Benarkah ramalan akan datang, 1 XRP = USD589?

INTRO

Penulis agak lama dengan XRP sebenarnya dan masa tu penulis bet on XRP kerana ia adalah “banker’s coin“. Meaning, bank pakai XRP so mesti satu hari nanti coin ni naik gila-gila punya.

Namun sampai satu tahap penulis decide untuk clash dengan XRP dan fokus pada Polkadot. Itu penulis akan tulis detail di bawah lagi kenapa, tapi kita tengok dulu teori-teori disebalik kenaikan ramalan 1 XRP to the moon.

XRP Performance

Seingat penulis, sepanjang penulis hodlr / trade XRP, XRP tak pernah jatuh dari top 10. Masa mula-mula penulis main XRP, waktu XRP #3 selepas Ethereum.

Ketika artikel ini ditulis, XRP jatuh #7.

Manakala ATH XRP pula adalah USD$3.84 pada 7 Jan 2018.

The bigger picture is, dalam masa 5 tahun, XRP turun 80%. WTF?

Memahami XRP

XRP adalah crypto yang diusahakan oleh sebuah company yang dinamakan Ripple. Macam Bitcoin, yang buat, manage semua bukan company. Now, ada pro and cons dia. Boleh baca kat bawah.

The Banker’s Coin

Ada macam-macam teori disebalik XRP ini yang menyebabkan ramai terpedaya untuk hodlr. Penulis akan cuba jawab satu persatu mengapa awalnya penulis macam terpedaya tapi akhirnya decide untuk tidak turut serta.

Pertama, adalah “The Banker’s Coin”. Umum mengetahui yang XRP memang dicipta untuk bersenggama dengan para bank. Maka banyak penzinaan dilakukan Ripple dengan bank-bank seluruh dunia. Malaysia tidak terkecuali.

Namun setelah sekian lama partnership dilakukan, dari dulu sampai sekarang, zaman penulis hodlr XRP ini ketika XRP dalam USD$0.29. Hari ini, XRP baru USD$1.09. Benar naik, tapi naik kurang dari 4X.

Satu hari penulis macam terfikir. XRP ini adalah utility coin, dimana target dia nak replace SWIFT. So kalau dia jadi betul coin utility dan take over SWIFT, agak-agak dia akan naik mahal tak? Atau dia jadi lagi murah? Yelah, benda kita nak pakai. Kalau mahal kenapa kita nak pakai?

Ditambah pulak dia main dengan bank. Masa covid hari tu kita dah tahu dah yang mamat senyum belah kanan atas tu yang jadi menteri kewangan kita, boleh keluar statement macam ni :

Atok dia. “Just because we can, doesn’t mean we should”. Kepala bana kau. Ko makan nasi sedap ada 5 lauk, boleh lah ko cakap macam ni. Ko tau tak zaman covid ada baby minum air beras?

Last sekali, maka lahirlah hasgtag, #bankjagabank, #kitajagakita.

Meaning, bank takkan pedulikan kita. Gi mampuslah korang semua yang penting aku (bank) kaya.

Hence, kalau bank pakai XRP sekali pun, ada rasa langit cerah tak untuk XRP naik gila-gila? Current tranx price is 0.0001 XRP atau sama dengan RM0.00045. Agak-agak bank nak guna XRP tak kalau harga dia jadi mahal?

#bankjagabank

Swift Market

Remittence, market memang besar gila. Teknologi yang dipakai sekarang adalah SWIFT. Berapa besar market remittence? Region ini, USD$120 billion (data 2018). Berapa market dunia? 2018 USD$642 B. 2023 USD$750 B.

Ada satu XRP army ni kata dan buat kiraan matematik dimana, kalau XRP take over SWIFT market, maka harga XRP akan melambung naik. Sebab banyak nak pakai atau banyak demand. Bila demand ada, harga naiklah. Menurut artikel asal, harga 1 XRP = USD$1530.

Now, mengikut rumus, kalau marketcap crypto pergi USD$426 T sekalipun, kalau XRP dominance masih 1.96%, harga XRP adalah USD$177.29.

Itu market cap crypto. Kalau USD$426 T ni campur dengan USD$153 T swift market, maka total market  crypto akan jadi USD$579 T dimana, coin dominance XRP akan jadi 26%.

So kalau coin dominance XRP jadi 26%, mari kita semak berapa harga XRP.

Market Cap Crypto ( 426 T + 153 T Swift take over by XRP ) *coin dominance XRP / 100 B coin supply XRP

=579000000000000*(26/100)/100000000000

= USD$1505.40

Now harga memang macam hampir dengan yang artikel tu tulis, namun, apa yang lebih penting adalah, bukan isu size market swift USD$153 T, tetapi, kalau betul XRP take over market ni, adakah betul, liquidity untuk USD$153 T ni betul-betul USD$153 T atau dia akan jadi lebih kecil sebab dah pakai XRP?

