Minggu ni Malaysia fokus pada kempen pilihanraya. So video youtube sibuk dengan video politik. Anyway, benda kita ubah 5 tahun sekali. So pilihlah yang anda rasa bagus untuk diri anda.
Kalau tanya penulis, penulis harap Malaysia ni Prime Minister dia Rafizi. Insya Allah satu hari nanti.
Chart Analysis
08.11.2022 14:21
Crypto
Market sekarang masih bawah $1 T, sekitar $928 B. Menghampiri $1T pada awal minggu namun agak turun sekarang nampaknya. Price masih lagi dalam trendline orange which is itu bagus kerana perjalanan Bitcoin menuju $1 M sebijik masih intact.
Price ketika ini sedang turun. Kita nak tengok sama ada dia reject tak buy zone weekly bawah tu. Kalau reject, so ini cuma short term pullback. Tapi kalau tembus, risau price akan terus turun.
Next week, w46 kita nak tengok sama ada engulf sell berlaku atau tidak untuk memberi direction sama ada price semakin lemah atau kuat.
Heikin weekly pula sedang hijau. Kalau tengok 2 candle sebelum minggu ni dia agak membesar. So next week kita tengok tumbesaran ni bertambah atau berkurang.
Heikin monthly nyata merah mengecil.
Ini monthly candle.
Next month tengok kalau candle engulf sell atau terus menghijau.
Bitcoin
Level kritikal kena protect adalah $19700. Kalau jatuh dari ni, nampak macam breakout palsu.
Now, berdasarkan price semasa, price minggu ni menurun bakhang, tapi telah reject buy zone terdekat. Ada harapannak naik semula.
Cubaan bear nak tarik bawah $19700 macam gagalista.
Trade penulis sebelum ni yang konon nak beli pada RM93,500 / $19800 telah penulis ubah pada saat akhir pada RM98,000 / $20700
LEGA la cite dia sebab dah letak bawah gatai tukar atas. Price di Luno nyata turun ikut target asal penulis.
End up penulis sekarang dah ada 3.0542 BTC. Oklah tu. So trade ni kita akan sell bila BTC cecah $26K pada december.
So kena set jual RM123.3 K di Luno.
Now minggu ni accane Bitcoin punya hal?
Pertama kiyai tasik chini bagitau ada petanda nak naik. Ini dengan syarat protect $20K – $19.7K. Petanda lebih cerah kalau pecah $22.8K.
Namun begitu, dalam keadaan price semasa, sekarang price tengah turun.
Esok pagi Rabu kul 8, kita tengok kalau candle today close bawah 19700, hence ramalan kiyai meleset (mungkin kiyai tak puasa sunat).
So kalau pecah jatuh ke mana? Oct low sekitar $18169.
11.11.2022 14:21
Crypto sekarang tengah panas sebab Binance & FTX punya hal. Basically untuk tahu apa isu, boleh layan sini.
Now, update terkini, Binance tak jadi beli FTX pun.
Baca timeline sini untuk lebih lanjut.
Maka price makjun kaw-kaw. Indicator AI, dah keluar bearish. Ini Bitcoin.
Ini Polkadot.
Ini screenshot maghrib tadi. Kita tengok chart sekarang. Basically dah naik balik sikit daripada parasterendah $15.5K sebab pengumuman US CPI Index. Baca sini.
Ini pula Polkadot. Jatuh terendah $5.3.
Ini DOTBTC. Penulis masih dalam order buy 326.
Now, berbalik pada Bitcoin. Analysis awal minggu mengatakan :
Level kritikal kena protect adalah $19700.
$19700 dah pecah.
So kalau pecah jatuh ke mana? Oct low sekitar $18169.
Jatuh lagi bawah dari tu iaitu $15.5K.
So now, kemana kita sayang?
New support adalah $16112 – $15718. Pecah ni next $14160 -$13850. Pecah ni, next $12300 – $12000.
Kalau naik canak $16890, boleh pergi $17000. Naik atas lagi ke $18,000 – $18725, then semua orang boleh tarik nafas lega. $19 K kalu, senyum puas. Meaning, bottom mungkin dah tamat.
Ini update chart terkini.
12.11.2022 13:40
Penulis masih dalam order buy untuk pair DOTBTC. Ini keadaan graph terkini 4H.
