Penulis baru perasan yang minggu 44 ni (hari ni hari ahad dan esok isnin dah minggu 45) bahawa penulis tak buat analysis apa. Hairan canne boleh skip 1 week ni?
Aneh betul… punya busy dengan kerja hakiki sampai lupa nak update?
Sambung Trade Mode
06.11.2022 18:45
Trade penulis BTC/DOT yang gila lama floating tu baru saja penulis exit tadi dengan keuntungan sekitar RM4.2K.
Jual 332, asal 2.75 BTC dapat balik 2.79 BTC. Beza 0.042. BTC ni RM4.2K. Ini log sejak trade pair ni.
Now, kenapa atetiba penulis close trade dikala harga nak naik ni?
Well, 4H dah dua kali putih / RSI overbought. So short term price akan turun kejap.
Now, next adalah untuk buy bawah semula untuk get along price yang dijangka naik lagi.
Penulis dah set buy pada 315 dengan modal 2.75 BTC.
Kat mana 315? 1D, bumbung atas buy zone.
TP untuk sell maybe lama sikit kali ni nak long.
Now, RM4.2K tu profit sell pair DOT/BTC. Ada satu lagi keuntungan sebenarnya dalam trade ni dimana profit staking. Sementara trade floating lama itu hari, penulis stake di Kraken. Total rewards adalah 59 Dot. Ini bersamaan dengan RM1.9K. Rewards ini penulis tak cash out tapi send to Nano untuk staking sana pulak.
So basically, untuk trade kali ni total profit adalah sekitar RM6.2K. Jumlah masa adalah dari w39 hingga w44.
Basically, profit RM6.2K dalam masa 5 weeks dari modal asal RM300K (2.85 BTC). Dalam 2%, 5 minggu.
Alhamdulillah.
bersambung…