Kalau kita nak ganti satu benda tu, mestilah antara sebab dia adalah kos. Meaning benda lama, kos tinggi. Benda baru, kos murah. Dalam kes ini, market SWIFT USD$153 T kerana kos tinggi. Bila guna XRP, kos lagi murah, 0.0001 XRP atau RM0.00045.

Kalau ikut Business Insider punya graph, by 2023, market remittence baru USD$750 B. Tak sampai USD$1 T.

So kita sendiri tak tahu mana satu betul sama ada USD$750 B,  atau USD$153 T. Jauh beza tu. Tapi ada satu artikel tahun 2019 kata market macam USD$125 T.

Untuk faham apa itu SWIFT, baca sini. SWIFT ni yang SWIFT code kita nak transfer duit ke oversea.

Now, tak kisahlah market SWIFT berapa, market remittence berapa, atau market SWIFT dan market remittence adalah benda yang sama atau benda yang tak sama.

Hari ni, dengan adanya Bitcoin, dan apa bala lagi 2000 cryptocurrency kat dunia, kenapa nak hantar duit guna XRP yang bakal menggantikan SWIFT, yang tentu-tentunya ada kos, walhal ko hantar Bitcoin kos baru berapa sen?

Meaning to say, ada possibility market remittence tak kisahlah besar mana selama ini, bakal mengecil kerana orang boleh transfer coin dari wallet ke wallet, tanpa perlu pergi bank lagi dah sebenarnya.

So kalau nak harap harga XRP naik sebab market swift, tak payah nak harap sangatlah.

Market Cap XRP kencing

Berapa market XRP? USD$51,313,863,311 atau USD$51B atau 1.96% dari USD$2.7 T. Berapa supply coin ni sekarang? 47,158,974,920 atau 47 B coin.

Berapa maximum supply XRP? 100 B. Yang ada kat market sekarang baru 47% atau 47,158,974,920 atau 47 B coin.

Now Ripple, memegang 60% dari semua jumlah coin ini. 40% ni yang ada di market.

Atau pada waktu ini, 47% dalam market, 53% Ripple pegang.

Apa implikasi dia?

Ripple control market price. Sebab dia majority holder pada coin XRP.

Kalau dia decide nak release semua coin dia dan dump dalam market, apa akan jadi? Harga crash.

Market cap XRP USD$51 B dengan coin supply USD$47 B. Itu pasal harga dia USD$1.09 sekarang.

Kalau 53% XRP release daripada company Ripple ke dalam market hari ini, dia akan jadi, USD$51 B market cap dengan coin supply 100 B. Berapa harga XRP? USD$0.51.

So, pada pendapat penulis, Ripple control market price XRP. Dia mesti control harga ni sebab dia dah banyak buat janji manis dengan bank. Nanti kang Tg. Zafrul marah pulak apa lanch ko punya XRP ni naik gila-gila bukan dulu ko dah janji ke price dia macam ni?

Hence, market cap XRP, adalah kencing semata. Bukan organik macam Bitcoin, Ethereum Polkadot bagai. Sebab dia, Ripple boleh control sesuka hati dia nak release berapa “demi untuk mengawal harga” agar bank tak muka masam dah suruh tidur luar.

Tapi Brad, Sultan kepada Ripple Sdn. Bhd cakap dia tak control price XRP? Ni artikel ada.

Tak kisahlah apa Brad cakap. Ko pegang 60% sial, so kalau ko pegang banyak tu, hari ni ko cakap lain lusa ko cakap lain pulak. Ni kawan lama ko ni, Jed ni tade call malam-malam ke?

Kesimpulan dia, XRP bukan untuk kita. Ia adalah untuk memuaskan nafsu serakah bank. Lupakanlah cita-cita nak kaya dengan XRP.

Penulis kadang tak paham kenapa manusia ni kadang-kadang taksub sangat sampai lupa realiti.

XRP ni ada dua owner yang control. Satu Brad, melalui Ripple company dia. Ni terang-terang 60% dalam spender dia. Satu lagi kawan lama dia Jed McCaleb. Kerja dia dok dump XRP tak habis-habis. Asal naik sikit je, dia dump. Betul la hak dia, takde sapa boleh marah. Tapi takkan XRP army tak nampak game ni? Alangkah kita pun boleh dump coin, lagi lah Jed Mutalib ni.

Oooohh tak, dia jual pastu habislah makin lama mesti makin sikit. Habis tu dia tak boleh beli balik pakai wallet lain?