Now kita nak analisa sama ada price boleh turun ke tempat target kita atau tak. Kita nak tahu possibility price pergi mana sebenarnya.
Price nampak macam reject buy zone putih tu, but then macam dah makan hampir habis. Ini menandakan yang buy zone tu hampir tak valid.
Manakala kalau pukul 4 petang sikit lagi candle merah tu confirm jadi sell zone, hence, petanda nak turun tinggi.
Sekarang kita tengok arah price dengan heikin.
Heikin dalam keadaan hijau, tapi candle heikin ketika ini dalam keadaan tak pasti nak continue naik, atau nak berubah turun. So pukul 4 karang kita tengok, candle maintain hijau dan membesar, atau mengecil atau terus jadi merah.
Kesimpulan 4h : Kalau pukul 4 sell zone confirm, heikin merah, so possibility turun tinggi. Next, kemana dia turun kalau turun.
Kita tengok 1D.
RSI dah overbought tapi tak tenat (putih tade). MACD dah nak bersilang. Hence daily, macam nak turun. Ke mana? Mungkin MID BB.
Namun perlu diingatkan ada buy zone berlapis 4H + D antara 324 ke 329 menandakan strong support situ.
Heikin masih merah, cuma tak kuat sebab merah makin kecik. Tengok kul 4 nanti.
Kesimpulan 1D : Direction turun, tapi mungkin tak jauh.
Kita tengok 1W.
Price reject sell zone weekly. Price reject MID BB. Hammer tu, so memberi bayang nak turun. Namun price sedang bermain cinta dengan ema8 kuning, so next week tengok closed kat mana. Boleh jadi kekuatan cinta melepasi ema8 dan tetiba meraih MID BB.
Heikin masih strong hijau dan batang panjang lalu keadaan masih dalam berahi.
Kesimpulan 1W : 50-50.
Kesimpulan semua : Short term mebi turun tapi long term, belum tentu.
13.11.2022 12:46
Sembang nak monitor pukul 4 last kali hapah tak buat. Now baru ada masa nak tengok balik.
Now, kalau penulis time travel balik apa yang nak tengok kat pukul 4 petang semalam, penulis nak tengok sell zone tu confirm ke idok. Rupanya tak malah reject dia jauh.
Pukul 8 malam, candle dia merah, masa ni penulis ingat dia nak buat hidden engulf sell, namun pukul 12 malam, penulis dah tengok movie lupa terus nak tengok chart. Pukul 12 malam candle dah confirm engulf buy.
OK. Past is past. Now apa nak jadi sekarang ni.
Sekarang candle merah. So kita tengok pukul 4 petang karang (cam deejavu) sama ada candle confirm engulf sell ke tidak. Kalau sell, next buy zone 339. Kalau tembus sebab nipis, next 329.
Ok now set alarm.
Tengok Bitcoin jap. Teori rapuh kita sekarang, kalau BTC/USD naik, DOT/BTC turun.
Daily, BTC dah dekat bawah. RSI ada sign overbought cuma MACD tak bercantum lagi. So ada few days sebelum BTC naik.
4H pun sebenarnya dah ada petanda nak naik. RSI dah putih bawah, MACD dah bersilang. Cuma sekarang tade momentum lagi.
Kalau closed atas $19525 line ungu tu sedap tu.
Update Trade Strategy
Ini updated order. Penulis set 25% buy kat 339, another 25% kat 329.
13.11.2022 16:05
Candle tak engulf sell, malah naik atas retest sell zone weekly. 4H sell zone dah koyak. RSI belum lagi oversell. Ada possibility price retest 345. Kita set alert sini, nanti kalau kena kita decide canne.
Kalau dia reject ema8 kuning nak naik lagi la tu. Tapi kalau closed bawah ema8, ready nak masuk.
13.11.2022 20:39
Price belum engulf sell. Tapi current candle tengah merah. Kalau current candle panjang, dah jadi hidden engulf sell.
Now, RSI macam nak menyeberangi 50, so kita letak alert situ. Kalau lepas, tandanak turun tinggi. MACD belum bersilang.
Kalau price kench, dia ulang perangai candle Nov 12, 8:00, 12:00, 16:00. Buat2 nak turun tapi dia naik. Ini updated. chart.
Namun begitu, heikin dah merah.
bersambung next week …