pertama semalam adalah dengan brader G.
Jan 2023
Trade Setup untuk 2023
Penulis telah mengemaskini trade penulis untuk kegunaan tahun 2023 ini. Boleh baca sini.
Jan 2023
Polkadot Richlist Update
Account polkadot penulis sekarang adalah pada nombor 2,831 (page 114 line 6 (113 page *25 row +6 row)) daripada 1,040,034 holders. Top 0.27% dengan jumlah pegangan 12,047 polkadot. Harap DOT tak melingkup macam LUNA.
2023
Dec 2022
Summary Trade 2022
Setelah setahun fokus dengan beria dalam bidang trading, ini adalah detail performance penulis pada tahun 2022. Secara kesimpulan, revenue trade dan stake penulis adalah sekitar RM45K atau bersamaan sebijik 2022 Perodua Myvi 1.3L X AT. Baca sini untuk detail.
Dec 2022
Terjumpa Private Key lama
Tengah nak susun files lama crypto, sekali terjumpa set private key tahun 2017. Tengok-tengok ada satu yang ada balance Ethereum. Okla tu, call balik asset private key melalui metamask. Sapa nak bagi 0.3 Eth?
Dec 2022
Trading View Pro Level
Biasa pakai yang FREE tapi nampak gaya dah tak boleh blah. Upgrade level PRO setahun seribu lebih.
Dec 2022
Elliot Wave Theory
Lama follow Sang Elly ni (Elliot wave) so decide beli indicator ni dengan modal $797. Setting dalam Trading View, by invitation only.
Nov 2022
Sinar dihujung jalan
Celsius email macam nak bagi balik asset yang lebur tu…. hmmmmm. Ok lah dari tade. Amount sama dengan balance dalam wallet hari tu cuma collateral 3 BTC burn untuk loan USDC55K. Anyway ini surat court. Dah dapat betul-betul esok baru nak kira berapa damage sebenar.
Sept 2022
Mula trade pair BTC
Lepas rehat 2 bulan dari trade, start trade pair BTC/DOT. Baca sini.
Sept 2022
NFT
Layan NFT jap. Beli 3. First tu under category utility di mana untuk subscription Token Metrics seumur hidup FREE. Now Token Metrics dah fully web3, login pakai Metamask. Lagi 2 tu gatai tangan suka mencuba.
Jul 2022
Financial Interstellar Whitepaper V2
White Paper di update dengan lebih matang dan teliti selepas jual company, Blackhole. Baca
Jul 2022
AI nampaknya agak pintar lebih dari PM is Mail
Token Metrics upgrade pada plan Advance. Satu lambang komitmen cinta sejati.
Jun 2022
Sialan Celsius – Kena Rugpull kali kedua
Celsius pulak buat hal, stop withdrawal dan mungkin bankrupt. Damage 3 BTC collateral termasuk lain-lain asset seperti dibawah. Senyum lagi sekali.
Jun 2022
Staking Polkadot di Ledger
Khatam staking Polkadot di Ledger X. Selama ni stake di Kraken sebab malas. Ini adalah permulaan method untuk gaji sebulan RM50K. Baca sini
May 2022
Marah
Marah sebab Luna almost zero, beli 100 K Luna dengan modal $1 K. Teknik harapan Luna jadi $1 satu masa esok tapi dah tau mathematically impossible, namun at least pernah ada crypto lebih seratus ribu jumlahnya.
Lagi lega bila last sekali value RM 100 K Luna ni sekarang $10. Harga sebuah senyuman dari $1K jadi $10.
May 2022
Kena RugPull
Luna drop almost zero. Rugi $5.4 K modal awal. Lega. Tapi syukur nasib baik tak sempat beli banyak.
May 2022
Trade Profit 6% sebulan
21 Minggu trade, 30.64% profit, 23 win 7 lost. Trade profit average 6% sebulan. Trade Index
Apr 2022
Sessi mengumpul
Deploy RM5 M untuk beli digital asset, progressively. Expected asset to be acquired :
Bitcoin : 16 (saving long term)
Polkadot : 16 K (staking untuk gaji bulan )
Luna : 2.4 K (staking untuk gaji bulan )
Mac 2022
Net Worth Updated
Current Net Worth penulis, RM8.2 M.
Mac 2022
Wormhole – Catalyst utama Financial Interstellar
Dah jual sebahagian share dalam company, first tranche USD1.29 M. Ini merujuk kepada Blackhole. ALHAMDULILLAH Tuhan atas rezeki dan rahmat, serta kesihatan. ALHAMDULILLAH.
