Minggu ni penulis nak buat weekly countdown ke 13 Mac 2024. Kenapa tarikh ni? Sebab ini tarikh kontrak kerja penulis habis.
Hence, penulis kena mempersiapkan diri untuk menjadi full time trader dan investor. So, agar tak lalai, penulis akan buat countdown every week.
Untuk yang pertama,
387 hari ke 13 Mac 2024.
Trade Update
Last week penulis profit dalam $9K lebih, convert duit melayu ada dalam RM43K. Alhamdulilah.
Compare dengan last year, total profit sepanjang tahun multiple pair adalah RM45K, tahun ni first trade dah RM43K single pair. Harap ini memberi petanda baik dan positif untuk kerjaya penulis sebagai trader @ investor.
However, untung sini rugi sana. Misalnya modal awal 6 BTC sekarang kalau convert balik ada dalam 5.2x BTC rasanya… tapi masih boleh diselamatkan lagi. Untuk detail, baca trade log last week.
OK kita tengok analisis minggu ini.
20.02.2023 19:26
Crypto
First of all, melalui AI Tok Mek, petanda bullish dah keluar 16 haribulan hari tu.
Market ketika ini $1.08T, naik berbanding last week $962 B.
Last week punya candle closed buy zone. Hence, price dijangkakan akan makin naik.
Naik mana? Atas semua clear sampailah sell zone monthly sekitar $1.8 T – $2 T.
Kalau ini berlaku,
BTC = $37K
DOT = $11.38
Namun begitu, daily telah ada dengan jelas negative divergence, bermaksud mungkin minggu ini price akan turun kejap.
Apapun, price ketika ini intact menuju Bitcoin = RM1 M kerana masih dalam uptrend secara overall.
USD
USD dah naik ke 104 seperti ramalan kita last week, namun tak sampai 105 – 106.
So USD ni nak naik lagi ke apa ni?
Weekly closed atas EMA8, so mebi nak pergi 106 mid bb sebelum turun bawah untuk beri laluan kepada Bitcoin dan Gold terus naik.
Yang penting, USD akan start junam kalau closed bawah 102.
GOLD
Short term pullback dah ke $1860 done, price sekarang dah $1843. Now adakah lagi jauh ke $1802? Selagi price bawah resistance $1912, kemungkinan tu ada.
Kemungkinan turun lagi tinggi sebab dah closed bawah EMA8. MACD pun dah bersilang nak turun.
Overall gold bullish, sekarang tengah nak tunggu confirm bottom wave 4 sebelum sambung uptrend ke wave 5. Untuk confirm start wave 5, kena break dan closed atas $1870.
Target Gold long term adalah $2470, ini wave 5 besar.
Yang penting, Gold akan start junam / mula bear kalau closed bawah 1725.
S&P 500
S&P sekarang adalah dari wave 4 besar nak ke wave 5 besar. Wave 5 mebi $4748 ke max $5337.
Indicator yang mencadangkan bullishnya S&P, boleh baca sini. Kemungkinan kalau invest S&P tahun ini, boleh untung dalam 20%.
Price dah test $4180. Sekarang, kita masih menunggu wave 3 habis pada area $4311-$4373, atau wave 3 dah top pada $4180. Basically, utk wave 3 terus pacak tunggul di pinggir rimba, dia kena closed $4150.
Overall S&P bullish, sekarang tengah nak tunggu confirm bottom wave 3 top, sebelum turun kejap ke wave 4.
Target long term adalah $4748-$5337, ini wave 5 besar.
Yang penting, S&P akan start junam / mula bear kalau closed bawah $3883. Pecah ni akan ke $3070.
Now, next penulis nak cari tempat yang selamat untuk trade S&P. Penulis study dulu then kendian penulis akan share2 tag2 like2.
Bitcoin
Bitcoin sekarang dari wave 4 nak pergi 5. Wave 5 area $25.7 ke $27.4K dan mebi tersasar ke $30K level saikologi.
Weekly, dah confirm buy zone, tanda price akan terus naik.
Short term dia mesti buat pullback sikit.
Namun begitu ada dua kemungkinan. Pullback pendek, pullback panjang. Seperti yang telah ditulis last week,
a. Untuk wave 5, pullback pendek = true, pullback lepas pacak ni mestilah bersifat Corrective, iaitu 3 wave kecik dan mesti tak pecah $23450 – $22600.
b. Untuk PER Bull trap fake breakou, pullback panjang = true, pullback lepas pacak mestilah bersifat Impulsive, iaitu 5 wave kecik dan break support $23450 – $22600.
