Trade Log : w20 2023

303 hari ke 13 Mac 2024.

Semalam geng driver ofis datang beraya rumah penulis. Salah seorang tu dah tak keja dgn company sebaliknya follow partner penulis yang retire bulan mac hari tu.

Now, melalui driver ini, penulis baru tahu yang partner penulis yang retire tu dah beli Porsche Cayenne.

Ada dua perasaan di sini.

Pertama, rasa macam agak wake up call sebab ini partner penulis yang kedua dah beli porsche. Yang sorang lagi beli cayman. Apa nak jadi ni takkan kita nak tengok je? Kata meniaga sama.

Namun bila penulis fikir balik dalam-dalam, penulis ada sikit terkilan sebab partner penulis ni beli senyap2 dan tak bagitau penulis pun dia beli. Driver dia yang bagitau….Rasa cam … ntah… dulu susah sama-sama… tapi bila senang dah tak macam dulu……

Tapi penulis bersangka baik maybe ada sebab dia buat begitu. Apapun kita tumpang gembira walaupun dari jauh.

Ok start kerja, mari kita tengok chart dan seterusnya. Kita fokus kerja kita, yang penting satu hari nanti kita pun ada sebijik porsche kat porch rumah (nama pun porch).

15.05.2023 23:11

Trade Update

Masih pending 3 trade yang belum selesai. Pertama, yang jual XRP nak beli BTC tu…. (side trade), belum setel lagi.

Kedua, belanja dapur 200 Dot untuk bulan Jun, belum setel lagi.

Ketiga, 10K capital Dot yang rugi hari tu, jadi 1.9 BTC dan tengah nak buy .180 untuk profit 500++ Dot.

Untuk dua trade ni materialise, market kena jatuh atlis 9% baru muka ada sinyum…

Staking Salary Update

Total polkadot sekarang adalah sekitar 14,467.

Kedudukan richlist adalah kategori fish, pada tangga kedudukan 2136, daripada 339,481 hodlers, top 0.63%.

Kedudukan #1999 (bawah 2000) mesti mau ada 15,627 Dot. Jarak dengan penulis lebih kurang 1160.

Crypto

Price ketika ini adalah pada paras $1.19 T.

So last week kita nak tengok sama ada market makin bear atau bull. Basically ada dua petanda diberi :

a. Hidden sell zone on
b. Price closed bawah EMA8

Petanda ini keluar setelah RSI memberi signal nak turun dan MACD memberi confirmation nak turun.

Kita tengok Heikin.

Heikin dah 3 minggu. merah, ketika ini masih panjiang dan tiada tanda nak reversal.

Mari kita tengok AI.

TM grade untuk bull adalah 2.9% makin menurun compare isnin lepas 8.7%. Bull n bear 24%, last week 23%.

Kesimpulan

Penulis rasa nak turun. Ke mana? Paling sedap line ungu SMA200. Ini area $1.089 T. Kalau ini berlaku,

a. BTC – $25,143
b. DOT – $5.14

Kalau closed bawah SMA200, area $1.052 T dimana lantai buy zone terdekat, maka,

a. BTC – $24,289
b. DOT – $4.96

Paling ngeri, kalau retest trendline, area $1.017 T, maka,

a. BTC – $23,481
b. DOT – $4.80

So, kalau sekarang $1.19 T, kalau nak jatuh 9%, kena pi mana?

$1.08 T.

Ini area bawah sikit dari line ungu. Retest bumbung buy zone, 2 trade setel.

USD

Last week kita nak tgk sama ada buy zone on ke tidak. Cerita dia on. Closed atas mid bb, lagi la sedap untuk penurunan market crypto dan Bitcoin.

Now, price tengah merah short term, kalau closed bawah ema 8 line kuning, tu cite lain pulak.

Apa pun, heikin dah hijau maka cinta beralih atas atau on top, instead of kena missionary kat bawah.

BITCOIN

Last week kita dah tahu bahawa RSI dah kasi signal nak turun. MACD pun dah bersilang so comfirm turun. Minggu ni kita nak tgk sell zone on ke tidak, so sell zone dah on. Price last week juga dah closed bawah EMA 8, so nampak memang nak turun ini Bitcoin.

Sama macam market crypto, heikin pun sudah merah.