Kawan lama ni kadang kita buat-buat je gaduh. Belakang sama-sama minum arak sambil isap tetek.  Boleh jadi tak Brad mintak. tolong Jed, eh Hang tolong juai sat ni harga naik ni, Tg Zaf dah call aku ni bising.

XRP to USD$589

Tapi ada satu lagi teori lagi up iaitu XRP akan pergi USD$589. Ini banyak juga diperkata dan diperdebatkan.

Teori ni asal usul dia adalah daripada ‘bearableguy123’. Dia cakap by 2018. Cuma sekarang dah 2021 bro.

Now teori ni ada pulak backup dengan trade analysis.

Now, apa-apa pasal harga, kena ingat. RUMUS. So, kalau XRP nak pergi USD$589, berapa coin dominance dia kena pergi?

Let say kita ambil market cap crypto = gold market cap = USD$11.4 T.

So, kalau coin supply maintain 47,158,974,920 atau 47 B coin macam sekarang, tapi market cap banyak 11.4 T, let say coin dominance XRP = 100%.

=11400000000000*(100/100)/47,158,974,920
= USD$242.13

Meaning, kalau 100% coin dominance pun, dengan supply 47 B, XRP hanya boleh pergi USD$242.13.

Kasi can lah, kalau 100 B coin supply (semua XRP yang ada di dunia dan di alam Thor dan Thanos) ? Of course lah harga lagi rendah.

=11400000000000*(100/100)/100,000,000,000
= USD$114

So camna nak capai USD$589?

100% coin dominance, 100 B coin supply dengan USD$58 T coin market cap.

=58,900,000,000,000*(100/100)/100,000,000,000

atau,

50% coin dominance, 50 B coin supply dengan USD$58 T coin market cap.

=58,900,000,000,000*(50/100)/50,000,000,000

Maksud dia, kalau 1 XRP nak jadi USD$589, market crypto mestilah USD$58 T, dengan syarat, dominance XRP adalah 50% (mengalahkan Bitcoin dan lain-lain) dengan coin supply 50 B XRP dalam market.

Persoalan dia, market cap crypto memang makin lama makin besar, tapi adakah XRP dominance makin hari makin besar? Dulu #3 sekarang #7 dah.

Berapa agak-agak paling jauh XRP boleh pergi kalau maintain coin dominance yang sama cam hari ni?

Now, base on 20 X Bitcoin nak jadi USD 1 M per BTC, dari USD$40 K jadi USD$1 M, maka mengambil harga XRP, pada waktu yang sama 9 Jan 2021, maka USD$0.32 x 20 = USD$6.4.

Simpson dan ramalan atau ramalan XRP army dalam Simpson?

Satu lagi XRP Army suka adalah konspirasi dimana ramalan harga XRP ada diselit dalam kartun Simpson. Kalau sapa yang follow Simpson, mesti tahu yang banyak ramalan dalam Simpson menjadi kenyataan.

Boleh layan di bawah ni.

Now, kita tidak tahu sama ada scriptwriter Simpson ada time machine atau berkawan dengan Alien yang boleh melihat masa depan, namun sedikit sebanyak memang ada banyak juga ramalan Simpson menemui kenyataan.

Cumanya dalam bab crypto currency, pada pendapat penulis Simpson tak ada pulak cakap crypto tu XRP. Mana-mana crypto pun boleh jadi. Dia tade cakap nama crypto tu XRP.

Sometimes kita nak tengok apa yang kita nak sahaja dalam semua bagi memberikan kita keyakinan tentang sesuatu. Ini sangat bahaya.

Betul ada ramalan crypto dalam Simpson, but then semua orang pegang crypto boleh cakap crypto dalam tu adalah yang dia pegang.

ROTHSCHILD’S invest RIPPLE

Rothschild adalah keluarga kaya Yahudi sejak zaman 1800. Kekayaannya yang gila membuatkan dia menguasai dunia dari pelbagai sudut. Betullah tu. Dah kaya. Makin kaya. Kaya sahaja tak cukup. Kena ada kuasa.

Dikatakan kekayaan Rothschild’s lebih USD$1 T dan dikatakan mempunyai pengaruh besar dalam New World Order.

Now, itu semua teori lantaklah. Orang kaya memang banyak orang tak puas hati. Biasalah tu. Dia kaya sebab dia usaha macam-macam. Dia tak duduk baring kat rumah je. Kalau dia control dunia pun padalah. Dia kaya. Kita kena terima hakikat sebab kita miskin, kita “di control” oleh orang yang berkuasa dan kaya. Zaman dulu kita kalau miskin hamba abdi sebenarnya. Sama je zaman sekarang ni. Hamba kena kerja.