Jika ini berlaku, price mungkin kembali ke $20.9 K.
Polkadot
Penulis masih menunggu untuk buy Dot di $6.6. Kalau macam susah, penulis mungkin naikkan $7.19. Sat lagi update detail nak tengok West world jap.
21.02.2023 10:42
Polkadot
Semalam lepas layan west world penulis tidrun terus. Sekarang dah season 4, last season.
Ok kita terus ke charta Erra,
4H, price sedang sideway. Bila sideway ni sama ada dia nak breakout ke atas atau kebawah. Pukul 12 nanti kita tengok price closed bawah EMA8 ke reject.
21.02.2023 22:15
Polkadot
Esok pagi kita mau tingok sama ada itu sell zone daily confirm atau tidak. Kalau condom, eh, confirm, maka kebarangkalian price nak turun tu kita monitor pada ema8 daily lak. Harap $6.6! AMIN
22.02.2023 11:10
Polkadot
Sell zone daily confirm. Hari ini dan esok kita monitor dia reject atau tembus tak ema8. Kalau tembus, perjalanan menuju $6.6 percantikies…
4H, kita monitor tanda-tanda reversal. Sebab kalau ada, kita ada option untuk masuk kejap dan sell balik bila reversal dari atas. Kalau rajin la. Ketika ini macam dah reject lower BB, namun RSI belum panas apa lagi MACD.
23.02.2023 00:43
Polkadot
RSI signal untuk reversal dah ada, namun confirmation untuk reverse belum. Pada masa yang sama, price close lower BB. Hence, price makin nak turun. Lagi $0.30 atau 4.52%.
23.02.2023 10:51
Polkadot
Pernah tak bercinta dengan awek, punya sayang last2 kena game ngan awek tu? Ha dia canni la semalam punya price. Mantiat terjongkiat. Dah elok dah otw ke $6.6 sekali dia boleh buat uturn. Hancingggggggss!
Confirmation reversal bukan MACD sebab MACD tak bersilang lagi tapi dia pakai Hidden Engulf Buy.
So now apa cerita? Kita naik daily dulu.
Sell zone kat atas tu berlapis-lapis azure. So dijangkakan price agak challenge nak terobos berlapis-lapis tu. Esok kalau keluar buy zone baru di daily, maka price akan mempunyai kekuatan baru untuk habiskan sell zone berlapis.
Tapi kalau price sebaliknya gagal, lantas close bawah ema 8 daily, maka harapan dia nak turun tu kembali bersinar fm.
So rasanya, sekarang ni wave ABC.
23.02.2023 20:08
Polkadot
Penulis menjangkakan yang malam ini akan pergi $6.6 iaitu ujung wave C. Harap betul dan benar. 4H ada engulf sell tu…
24.02.2023 21:43
Polkadot
Semakin dekat semakin jauh, semakin hampir sampai penamat hilang, kita tahu bukannya kemari…. kabus asap timbul hilang tak menentu…….
Ok mari lihat chart. Price sekarang adalah pada paras $6.90. Macam deejavu daaaa…. tolong jgn scam lagi pls….
25.02.2023 02:53
Polkadot
Last week trade penulis kena masa tengah tengok Ant Man sebenarnya. This week kena masa tengok Slamdunk. Dua-dua execute dalam panggung. Ini macam kalu, every week kena tengok wayang….
Cuma penulis pelik kenapa quantity tu double? Tapi bila check kat exchange cuma 20,056. Glitch la kut ni.
Apapun, so now apa game plan dia?
Kita tengok dulu sama ada,
a) Kalau price macam nak naik kita jual dulu nanti and beli balik kat $6.6, repeat
b) Kalau tak, maybe nak hantar ke ledger untuk stake agar gaji staking dah boleh sedap skit. Ini update forecast.
c) Tukar balik ke modal asal 6 BTC bila DOT naik 0.0003…
25.02.2023 13:33
Polkadot
Walaupun penulis boleh la buat trade analysis sikit2, tapi tetap kita kena ada kawan yang sering kita discuss dan usrah sebab sebagai manusia, kita sering melakukan kesilapan. Now, antara kawan penulis yang sering menjadi rujukan adalah Sang Upad. Ini analysis terkini beliau.
bersambung…