Mac 2022
Trade Profit 1% sebulan
11 Minggu trade, 13.76% profit, 12 win 4 lost. Trade profit average lebih 1% sebulan. Trade Index
Jan 2022
Staking Terra
Mula stake Luna dari Ledger melalui Terra Station.
Jan 2022
Terra Luna
Mula masuk alam Terra Luna. Dengar macam best.
Jan 2022
Alarm sebuah disiplin
Mula set alarm 4 jam sekali untuk trade 4H. Lebih tenang, lebih senang. Tiada lagi mimpi ngeri nampak candle merah datang cucuk pusat.
Jan 2022
Mula trade teknik Engulf
Mula trade dengan kadar paling serius setelah cubaan trade 3 tahun secara hobi sebelum ini. Teknik trade adalah Engulf + BB, belajar dari Mas Mujja. Siap buat log journal. Rujuk sini.
2022
Dec 2021
Muji – Sebuah calculator Baru
Asal nak kira kena guna phone apps, menyampah betul. So sekarang dah pakai calculator besar. Beli kat Muji. Senang sikit nak tingok.
Dec 2021
Staking Rewards
First Staking Rewards di Exodus (Solana) $0.24.
Dec 2021
Staking Solana
First Staking di Exodus (Solana). Saja nak belajar dan amik feel nak tengok macam mana.
Nov 2021
Current Net Worth
Current Net Worth penulis RM3.3 M.
Nov 2021
Crypto Holdings sekilas pandang
Mula guna coinstats.app untuk tengok overall crypto portfolio / holdings. Alternative sebelum ni guna google spreadsheet je.
Nov 2021
Loan Bank Crypto – Celsius
Penulis mencuba Celsius, sebuah bank crypto. Capital Trade now at USDC 55,000. Previously USDT132K, tapi dah tukar semua pada BTC dan lock di Celsius sebagai collateral untuk trade.
Nov 2021
Exodus 2.0
Install Exodus kali kedua,kut-kut ada yang nak derma Polkadot pada penulis, mana tahu sebab timbul rasa nak bersyukur terjumpa web ni.
Oct 2021
Financial Interstellar Whitepaper
Setelah berbulan menulis, akhirnya siap. Financial Interstellar Whitepaper V1 : sebuah Blueprint Decentralised Financial Freedom. #demind Baca
Oct 2021
decentralife.co
Penulis merasakan ada keperluan untuk membuat dokumentasi pengembaraan crypto penulis agar satu hari kelak anak cucu penulis boleh tengok dan minat untuk mencuba. Lalu, decentralife.co terhasil.
Aug 2021
Staking Polkadot
Staking adalah konsep baru POS yang lebih advance dari POW. Lantas penulis mencuba untuk stake. Ini first staking rewards via Kraken.
Aug 2021
Bitcoin Whitepaper
Agak tak deep dengan Satoshi Nakamoto kalau tak ada “karya” beliau di rumah. Penulis membeli poster Bitcoin Whitepaper sebagai tanda penghargaan.
Jul 2021
Token Metrics – Analisis AI
Mula subscribe Token Metrics untuk analisis AI, adakah otak manusia lebih hebat dari Artificial Intelligence?
Jul 2021
Ceramah Institutional – The B Word
Menghadiri conference The B Word dari rumah untuk memahami apa yang sebenarnya difikirkan oleh para institutional, apakah Bitcoin dari kaca mata mereka?
June 2021
Idea Financial Interstellar
Setelah bermeditasi, penulis mendapat ilham untuk jalan hidup seterusnya. Penulis lalu mula menulis Draft Financial Interstellar Whitepaper. Satu idea to the moon and beyond.
Feb 2021
Cameron Fous – Guru Short Term
Berguru short term dengan Cameron Fous bawah program IKNKfx Krypton. Fous antara guru bersifat rebel dan mazhabnya melawan arus mainstream.
Feb 2021
Fundstrat – Institutional Analysis
Subscribe dengan newsletter Fundstrat oleh Tom Lee sebab dengar cerita Tom pakar dalam prediction harga Bitcoin. Banyak insight berguna dari kaca mata institutional. Namun jodoh tak panjang sebab banyak sangat nak baca pening.
2021
Dec 2020
Trade Legend seumur hidup (setakat ini)
Trade legend seumur hidup, dari capital 60K XRP grow kepada 180K XRP, 300% dalam masa 9 hari! Merry Christmas and aHAPPY NEW YEAR!!! HO HO HO
Apr 2020
Bai’ah Master Alessio
Setelah mengikuti lama ceramah Master Alessio, penulis mula berbai’ah dan berguru terus dengan Master. Yuran kelas adalah secara berkala tahunan, namun ia amat memadaai. Kelas seminggu 2 kali pada hari Khamis dan Ahad malam.
