Withdrawal Crypto Profit : WISE

Di dalam artikel ini, penulis akan berkongsi cara bagaimana untuk withdraw crypto daripada exchange Kraken menggunakan WISE.

Kenapa nak pakai WISE

Basically decision penulis nak guna WISE ini adalah untuk tujuan withdrawal profit daripada Kraken. Sebelum ni cara withdrawal adalah tukar profit DOT kepada USD then tukar kepada BTC.

BTC ini kemudian penulis transfer ke REMITANO dan kemudian jual.

Masalah dia adalah pertama :

a. Masa

Masa yang diperlukan untuk withdrawal ini tak fixed kadang-kadang cepat kadang-kadang lama. Ini adalah kerana digital asset tu nak kena tukar banyak kali dan perlu masa untuk deploy.

b. Risk

Risk yang paling besar adalah masa jual di REMITANO. Kita tak pasti sama ada jual tu selamat atau tidak. Untuk minimize risk ni, penulis ada set of list yang penulis biasa deal. Namun as time past by, orang yang biasa penulis deal ni dah tade maybe dah kaya terus malas trade ke wallahualam.

Hence, bila nak kena repeat dan try orang baru, itu agak seram sejuk.

c. Ultimate Exit

Umum mengetahui yang crypto ni adalah sangat high risk anjing. So kita tak tahu apa nak jadi esok. In case satu hari penulis rasa nak exit semua, penulis boleh deploy withdrawal dari Ledger ke Kraken terus ke WISE.

Ini level apocalypse lah. So, transfer semua asset ke Kraken, tukar USD dan bawak lari terus ke WISE untuk keselamatan dari zombie.

Kenapa tak pakai Bank Harimau?

Bank biasa anti crypto. Bagi mengelak banyak masalah di kemudian hari, penulis pilih WISE. WISE lebih open dan lebih tinggi level educated dia.

Ada penulis baca di Reddit dimana withdrawal ke bank local menyebabkan bank block account holder, exchange pun block user. End game dia bank takleh guna, nak trade pun dah tak boleh.

That’s why penulis leverage hal crypto pada non bank seperti WISE.

Berapa cost WISE?

WISE ada cost tapi penulis tak amik port sangat dan anggap itu adalah expenses yang kita tak boleh lari. Kalau nak free semua buat exchange dengan bank sendirilah.

Apa limitation WISE?

In term of berapa banyak duit boleh masuk,

Daily, 2000 Euro

Berapa lama duit USD nak masuk?

1-3 hari untuk ACH, 1 hari wire transfer (semua working day, cuti tade)

Berapa banyak boleh hold dalam account WISE?

Malaysian, RM20K at one time. Kalau tak dia terus transfer ke bank account kita, kalau tade bank account nak hantar, dia freeze WISE kita.

Laku tak bank statement WISE untuk apply loan atau beli kereta sport?

Ini penulis belum cuba lagi. Kalau dah cuba, penulis bagitau.

Kena bayar tax tak kalau duit masuk dalam WISE?

Apa sahaja bentuk pendapatan kena bayar tax, kecuali pendapatan yang dikecualikan dari tax.

Dalam kes ini, pendapatan dari luar negara, tak kira trader ke atau pelawak youtube, patut tak perlu bayar tax.

Pendapatan sebagai trader, dalam negara, kena bayar tax.

Meaning to say, WISE adalah bukti bahawa pendapatan adalah dari luar negara?

Ya. Kalau sebelum ni penulis cairkan profit melalui Remitano, walaupun asalnya adalah dari profit trade luar negara, technically duit BTC jadi MYR di dalam negara. Ini ada sikit grey area di mana kalau penulis jadi LHDN, kira dah boleh tax sebab urusniaga terakhir berlaku di Malaysia. Duit dari akaun orang Malaysia, masuk ke akaun orang Malaysia.

Namun, kalau profit dari luar negara masuk terus ke WISE dalam bentuk USD, ini sangat clear dimana pendapatan adalah dari luar negara, dan pendapatan juga clear masuk dari exchange ke akaun kita.

Meaning to say, bayar sikit ke WISE is ok asalkan tak kena bayar tax secara overall.

Sebelum jadi Kultus WISE

WISE adalah sebuah syarikat teknologi pertukaran wang asing yang berasal daripada UK. Ditubuhkan pada tahun 2011, WISE telah bertapak hampir 12 tahun lamanya.

