Trade Log : w11 2023

366 hari ke 13 Mac 2024.

Eh-eh. Kebetulan hari ni Monday 13 haribulan, nampak gayanya ada 366 hari (ingatkan 365) ke 13 Mac yang sama namun tahun yang berbeza.

Now, apa berita hangat minggu ini? Bank RUN. Ini level Brader Leman zaman dulu dan kalau tak ditangani elok-elok, satu dunia boleh melingkup.

Tweet Yellon Musk agak celacar.

Trade Update

Last week penulis dah letak target nak buy balik kat $5.20 tapi last minute penulis tamak haloba lalu menukar pada area $4.80.

Last sekali price turun sampai $5.17 dan melantun naik dan nasib baik, penulis sempat buy untuk mengelakkan lost. Avg price buy adalah $5.86 untuk dua trade.

Penulis profit 467 DOT. Kalau buy pada $5.20, profit dalam 3000 DOT. Tamak nak buy $4.80 untuk 5000 DOT last sekali dapat 467 DOT je… 10% dari ketamakan.

Now, minggu ni kita tengok sama ada nak stakekan semua untuk jadi gaji, atau masih dalam mode trade.

Anyway, penulis dah update trade log untuk 2023 yang bersifat multiverse.

Apa jadah multiverse ni? Mr. Kang ke?

Pertama, ia adalah combination trade profit dan juga staking rewards, selain seperti biasa ada withdrawal.

Kedua, capital RM850K yang ditukar kepada 6 BTC akan digunakan untuk trade 3 pair, BTCUSD, BTCDOT, DOTUSD.

Meaning to say, penulis akan interchange antara asset dari modal yang sama. Apa yang penting, long term profit withdrawal mestilah cover balik capital RM850K sebab itu yang paling asal. Boleh tengok sini.

Apapun, penulis tiada order trade sekarang ini. Tunggu dan lihat.

14.03.2023 00:18

Crypto

Last week penulis ada buat line area $880 B. Dengan anggapan, price akan turun sini dan melantun balik.

Jika ini berlaku, DOT akan pergi $5.20 dan BTC $19.9K.

Basically price melantun. Begitu juga dengan price, DOT turun pada paras $5.14 dan BTC turun pada paras $19.5K.

Now minggu ini apa?

Paras yang kita nak monitor adalah $983 B, dan ini adalah support terkini harap tak pecah.

Kalau turun sini, BTC $20.8 K, manakala DOT $5.47.

Now, melihat pada gayanya, nampak price makin naik sebab wick last week gila hammer ke atas. Minggu ni barangkali price nak retest weekly sell zone $1.08 T – $1.14 T.

Kalau naik maximum sini, BTC $24.2 K, manakala DOT $6.35.

However, market kalau mengikut TradingView, ketika ini adalah $1.04 T, CoinmarketCap $1.07 T manakala rumus calculator yang penulis guna,

=CRYPTOFINANCE(“GLOBAL”, “total_marketcap”)

adalah $1.143 T.

Hence, harga BTC sekarang $24.1K, DOT $6.07. Nampak calculator penulis ada sedikit lari dan ini kena siasat detail.

Now, itu tak penting sangat sebab ada yang lagi penting. Kalau kita zoom out besar, agak takde halangan untuk market crypto naik mendadak dangdut ke level $1.8 T – $2 T sebab situ baru ada monthly sell zone anda kata weekly sell zone terdekat  $1.08 T – $1.14 T berjaya ditembusi.

Kalau benar, BTC mengikut calculator penulis sekarang boleh pergi $42.3K dan DOT $11.

Lumayan pakkkk.

USD

Price naik hingga ke paras 105 last week, setelah kita melihat reject EMA8, walaubagaimanapun, price last week hammer kebawah.

Lalu price this week menjunam. Ini selari dengan segala bala financial turbulence yang sedang berlaku sekarang ni.

Kalau price terus menerus menjunam dan closed bawah 102, maka petanda baik untuk Bitcoin dan Gold.

GOLD

Last week penulis kata bullish untuk gold.

a) Overall Protect 1725 > masih.

b) Kalau closed bawah 1725, petanda BEAR kembali > tak berlaku

c) TP Bull mana? 2150  (tahun ini), long term 2363.

d) Petanda awal nak naik, kena closed 1847, next 1870. 1847 dah berlaku.

Now, gold dah closed atas 1847 last week, malah juga telah melepasi 1870 (daily) namun belum closed lagi.

Apa yang penting, untuk terus bull, kena protect 1800 low Feb dan kalau ini benar, gold dah bottom. Next adalah wave panjang 3.

Now, berapa harga emas kat kedai?

Kalau check kat Habib,

50g – RM14,080
100g – RM27,990
1kg – RM279,660

Untuk Bitcoin, Dot dan S&P, esok kita sambung. Nak tengok tv.

