267 hari ke 13 Mac 2024.
Minggu ini penulis di Jakarta lagi. Ada meeting, hence penulis cuba update dari masa ke semasa.
24.06.2023 14:53
Minggu ini boleh dikatakan blackout terus dari trade. Sebab dia penulis memang busy betul di Jakarta. 2 tahun kebelakangan ini penulis banyak berulang alik ke sana untuk reporting, discussion, growth strategy dan macam-macam lagilah.
Now, hari ni penulis dah di KL, hence, boleh sambung balik tengok chart. Basically seminggu tinggal rasa nak masuk balik cam seram lak.
Ok first, kita layan video dulu. Basically video ni agak relate dengan keadaan penulis sekarang di mana di dalam persimpangan untuk terus kerja atau berhenti dan full time trade.
Kalau terus kerja, ulang alik Jakarta Malaysia. Kalau trade fulltime, maybe lagi jauh penulis boleh pergi?????
Now, ini ada satu lagi video dimana penulis rasa kalau anda trade crypto, agak eye opening dan mindfuck. Boleh layan sendiri.
Trade Update
Rasanya minggu ni semua trade dah closed. Trade wd duit dapur pun dah setel. Trade debor ujung minggu pun dah setel itu profit dalam 199 DOT. Trade BTC DOT, profit 1216 DOT. Capital kembali intact 20K DOT.
Duit dapur 399 DOT, ending $1820.86 lebih kurang RM8515.
Kesimpulan dia, basically, no floating trade.
Staking Salary Update
Total polkadot sekarang adalah sekitar 15,093 compare last week, 15,008 .
Kedudukan richlist adalah kategori fish, pada tangga kedudukan 2105, daripada 343,561 hodlers, masih top 0.61%.
Kedudukan #1999 (bawah 2000) mesti mau ada 16,025 Dot. Jarak dengan penulis lebih kurang 932.
Crypto
Price ketika ini adalah pada paras $1.229 T, naik berbanding last week $1.092T.
Basically lama penulis follow chart ni akhirnya turun jugak kawasan merah yang penulis tanda.
So sekarang dia nak pi mana?
First kita tengok trend dia secara heikin. Secara weekly, trend dah berubah dari bearish kepada bullish.
Berita-berita crypto pun sekarang semakin bullish, esp. bila Blackrock tengah nak onkan ETF.
AI, naik dari 24% last week ke 27% this week.
Titik bullish masih belum keluar.
Next week kita nak tengok sama ada market nak cuba tembus sell zone atas tu. Ini chart di trading view. Kalau next week candle hijau closed tinggi, hence hidden buy zone baru muncul dan nampai semakin bullish.
USD
Minggu ini kita nak monitor sama ada price akan retest balik MID BB, kalau closed atas, USD naik Crypto turun. Kalau reject, USD turun Crypto naik.
Kalau USD turun, dia akan retest buy zone bawah tu. Kalau USD naik, dia akan cuba bolos sell zone atas tu. Kalau USD naik dan buat buy zone baru, bullish kuat untuk USD dan bearish untuk crypto.
So kemana kemungkinan lebih tinggi nak pergi? Atas ke bawah?
Kalau ikut Heikin, dia nak pergi bawah.
Kesimpulan Crypto – USD
Rasa nak naik crypto ni dan USD makin lemah.
BITCOIN
Kita tengok chart dulu.
Sejauh mana memandang, price pecah downtrend channel dengan cantik sekali. Ini boleh dikatakan PERdaya yang agak mantul yang buat orang terchew-dorks kaw-kaw. Tetiba price naik sebatang panjang.
Heikin, of course hijau.
Now, kita go on details.
a. Price tembus $27,360 gila panjang, hence petanda bull memang kuat, resistance $26,824 habis kena tibai.
b. BTC tengah corelate dengan S&P ketika ini, dimana, sama2…. gunung didaki, sama2…..
c. Kenaikan gila ini memberi expectation yang pullback akan berlaku. Closed bawah $29.7 K baru pullback on. Kemana nak pergi? $29K – $28K.
d. Namun kalau tak pullback, ada can nak naik lagi ke $31K-$32K, then baru pullback.
Ini chart daily, udpated. RSI dah panas, tunggu confirmation MACD bersilang untuk price turun.
Kita ke 4H. RSI dah signal nak turun, MACD dah confirm nak turun.
POLKADOT
Kita tengok chart dulu.
Price tengah nak tembus sell zone weekly. Buy zone bawah dah tak valid. Kalau price minggu ni closed atas candle merah w23, maka petanda bullish makin kuat. Ni kena tengok isnin ni accane.
Heikin tengah indecision.
Daily, RSI belum panas sangat untuk price turun. Buy zone bawah adalah area 4.54.
Ini pendapat Upay,
Trade Recce
4H signal dah ada untuk price turun. Confirmation MACD dah 2x. Kalau nak masuk trade ni adalah kerana price dah naik lama dan waiting for pullback. Bila pullback tu kita nak masuk untuk buy dip.
Tengok Heikin. Macam dah mula merah.
Now, awas gerak langkah mu adalah, price turun tapi elok kena line ungu, dia reject naik balik. Kalau tu lega.
So game dia sekarang, kita tunggu price closed bawah EMA8 4H line kuning ni, kita sell untuk buy dip.
25.06.2023 15:35
Semalam penulis masuk trade. Sell dekat $5 bajet nak TP. $4.8
Penulis masuk sebab price masa tu dah closed bawah line kuning EMA 8. Namun hari ini, price naik sampai $5.16.
Penulis tak cut loss sebab tengah tidur.
Esok penulis nak tengok sama ada buy zone baru keluar pada daily. Kalau on, kena cut loss. Tapi ada harapan sebab RSI daily macam nak panas dah… so kita tunggu dan lihat dulu.
Menurut Upay, $5.15 adalah resistance dan $4.8 adalah support. Tapi kalau pecah. $5.15 next adalah $5.56. Hence, $5.15 kritikal untuk price DOT naik lagi atau reject turun.
In term of USD, nampak ada buy zone baru. MACD dah nak bersilang nak naik. Hence, probability DOT turun tu ada sebab USD nak naik.
In term of crypto daily, macam nak buat buy zone tapi RSI dah signal nak reversal. Price macam dah sampai satu limit tu nak naik lagi macam dah susah. Candle makin kecik.
25.06.2023 16:39
Kita tengok AI jap. Titik bullish untuk polkadot masih belum keluar.
TM Grade agak tinggi 52%. Atetiba cam menyesal lak masuk trade semalam. Lega.
bersambung…