Trade Log : w21 2023

297 hari ke 13 Mac 2024.

Sedar tak sedar, countdown bukan lagi pangkal 3. Sekarang dah pangkal 2. Maksud dia, dah makin hampir.

Minggu ni penulis menang bid plate kete FF. FF ni agak signifikan pada penulis sebab nama penulis pangkal dia F. Isteri penulis pun pangkal dia F jugak. So FF agak romantikalah.

Tapi yang lebih signifikan adalah kerana FF bermaksud Financial Freedom. Mempunyai plate ini, bermaksud adalah salah satu milestone dalam hidup kami.

Of course, kalau beli rumah di Putrajaya, itu pulak macam, “Welcome to Putrajaya”. F adalah plate Putrajaya, untuk rekod.

Ok. Apa yang hangat tentang minggu lepas? Penulis rasa ada dua, satu Bitcoin Miami namun yang lagi panas adalah tentang hardware wallet Ledger. Ini adalah kerana Ledger baru sahaja memperkenalkan service Ledger Recover. Boleh baca sini.

Now, basically Ledger ni hardware wallet paling power bagi penulis. Selain rupa bentuk fizikal yang mari, GUI untuk manage dia pun boleh tahan “sedap” dan minimalist. In term of security, itu usah ceritalah sebab setelah 5 tahun di market, zero hack.

Namun setelah keluar Ledger Recover, ada mix feelings sikit muncul maka ramai orang mula fikir 2x untuk pakai Ledger.

Ini adalah kerana orang takut yang Ledger sebenarnya ada 24 seed phrase kita, sedangkan patutnya, hanya kitalah yang ada secret phrase ini. Itulah nama dia self custody.

On the other side, Ledger Recover ni bagus sebab ia adalah titik welcoming untuk duit masuk lebih banyak kepada crypto dari institution. Actually ada rules bagi institution ini iaitu depa tak boleh self custody dan mesti assign 3rd party untuk jaga password depa.

Apa next move penulis?

Penulis tengah discuss dengan member penulis sama ada kita akan abandon Ledger atau still maintain dengan Ledger.

Ketika ini, semua asset penulis dalam ledger termasuk staking Polkadot.

Untuk permulaan, penulis akan start belajar untuk stake direct terus pada chain Polkadot. Meaning to say, penulis diversify asset penulis bukan semua dalam ledger.

Tapi tengoklah macam mana nanti.

22.05.2023 00:01

Trade Update

Last week ada 2 trade. Total nett profit adalah 248. Semua dah send ke Ledger. Total profit percentage untuk tahun 2023 setakat ini adalah 12.64% manakala withdraw 8.15%.

Basically tahun ni dah profit dalam 2537 (trade & stake) dari modal 20K (trade) + 14 K (stake) polkadot.

Ini minggu ke 21, so avg every week profit dalam 126 seminggu. Kalau momentum ni berterusan, 2023 akan memberikan 6.5K Polkadot baru.

Ini menyebabkan jumlah pegangan Polkadot boleh cecah 41.5K.

Selain itu, masih pending 3 trade lama. 

Staking Salary Update

Total polkadot sekarang adalah sekitar 14,819.

Kedudukan richlist adalah kategori fish, pada tangga kedudukan 2117, daripada 339,893 hodlers, top 0.62%.

Kedudukan #1999 (bawah 2000) mesti mau ada 15,723 Dot. Jarak dengan penulis lebih kurang 904.

Overall, lebih baik dari last week.

Crypto

Price ketika ini adalah pada paras $1.168 T.

Compare last week, price semakin turun. Heikin masih merah.

Mari kita tengok AI.

TM grade untuk bull adalah 5.8% naik sikit compare isnin lepas 2.9%. Bull n bear 22%, last week 24%, makin turun.

Kesimpulan

Penulis rasa nak turun. Ke mana? Paling sedap line ungu SMA200. Ini area $1.092 T. Kalau ini berlaku,

a. BTC – $25,076
b. DOT – $5.16

Kalau closed bawah SMA200, area $1.052 T dimana lantai buy zone terdekat, maka,

a. BTC – $24,157
b. DOT – $4.97

Paling ngeri, kalau retest trendline, area $1.025 T, maka,

a. BTC – $23,537
b. DOT – $4.84

USD

Price makin naik setelah confirm buy zone 2 minggu lepas.

Ketika ini, price dah closed atas EMA8, mid bb, tengah flirt dengan EMA 21 biru tebal.

Heikin masih hijau.

Gold

Gold EW count micro adalah 2 pergi 3. Wave 3 belum habis lagi. Macro, wave 4 nak pergi 5. End wave 5 : 2370 – 2470

a) Overall Protect untuk terus bull, 1948 – 1900 > masih, maka akan terus Bull

b) Tengah pullback ABC, kalau closed atas 2000, ini first indicator correction pendek ni tamat. 2022 lagi sedap.

c) Pecah 1900 masak semua

Bitcoin

Overall Bitcoin masih bullish, dan duduk dalam uptrend. Namun ATH tak mungkin tahun ni tapi mungkin tahun depan, 2024.