14.03.2023 14:00

Crypto

Siasatan kenapa jumlah market cap crypto tak sama antara tradingview, coingecko, coimarketcap dan agensi yang penulis pakai cryptofinance telah mendatangkan jawaban.

So next step adalah kena check calculator penulis tu betul ke projection dia. Mungkin ada part nak kena tweak sikit.

15.03.2023 00:11

Polkadot

4H nampak extreme dan price ada peluang untuk naik lagi. Signal reversal dah ada namun confirmation belum terbit. Penulis sedang menunggu MACD untuk bersilang then baru decide nak jual untuk beli balik di bawah.

Area untuk buy adalah $6.16. Kerana market tak ketentuan dan game semasa adalah nak protect DOT pada 20075, maka kalau jual kita mesti mau ada SL ketat dan jangan tamak untuk buy jauh sangat.

Harus hati2 sebab daily masih mencanak.

Makala kalau closed buy zone weekly, candle agak stong dan panjang kaw-kaw. Silap gaya sakit bang.

Anyway long term boleh pergi $11.

Now option kedua adalah lilek dulu, tunggu daily dah kat upper BB baru masuk balik. Upper BB semasa adalah $7.

18.03.2023 10:14

Penulis offline 3 hari sejak Rabu. Ini adalah kerana pakcik penulis telah meninggal dunia dan penulis balik kampung untuk bantu uruskan apa yang patut.

Arwah rapat dengan penulis. Ini adalah kali kedua penulis mandikan jenazah, first dulu bapa mertua penulis.

Alfatihah untuk semua orang yang telah meninggalkan kita.

Now, hari ni penulis dah ada kat KL. Kita tengok apa dah jadi.

Crypto

Crypto Market dah pecah sell zone atas terdekat. Atas dari ni, seperti yang penulis tulis awal minggu, tiada langit mendung. Ini kalau naik ni tembus langit ke tujuh.

Next sell zone adalah. $1.87. BTC $40K, DOT $10.4

USD

Menurun, dan harap break 103 untuk terus menjunam. Break 102,  lagi sedap. Confirm bear untuk USD.

GOLD

Daily kalau maintain, meaning dah breakout. Perjalanan bull gold makin jelas dan nyata. Tapi expect untuk pullback kejap sebab itu RSI sudah panas. Mungkin Isnin depan.

Next kita tengok dia lepas tak satu lagi resistance atas sikit. Weekly macam cup n handle.

Bitcoin

Kalau count kita betul, sekarang wave 2 dah bottom dan menuju wave 3. Take note wave 3 ni biasanya panjang dia lain maciam. Next week monday kita tengok detail.

Basicall dah lepas line 25.2 so confirm Bull.

Polkadot

Dot tengah makan sell zone terdekat, manakala bawah dia ada buy zone hidden. Hence, macam nak naik lagi kalau compare size antara dua ni. Atas nipis, bawah tebal.

Kalau ikut count, lebih kurang macam Bitcoin, wave 2 nak pi wave 3 cuma keadaan Dot macam ketinggalan sikit. Bitcoin wave sekarang dah atas dari wave 1 dia, tapi Dot belum melepasi ketinggian wave 1 dia.

Now kita tengok detail skit.

Daily, kekuatan price dah slow dan dah menghampiri upper BB, namun signal nak tukar trend belum ada. Kalau nak trade sell dot buy dip, tunggu RSI panas dan confirmation MACD.

4H RSI dah panas tapi MACD belum confirm, so kat sini kita monitor petanda awal nak ubah trend.

4H Heikin masih OK. Belum ada tanda perubahan rasa cinta.

Apa strategi dia? Paling selamat takyah buat apa. Tunggu je la. Sebab long term wave 2 pi wave 3 bro, wave 3 mana? $11.

Tapi kalau nak kaut jugak untuk gaji bulan ni, tunggu MACD bersilang di 4H. Mana nak buy balik?

$6.37 sebab sini 4H SMA200, play safe.
$6.25 sebab sini entrance buy zone hidden daily terdekat.
$6.05 sebab sini daily mid bb.

Tapi overall, kena extra carefull sebab trade ni agak young n dangerous esp. kalau tengah protect capital DOT.

Kita set alert dekat $6.54 then tgk canne nanti.

Trade Update

Penulis dah sell dekat $6.50. TP mebi $6.15.

Kenapa?

4H closed bawah EMA8. Confirmation reversal dah ada by MACD bersilang setelah signal RSI panas.

Heikin dah ubah trend.

19 March ulangtahun pertunangan penulis. Harap ada hadiah 1126 DOT. AMINNNNN.

Apapun trade ni takleh biar lama sangat sebab BTC menuju $30K. Sebagai langkah keselamatan, alert di BTC pada $26K dibuat sebab kalau price turun sini, takut price rebound maka kena closed trade ni tak kira berapa harga. Agak bahaya.

Trade Update

19.03.2023 16:33

Penulis SL dekat $6.49. So sekarang mencari balik ruang nak masuk semula. Tengok accane…

bersambung minggu depan…