Apa benda WISE ini? Basically adalah sebuah apps yang membolehkan kita mempunyai multicurrency account, maka kita boleh :

  • belanja duit dalam tu, multi currency, dalam dan luar negara
  • terima dan hantar duit dari orang, multi currency, dalam dan luar negara
  • pair dengan debit card WISE VISA, virtual dan physical

WISE macam BIGPAY namun lagi power dari BIGPAY.

Ini beberapa video WISE untuk kita lebih faham.

Di Malaysia, WISE berdaftar dengan Bank Negara dibawah kategori E-money Issuer (Non Bank). WISE open to all bukan setakat individu, malah syarikat persendirian.

Apa maksudnya semua ini?

Anjakan culture atau budaya penyimpanan wang, perbelanjaan dan pengurusan wang kita dah naik level. Kita bukan lagi cari parking untuk pergi bank, namun menguruskan semuanya dari apps atau desktop.

Juga, bank di Malaysia terancam. Kita mempunyai pilihan untuk simpan duit bukan setakat di bank malaysia, malah di luar negara. Bank kalah dari segi servis jika dibandingkan dengan WISE. Untuk bank di Malaysia terus hidup, jangan sampai esok WISE offer loan rumah dengan kereta.

Menjadi Kultus WISE

Berikut adalah langkah-langkah yang berkait.

a. Buka Wise Account

  • Maju ke sini : https://wise.com/my/
  • Sign up dan setelkan semua bab KYC, verification
  • Make sure boleh login ke desktop, dan juga apps di phone

b. Deposit, Withdraw duit

  • Deposit duit ke dalam WISE dari local bank anda
  • Withdraw duit dari WISE ke local bank anda
  • Kalau ada partner, isteri ke suami ke gf ke, suh depa pun apply wise so boleh try send duit ke depa

c. Dapatkan virtual Kad Debit Wise

  • Generate virtual kad debit WISE untuk spending online

d. Dapatkan Kad Debit Wise

  • Apply kad debit fizikal jika perlu
  • Kad dihantar dari oversea dan ada tempoh tertentu. Nak cepat bayar mahal, nak murah tunggu lama sikit
  • Dah dapat kad, test swipe kat kedai boleh ke tidak
  • Test boleh withdraw duit kat ATM atau tidak

e. Buka USD Account Wise

  • Jika ada nak terima duit USD, kena buka USD account dalam wise

Sebelum menggunakan WISE + KRAKEN, edisi syarikat

Penulis ada buat kajian sikit sebelum nak deploy untuk make sure yang memang boleh withdraw USD dari Kraken ke WISE.

a. Dari Kraken sendiri

Mengikut kata Kraken, BOLEH withdrawal ke WISE dengan syarat nama mesti sama di Kraken dan WISE, namun deposit dari WISE ke Kraken, tak boleh.

Baca sini.

Satu lagi mungkin ada lock 72 hrs untuk first timer.

b. Dari WISE sendiri

Mengikut kata WISE, BOLEH dengan syarat nama kena sama.

In term of crypto, WISE tak accept crypto (itu pasal kita nak USD), dan BOLEH dari crypto exchange asalkan platform itu regulated di EU / UK

Baca sini

Hence, adakah Kraken regulated di EU atau UK? Kraken regulated di EU, under FCA.

Baca sini

Ini ada tweet screenshot untuk rujukan.

Sebelum menggunakan WISE + KRAKEN, edisi rakyat

Berikut antara research penulis tentang penggunaan WISE dan Kraken, berdasarkan pengalaman orang yang telah melaluinya.

Daripada forum,

Daripada Reddit,

Baca sini

Menggunakan WISE + KRAKEN

Sekarang kita dah ada WISE account, kita dah study possibility ok atau tak, dan tiba masa nak withdrawal. Phase paling seram, namun kena buat jugak.

a. Withdraw semua asset dari Kraken ke Ledger

  • Ini adalah bertujuan kalau jadi apa-apa seperti account kena block, hence kita dah selamat, takdelah capital kita sangkut dalam Kraken sebab masalah withdrawal
  • Dalam erti kata lain, apa yang ada kat Kraken adalah cuma duit yang kita nak test withdraw
  • Kalau ok, kita transfer balik dari Ledger ke Kraken dan resume trade macam biashe2

b. Ready USD yang nak withdraw

  • Kalau masih dalam digital asset, kena tukar jadi USD
  • Untuk tujan testing, penulis nak try withdraw $100 USD dulu, hence penulis jual semua crypto ntah menda2 yang tetiba ada dalam Kraken

  • Masa nak withdraw ada summary kat tepi, kanan berapa USD ada dalam Kraken

c. Add Wise dalam Kraken

  • First dapatkan field apa nak kena isi dalam Kraken, hence, login > funding > withdraw > USD
  • Pilih SWIFT

  • Click “Continue”

  • Pop up keluar, isi semua data yang berkaitan.

