346 hari ke 13 Mac 2024, 94.79% dari 365 hari.
Dalam satu tahun ada 365 hari. Untuk mudah kita faham bahawa ada tempoh tertentu dalam 365 hari ini, ia dibahagikan secara fasa. So, 365 hari, membentuk fasa yang pertama minggu, iaitu 52 minggu, dan fasa kedua bulan, iaitu 12 bulan.
Namun sebagai seorang yang berniaga, ada satu lagi fasa yang biasa menjadi tempoh atau timeline bagi menjalankan sesuatu usaha dengan matlamat untuk meraih keuntungan atau keberjayaan.
Fasa ketiga adalah secara quarter. So, 12 bulan ini membentuk 4 quarter. Satu quarter, ada 3 bulan.
Hence, kita pada tahun 2023 ini baru habis satu quarter iaitu Q1 – Jan, Feb, Mac.
Now, bahasa melayu, quarter ni maksud dia “suku”. Atau, 1/4.
Q1 Update
a. Capital
Capital tahun ini lagi besar dari tahun lepas, iaitu RM850K
b. Strategi Perang
Pertama, adalah penulis nak review trade method penulis bagi quarter ini. Basically compare dengan tahun lepas, ada perbezaan yang besar.
Tahun lepas, penulis ada 3 pool of capital, which is capital Polkadot, capital BTC, dan capital MYR. So penulis trade 3 pair serentak.
Tahun ini, penulis ubah strategi yang lebih focus. Instead of ada 3 pool of capital, penulis hanya ada satu pool. Pool ini asalnya adalah MYR, kemudian jadi BTC, kemudian jadi Polkadot.
RM850K > 6 BTC > 20,0075 Polkadot
Now, konsep trade adalah multiverse, dimana penulis akan ubah pair mengikut keadaan semasa / market, namun lebih focus, untuk protect capital yang lebih besar.
Kerana capital besar, SL adalah ketat malam pertama.
c. Trade Mode
Trade mode ada dua.
First, masa trade, guna capital,
Second, masa tak trade, stake capital. Stake capital di exchange.
Bila ada ruang nak trade balik, unstake capital untuk trade.
So profit ada dua, first profit trade, kedua profit stake.
d. Trade Intention
Matlamat utama adalah untuk perah profit dari mana-mana trade, untuk:
a. WD / Withdrawal – Nak ada capital untuk salary in advanced, per quarter. Meaning, hidup 3 bulan kedepan dah ada duit untuk bayar loan, expenses bagai. Nak ubah dari gaji bulan ke gaji quarter.
b. Staking – Tambah capital untuk besarkan staking pool untuk gaji tahun depan in case tak trade dah.
e. Stake Intention
Matlamat utama adalah untuk tambah capital stake di ledger.
f. End Game
Overall, end game dia adalah semua profit ni mestilah akhirnya 100% dapat cover balik capital RM850K.
Bagaimana caranya?
Pertama trade, pecahan set kecil,
WD, kalau dapat satu set RM15K profit, ia perlu pada 57 set untuk cover RM850K. Maksudnya 57 kali trade dapat RM15K atau 114 kali RM7.5K.
RM850K/RM15K = 57 x trade atau
RM850K/RM7.5K = 114 x trade
RM7.5K adalah 0.88% dari modal RM850K.
RM8.5K adalah 1% dari modal trade RM850K.
Kedua, jumlah Polkadot baru hasil trade yang dihantar ke ledger.
Now, yang ini kena kira backwards. RM850K, convert usd jadi $192,634 atau nak simplified, $200K.
Kalau Polkadot esok naik $20 per Dot, untuk jadi $200K, kena ada 10K Polkadot.
So kena trade, simpan profit secara stake, sampai capital 10K Polkadot.
10,000 Dot * $20 = $200 K / RM850 K
g. Current Progress
Untuk status sekarang, Q1, ini adalah trade log.
Untuk summary,
WD RM – RM58.6K / 6.9%
TP Staking – 1645 / 8.19%
Salary 3 months advanced – baru 1 bulan advanced.
h. Forecasting
Assuming phase atau momentum trade yang sama, trajectory growth adalah,
End 2023 WD = RM234K / 27.6%
End 2023 TP Staking =6580 Polkadot / 32.7%
Hence,
Untuk capital 100% paid off RM850K, ia perlu masa 3.6 tahun secara WD, dijangka settle by mid 2026.
Manakala untuk capital 100% paid off RM850K secara TP Staking, ia perlu masa 1.5 tahun, dijangka settle by mid 2024, itupun kalau price polkadot naik $20K.
However, ada satu lagi cara which jangan lupa, combination of WD dan TP Staking juga boleh menyebabkan capital paid off lebih awal. Misal kata, 27.6% WD + 32.7% TP Staking, itu dah 60.3% untuk tahun 2023 (which is lagi better dari last year 43%).
Kurang dari 2 tahun, capital RM850K akan paid off.
i. Forecasting 2
Kalau betul end 2023 boleh generate 6580 Dot, hence, staking capital sekarang 13,707 + projection 6580 = 20,287.
14% per annum = 2840 Dot atau 236 Dot sebulan. Kalau price Dot $20, maka gaji staking pada Januari 2024 adalah $4733 atau RM21,301.
Kalau malas trade, dump semua modal asal 20K Dot ke staking, hence, gaji staking adalah 2X sekitar RM42K – RM43K, dengan total 40K Dot sebagai capital staking.
Kesimpulan
Nampak gayanya, untuk paid off RM850K, trade profit simpan dan stake sehingga dapat 10K Dot, dan tunggu Dot price = $20 adalah lebih cepat berbanding WD RM dari trade profit. Apapun….
Kepada Allah yang maha kaya penulis berserah, dan kepadaNya, penulis meminta ilham dan panduan, untuk masuk trade dan profit. AMIN
bersambung next post…