Basically,

a. Support utama untuk terus bull adalah $24K. Kalau nak turun pun, jangan lebih $22K. Closed bawah ni, bear shialllll…

b. Kalau daily, BTC sekarang tengah dalam C wave, masalahnya ujung C ni tatau kat mana, range dia boleh pegi bawah jauh tu.

c. Impulsive rally pecah $28,335, solid, maka C wave daily kira dah bottom. Selagi tak pecah, C belum bottom.

d. Macro, BTC wave 2 nak pi 3, so 3 ni sama ada $32K – $39K – $40K. Level ni sebenarnya 61.8% fibo retracement ATH BTC ke low last year.

Ni overall chart, updated.

Now, penulis nak tambah satu lagi chart on Bitcoin Dominance. Relation dia penulis tgh study dan cuba nak paham.

Penulis rasa, kalau dominance BTC naik, maka orang banyak beli BTC… bila banyak orang beli, maka price makin naik. Ini teori penulis ya. Bila penulis google, nampak macam betul.

Now, apa trend chart Bitcoin Dominance?

RSI dah signal nak turun, MACD macam baru nak confirmkan tapi belum bersilang kuat lagi. Hence, Bitcoin price, macam nak turun.

Kalau zoom out weekly chart ni, nampak macam reject resistance horizontal.

POLKADOT

Sebab trade penulis dalam DOTBTC, kita tengok chart DOTBTC.

Now, buy order penulis adalah di .180, hence, 8% je lagi turun muka ada sinyum.

Isnin ni kita tengok sama ada candle confirm sell zone ke tidak sebab price minggu ni start merah.

Tapi, RSI dah signal nak naik, menunggu MACD bersilang untuk price reversal.

Heikin masih merah belum ada tanda nak reversal.

Boleh jadi tak price turun ni?

Kalau tengok 1 M, RSI memang dah signal nak naik, menanti confirmation MACD.

Dia cita dia jangan Polkadot ni makin surrrr makin kebawah tak naik2 sudah. Kalau tak mmg lega ni sebab kalau price makin rendah compare BTC, alamatnya DOT makin lama makin tade value.

Dulu DOT 1% dari marketcap crypto. Sekarang dah 0.5%. Ini membuatkan penulis terfikir adakah nak kena tukar altcoin lain? Kena restudy ni….

Sambil tu, boleh layan ni.

16.05.2023 23:10

TM Grade bagi market crypto semakin menurun.

18.05.2023 22:48

TM Grade bagi market crypto naik sikit.

Trade Mode

Penulis ada masuk satu trade sell 10K Dot pada $5.41.

Kenapa penulis masuk?

Ini chart.

First, 4H walaupun RSI tak signal nak turun, tapi RSI agak tinggi. Dan ketika ini, MACD belum confirm nak turun.

Walaubagaimanapun, 4H dah confirm sell zone hidden. Hence itu pasal penulis masuk.

Kalau tengok daily, price reject bumbung sell zone.  Cuma lebih selesa masuk kalau price closed bawah EMA8.

Lagipun overall market crypto masih bearish. Potensi nak turun ada. Penulis expect price test line ungu SMA200. By calc, kalau market crypto turun situ, Dot = $5.13

TP selamat adalah pada $5.30. Namun sementara ni penulis set buy pada $5.23.

Now ini ada sedikit update tentang kiss of death Bitcoin.

Ini detail apa itu kiss of death.

19.05.2023 19:43

TM Grade bagi market crypto turun sikit.

19.05.2023 22:19

Penulis dah setel buy balik pada $5.335.

Net profit adalah 121 Dot lepas tolak ufti Kraken.

10K capital dah stake balik.

20.05.2023 16:17

Profit telah dihantar ke wallet untuk simpanan hari esok.

21.05.2023 02:11

Penulis baru sell 10K pada price $5.435.

Target buy adalah pada $5.37. Bawah trendline $5.30 kalau bran.

TM Grade bagi market crypto naik sikit.

Polkadot AI suruh sell.

21.05.2023 16:15

Price masuk dalam pattern yang penulis tengah observe. Kalau ikut data hari tu, zig zag ketiga dia pecah bawah. Namun kali ini, ziz zag ketika dia tak pecah, sebaliknya naik, namun zig zag 4 tak kuat.

Adakah akan breakout pada zig zag 4 bawah? Kita tunggu.

21.05.2023 19:05

Buy order dah on. Alhamdulillah.

Gross Profit dalam 136 Dot, manakala Nett, adalah 128.

Profit seperti biasa akan ditransfer masuk kedalam Bank Simpanan Kampung Budu.

Capital 10K telah distake sementara tak pakai.

Ini update chart. Basically masih belum breakout. Menyentuh manja trendline.

bersambung next week…