  • data nak amik mana? Login Wise > select USD > receive > Your USD account details

  • Ada dua option, Local dan Global SWIFT, amik SWIFT, copy paste data yang Kraken perlu

 d. Withdraw dari Kraken ke WISE

  • Kalau dah save, sepatutnya ada selection dalam withdrawal Kraken tadi, hence, select WISE dan masukkkan amount nak withdraw
  • Take note yang ada limit withrawal dari Kraken based on level kita, daily mahupun monthly

  • Double check semua info dari WISE betul tak masuk ke kraken, dan kalau dah masuk amount nak withdraw, click button azimat,

  • Pop up muncul, click “Continue”

  • Verify 2FA

  • Now withdrawal dah submit, tunggu

  • Status tukar dari initiated ke pending ke success within 10 min lebih kurang

e. Masuk dalam WISE

  • Now adalah duit sampai dalam WISE
  • Selepas 10 minit,

  • Selepas 1 hari…. dah masuk

f. WISE USD ke WISE MYR

  • Now adalah dari wise ke bank account kita
  • Pergi kepada akaun USD, then click convert
  • Masukkan berapa USD nak convert RM

  • Bila dah masuk, dia akan preview

  • bila dah submit, duit auto masuk dalam MYR akaun

  • Maka tamatlah sessi transfer duit dari Kraken ke WISE, result dia SUCCESS!

g. WISE MYR ke Bank Harimau

  • Masuk WISE MYR, click send
  • Page baru keluar, masukkan amaun dan confirm, take note caj tranx adalah RM1.34 (agak tinggi)

  • Pilih nak send ke siapa, dalam kes ni nak send ke akaun bank penulis sendiri

  • Masuk kan the reason hoobastank,

  • Baca review data untuk send, dan click confirm, masukkan password.

  • Setelah beberapa saat, duit pun masuk dalam bank harimau

h. WISE USD ke WISE USD orang lain

 

 

Aftermath

Sekarang penulis nak transfer amount yang besar iaitu sekitar $1600. Yang ni kena tunggu sell order Polkadot on di Kraken dan baru boleh transfer sebab currently profit dalam DOT iaitu sekita 300 Dot.

Selepas transfer ni kita akan tahu yang fee dia relatif kepada amount atau fixed.

Penulis baru buat transfer $1600. Sepatutnya esok clear dan masuk dalam wise. Setakat dari Kraken, fee $13 flat. Meaning tak kisah amount berapa, semua sama flat rate $13.

Selepas sehari, duit sampai dalam Wise

Setel!

Soalan gerak tempur SPM

a. Adakah caj Kraken $13 tu flat rate atau depends pada jumlah nak withrawal?

Kena siasat. Setakat yang kat web Kraken, dia bubuh untuk $100, adalah $13. Tak tulis flat ke relative.

Baca sini

Setelah disiasat, caj adalah flat rate.

b. Berapa lama dari Kraken nak keluar?

Kalau tengok 1-5 hari. Babi lama gak.

Baca sini

c. Berapa lama sudahnya masuk ke WISE?

T+1 atau the next working day. Meaning hari ni hantar dari Kraken, esok masuk. Laju boh!

d. Berapa kos damage?

Hantar $100, dapat $82.86. Damage $17.14 atau RM78.69. Meaning to say, hantar berapa juta USD pun, damage adalah RM78.69. Oklah tu.

Hantar $1613.59, dapat $1596.45. Damage $17.14 atau RM78.69, meaning, masih sama dengan kos hantar $100.

So, cost dia adalah RM78.69.

e. Apa cer withdrawal pending lebih satu hari ?

Untuk keamanan hati, make sure kita buat withdrawal pada hari bekerja euro, sebab kalau kita submit on holiday, dia akan jadi lambat dan status pending. Penulis dah kena bila submit hari ahad.

TAMAT