Namun yang fakta adalah, Rothschild ada invest dalam Ripple, melalui SBI (Bank Jepun).

Now, kerana SBI own 8.7% dalam Ripple, dan SBI pulak diinvest oleh Rothschild, so XRP akan meroket. Ini kesimpulan XRP Army.

Now, kalau penulis seorang ahli keluarga Rothschild, penulis akan invest dalam banyak coin. Bukan setakat XRP sahaja. Kata banyak duit.

Basically, Rothschild bukan sahaja invest dalam XRP. Ethereum dia ada invest jugak.

Now. Adakah Rothschild orang paling kaya di dunia? Kita tak tahu kalau dia kaya senyap-senyap pastu tanak listed di Forbes macam politician negara kita. Namun kalau ikut yang listed kat Forbes, Elon Musk no dua dan dia beli Bitcoin dan Dogecoin.

Dan Rothschild pun ada invest dalam Bitcoin.

Kesimpulan dia,  kalau takat XRP nak naik sebab Rothschild invest, mmmmmmmmm…..

Penulis dan XRP

Sejarah Lampau

Now dulu memang penulis pegang banyak Ripple. At one time, penulis rasa almost 100 K XRP. Asalnya penulis cuma ada 32K XRP sebagai capital. Ini log penulis.

XRP ini ada yang beli dan ada yang hasil trade. Malah trade legend penulis adalah dengan XRP.

XRP juga banyak mengajar penulis dalam mengurus financial. Misal, penulis dapat idea untuk contra trade profit bayar loan, juga adalah kerana penulis trade XRP.

Basically, kalau tanya penulis, XRP adalah antara coin paling cantik dan senang nak Trade, sebab dia punya movement tu stabil.

Selama dengan XRP, muka ada sinyum tak?

Lama penulis tunggu agar XRP naik semula USD$3.84 ATH, malangnya macam menunggu bulan jatuh ke riba.

So, pada 3 Jan 2021, penulis ada 96K XRP. Kalau XRP naik ATH USD$3.84, value XRP penulis adalah USD$370 K atau RM1.5 M.

Setelah mengkaji, menelaah, tanya Kiyai Tasik Chini, akhirnya penulis decide untuk let go majoriti  XRP penulis dan fokus pada Polkadot. Penulis jual 95K XRP penulis dan convert kepada Polkadot.

To date, penulis cuma pegang 8K XRP.

Apa next plan dengan XRP?

Penulis nak trade 8.2K XRP ni bagi jadi 10K XRP. Nak genapkan. Lepas tu kalau dia naik ATH USD$3.8K balik, penulis nak jual. Sekarang DCA USD$2.8 per XRP. Tapi ni susah nak cakap sebab 95K XRP dah bawak keluar so value yang tinggal memang naik tinggilah.

Either way, kalau 10K XRP jual (atau biar je hodlr sebagai kenangan), penulis dah buat untung banyak dulu. Sebab asal-asal mula-mula cuma beli 32K XRP kendian top up jadi 55K XRP. Dari sini grow double.

Kalau dia naik betul USD$589 atau USD$1550 canne?

Penulis lari bogel.

Okla tu. Masih ada 8 K XRP, atau future 10 K XRP. So adalah sama ada USD$5.89 M atau lagi mabuk ketum, USD$15.5 M.

Penasihat penulis dari team decentralife.co nasihat apa?

Alessio ada buat long term elliot wave XRP. Boleh tengok berpa jauh XRP boleh pergi melalui elliot wave count. Layan video bawah.

Manakala Fous, 4 Nov 2021. Mamat ni tak peduli pun berapa XRP nak pergi long term, asalkan boleh buat duit melalui trade.

Panglima Hitam Ian Balina, 21 Nov 2021. Untuk XRP naik paling tinggi USD$38.67, market cap kena jadi 10 T dan coin dominance XRP adalah 18.73% berbanding Bitcoin.

Manakala dari team researcher, Guy, 3 May 2020 :

Ini dari James, 28.2.2022. James kata what is the point betting on loser?  Hope is not a strategy.

Bagi satu sebab utama kenapa pindah XRP ke Polkadot?

Simpan 100K XRP atau 100 B XRP sampai kiamat pun, at the end of the day, kalau tak trade, dia still ada 100K XRP atau 100 B XRP dengan harapan value dia naik.

Simpan 6 K Polkadot, biar sampai kiamat, tak payah trade, tapi main staking, dari 6 K boleh dapat 700 Polkadot setiap tahun.  Lagilah kalau value USD dia naik. Rujuk Skim Pencen GPF penulis.

Maksud dia, XRP tak beranak XRP baru. Polkadot beranak Polkadot baru. Itu pasal penulis dump Ripple.

R.I.P.ple