Maksudnya BTC nak pergi balik 60K tahun depanlah.

Expectation kita sekarang adalah BTC masih ada ruang nak pergi 39K – 40 K, sebab sini 61% golden ratio retracement.

Ini cite long la.

Sekarang cerita dekat.

a. Keadaan sekarang, dalam correction ABC. C tu tak habis lagi. Selagi bawah 28K, ada potensi hujung C wave ke $25.3K – $24K.

a. Support utama untuk terus bull adalah $24K. Kalau nak turun pun, jangan lebih $22K. Closed bawah ni, bear shialllll… kira 22K ni last mile la.

c. Impulsive rally pecah $28,335, solid, maka C wave daily kira dah bottom. Selagi tak pecah, C belum bottom.

KESIMPULAN

Kalau nak masuk, tunggu closed atas 28K, then ALL IN. Dari sini boleh pergi 39K.

Katala modal RM200K, tukar USD = $43,763. Beli BTC @28K, dapat 1.56 BTC. Hold kejap, sampai 40K, jual. Dapat balik $62,518. Profit $18,755, tuko duit melayu, RM85,710 profit.

Tu kalau beli lepas naik 28K. Tapi kalau beli sekarang (namun awas tak confirm bull lagi buat jatuh 24K lega),

Bitcoin Dominance

Weekly, RSI dah signal, MACD dah bersilang, hence dominance BTC nak turun.

DOT/BTC

Overall, masih menunggu market crypto jatuh 8% untuk buy pada price .180 agar capital 10K Dot intact selain profit 500++ Dot.

Anyway, sambung dari last week, price confirm sell zone namun tipis gila. MACD dah bersilang, so naik atau turun 50-50. Kalau BTC dominance turun, ada harapan price DOTBTC naik

Zoom out melihat kedudukan 8% nak turun tu kat mana. Kasi can boss, turun satu jarum amik order penulis….

Kita tengok DOT Dominance acanne.

Nampak tenat sangat dah, kena naik ni. RSI dah signal nak naik, MACD macam baru nak ON.

Trade Mode

Penulis ada masuk satu trade sell 10K Dot pada $5.38. Masuk ni sebab pacak tetiba tengah hari tadi. Target nak juai kat $5.46 tak kena pulak. Patut buat Sell Stop Loss pada $5.42 tadi mesti dah senyum sekarang.

Basically 4H belum ada signal nak turun, MACD belum bersilang. 2H dah ada signal turun, MACD belum bersilang. Yang comfirm sekarang adalah 1H, dua-dua ON.

Penulis set buy balik pada $5.35, area mid BB.

24.05.2023 11:30

Penulis ada tukar set buy pada $5.32 sebenarnya. Hence, masih dalam trade mode.

Penulis sedang menanti 4H MACD bersilang. Price sedang menjunam.

24.05.2023 11:35

Tengah buy yop…

OK alhamdulillah trade setel.

Profit 104 Dot, Nett, 96.

26.05.2023 21:45

Baki minggu ni penulis nak fokus jual profit DOT 200 + 96 untuk duit belanja dapur. Hari tu set tinggi sangat tapi la ni rasa set 0.0002 jadilah. Harap naik retest semula line ungu 4H tu.

Projected value is RM7.2 K. Lepaslah duit belanja dapur 2 bulan.

27.05.2023 18:35

Ini ada sikit laporan dari upad.

28.05.2023 17:05

Macam ada ruang nak masuk. Sementara tunggu capital unstake, kita semak AI dulu.

TM grade untuk bull adalah 8.2% naik sikit compare awal minggu 5.8%. Bull n bear 23%, awal minggu 22%, elok sikit je.

Polkadot, last week 26% sekarang 23%. Turun tu.

Tengok crypto chart.

Esok kalau masih gini, buy zone on maka price makin naik overall.

Namun 4H nampak mula nak reject upper BB, tapi signal RSI dah ada cuma menunggu confirmation MACD.

Tengok Bitcoin, sama macam crypto market.

Double check dengan USD, 4H ada buy zone dan kalau price reject EMA8, price mungkin naik. Ini menyokong crypto untuk turun.

Last, DOT.

Signal dah ada confirmation turun belum.

Trade Mode

So penulis nak masuk secara SELL STOP LOSS pada $5.367. TP mebi area $5.32, tengok dulu.

28.05.2023 19:09

Dah sell SL

Nak kena set buy atau stop loss in case price naik pulak.

Ekcelikan, agak seram ni sebab masuk trade pakai signal yang belum comfirm. Cam masuk awai laaa… dem!

bersambung…