Feb 2020
Billfodl – Seed Storage Another Level
Billfodl sampai rumah untuk simpan 24 seed / phrases Kalau rumah terbakar, seed takkan hangus sebab besi.
Feb 2020
The EYE
Deploy EYE, sebuah Moleskine untuk diwariskan kepada anak-anak (dan isteri) in case kalau jadi benda tak diingin. Segala mak nenek login, password, untuk semua aksess ditulis disini.
2020
Nov 2019
Nano Ledger X
Kerana Nano Ledger S skrinnya kecil, penulis terpaksa upgrade kepada Nano Ledger X. Lagipun yang ini ada Bluetooth, tak perlu cable.
Feb 2019
Trade Console, upgraded
Penulis sebenarnya trade di dua tempat iaitu Kraken dan Bitfinex. Ini adalah untuk keselamatan kerana tidak mahu risiko semua capital duduk satu tempat. Namun setelah penat login logout, penulis mencari solution untuk akses dari satu tempat. cryptowat.ch pilihan penulis.
2019
2018
Sept 2017
Berhenti Mining
Projek Ethereum Mining terpaksa dihentikan atas sebab price Ethereum mendadak dangdut turun. Kos mining lebih tinggi dari imbuhan Ethereum, namun pengajaran sebenar adalah kerana penulis tidak tahu bila Bull & Bear Market. Namun jumlah Ethereum terhasil sepanjang mining adalah sekitar 75 ETH.
Jul 2017
First Cold, Hardware Wallet – Nano Ledger S
Semua saving penulis dikeluarkan dari Exodus dan disimpan di dalam Nano Ledger. Baru penulis faham yang ini ultimate wallet paling selamat dalam dunia. Baca sini
May 2017
Hot Wallet pertama – Exodus
Kerana tidak mahu menyimpan asset di exchange, penulis mencari wallet apa yang sesuai. Penulis menemui Exodus, lalu bertekad menggunakannya kerana interface nya bapak lawa selain dari bunyi duit masuk yang sangat mengasyikkan.
May 2017
Mula Trade
Sementara menunggu mining berjalan, penulis mula berjinak-jinak dengan ilmu trade crypto. Penulis mengambil keputusan untuk trade di Kraken kerana interfacenya lebih minimal berbanding Bitfinex dan Poloniex. Pair pilihan adalah XRP/BTC sebelum akhirnya XRP/USD.
Apr 2017
Mula Mining
Setelah cukup mengkaji beberapa bulan, lalu penulis dan kawan rapat level bromance memulakan projek Ethereum mining dengan modal sekitar RM73K. Baca Sini.
Jan 2017
Mengenal Etherum
Penulis mula mengenal Ethereum. Setelah berbincang dengan kawan rapat level bromance, penulis menulis sebuah Draft Proposal Mining Ethereum & Small Scale Mining Deployment
2017
Jul 2016
Membeli Bitcoin di Bitx
Kalau asyik nak beli kena pergi bank lepas tu soal siasat macam kita buat salah, penulis akhirnya menemui Bitx. Sebuah exchange yang menjual Bitcoin yang senang akses dari Malaysia. Bitx kemudian rebrand jadi Luno.
Jul 2016
Xapo Debit Card Crypto
Narrative Bitcoin ketika itu adalah digital currency. Maka, kalau ia bakal menggantikan duit, hence penulis mestilah mempunyai Debit Card untuk spend duit digital ini. Lalu Debit Card Xapo, sampai rumah.
Jun 2016
Membeli Bitcoin pertama
First BTC bought from Xapo. Punya susah nak beli siap kena pergi bank untuk buat payment isi borang remittance. Officer tanya nak beli apa ni? Beli software. Tunggu few days baru duit appear kat Xapo.
Apr 2016
Mencari Bank Simpanan Crypto
Xapo adalah sebuah vault crypto cold storage yang berpengkalan di Gibraltar. Penulis sign up account ini untuk menjadikan Xapo bank crypto penulis.
Mac 2016
Mengenal Bitcoin
Member satu ofis tanya tahu tak pasal Bitcoin? Penulis cakap tak tahu. Member explain detail. Satu hari nanti penulis akan belanja member ni dengan coin. Insya Allah, bila semua matlamat penulis, tercapai oleh Allah ta’ala.