Trade Log : w26 2023 – Plan B Halving Trade Style

261 hari ke 13 Mac 2024.

Penulis dah di Malaysia. Menyambung rutin seperti biasa. Now, kita tengok video lain macam sikit.

Biasa orang trade ikut price, tapi Plan B punya tactic trade ikut block. Cara dia adalah, bulan sebelum halving BUY, 18 bulan lepas halving SELL. Kalau ikut prev chart, OK boleh buat duit.

Now kita dah nak habis bulan 6, meaning tengah tahun dah nak habis. Kita ada lagi 6 bulan nak masuk 2024. So gear kena up sikit.

Trade Update

Last week ada masuk satu trade gatai hari Sabtu rasanya, sell $5 nak TP $4.8. Trade masih floating.

Harap this week closed bergaya. AMIN.

Staking Salary Update

Total polkadot sekarang adalah sekitar 15,108 compare last week, 15,093 .

Kedudukan richlist adalah kategori fish, pada tangga kedudukan 2103, daripada 343,660 hodlers, masih top 0.61%.

Kedudukan #1999 (bawah 2000) mesti mau ada 16,043 Dot. Jarak dengan penulis lebih kurang 950.

Polkadot Update

Minggu ini penulis nak introduce segmen baru iaitu update tentang Polkadot (since penulis trade DOT). Basically apa yang berlaku dalam dunia Polkadot.

28-29 ni sebenarnya penulis macam nyaris nak pergi Denmark sebab ada event DOT :

Namun bila tengok tiket flight hari tu bapak mahal, terus tak jadi. Lagipun tarikh event kena dengan raya haji so agak tak berapa nak sedap kalau pergi.

But then penulis decide untuk register online. So boleh follow secara online pun ok.

Namun begitu, bila penulis tengok list talk, surprisingly agak tak berapa menarik sangat. Even ada yang masih TBA atau belum confirm.

Nasib baik tak pergi.

Anyway, patutnya salah satu talk adalah tentang value polkadot in term of monetary. Meaning projection price ke apa ke, apa initiatives yang boleh buat harga DOT spike.

Apapun kita tunggu list detail yang bakal keluar nanti. Boleh tengok web di sini.

Polkadot sekarang #12 dengan marketcap $6.24 B bawah Litecoin, atas Matic.

Kraken Update

Untuk Kraken, tak banyak news kecuali volume trade di Kraken naik 14% akibat FTX hancuq. Namun tidaklah tinggi mana seperti Bidget. Baca sini.

Ledger Update

Akibat servis baru seed recover hari tu, sales Ledger drop gila compare Trezor. Now, terkini, Ledger umumkan untuk keluar white paper tentang seed recovery service ni dengan tujuan nak tunjuk transparency serta safe bagi yang tanak pakai service ni.

Basically move yang baik untuk regain kepercayaan para peminat ledger. Baca sini.

Crypto

Price ketika ini adalah pada paras $1.218 T, turun berbanding last week $1.229 T.

Price dilihat reject sell zone namun level kerejectannya tak berapa kuat dan kecil kalau tengok size candle.

Price juga duduk dalam downtrend channel, hence kalau ikut channel ni, sama ada price terus turun atau tiba-tiba breakout.

Ada kemungkinan price akan retest MID BB area $1.183 T. Kalau ini berlaku,

BTC = $29.3K
DOT = $5.03

Kalau price retest line ungu SMA200 area $1.117 T,

BTC = $27.7K
DOT = $4.74

Heikin sedang hijau.

Daily, kalau esok pagi confirm sell zone, hence price akan turun. RSI dah signal nak turun namun confirmation MACD belum ada. Panduan kita adalah tengok price akan closed bawah line kuning EMA 8 atau tidak.

Daily Heikin, dah mula ada first merah, tapi masih indecision.

AI, last week 27% hari ni 28%, makin elok. Titik bullish belum keluar, TM grade 17%. Kemungkinan bullish breakout lebih tinggi dari bearish breakout.

Basically, price terperangkap antara 2 buy zone so kemana ia pergi kita tengok minggu ini.

USD

Price nampaknya reject EMA 8 apatah lagi tak sampai MID BB, hence memberi petanda yang USD akan turun lalu Crypto akan naik.

Seperti yang kita tengok last week, heikin menyambung merah, USD makin melemah.

Kesimpulan Crypto – USD

This week nampak beri petanda lebih kuat yang crypto nak naik kerana USD makin melemah.

GOLD

Gold tengah dalam correction, masih belum bottom, namun masih long term bullish.

Gold EW count micro adalah 2 pergi 3. Wave 3 belum habis lagi. Macro, wave 4 nak pergi 5. End wave 5 : 2370 – 2470

a. Untuk resume bull, kena break 1986 dan maintain atas 1900. Petanda awal resume bull kalau break 1973.

b. Kalau pecah 1900 – 1880, jual semua gold sebab dah start bear.

Bagi harga gold,

50g – RM15,510
100g – RM29,850
1kg – RM298,270

Sepanjang penulis monitor harga emas jongkong di Habib, minggu 10, 1kg – RM273,600.

BITCOIN

Bitcoin EW count Macro sekarang adalah 2 nak pergi 3.

Manakala micro, 2 pergi 3, 3 ni belum lagi, ending wave 3 adalah $39K-$43K, expected by July – Aug.

a. Bitcoin menanti pullback kecil. Pullback besar adalah area $39K – $43K.

b. $39K adalah critical resistance sebab situ fibo 61.8% manakala $43K adalah fibo 1.6.

c. Atas dari sekarang ada 2 level, $32K dan $36K.

d. Now, rally baru ni 5 wave. So next pullback mesti 3 wave corrective. Mebi $28K – $29K.

e. Kalau masih stay atas $29K, mungkin naik dulu sebelum pullback. Rujuk c.

f. Apapun kena maintain atas $27100 – $24750 untuk terus bullish. Pecah ni cite lain pulak.

Trade Update

27.06.2023 11:42

Trade sell $5 TP $4.8 masih float. Namun semalam penulis ada masuk satu trade, sell dekat $5.15. Trade ni dah on separuh, separuh lagi tak habis. TP asal di $5.01 namun sebab tak habis maybe nak ubah ke $5.06 ke…

So basically ada 2 trade minggu ni tengah on.

28.06.2023 02:13

Trade $5.15 da setel. Alhamdulilah rezeki adha.

Nett profit 178, capital dan profit dah stake balik buat masa ini.

Trade sell $5 TP $4.8 masih float.

28.06.2023 14:53

Ini keadaan terkini chart DOTUSD 4H.

Price semakin melemah. Nampak gaya akan test line ungu tu area $4.95.

Adakah price akan turun lagi bawah dari itu?

2H, line ungu area $4.73.

Manakala 1 day area atas, $5.7

USD, price makin naik, hence crypto bakal turun.

Crypto daily, signal nak turun on, menanti confirmation turun MACD.

So kesimpulan dia, kita menten trade $5 TP $4.8 kita tu.

29.06.2023 13:01

Trade penulis $5 TP $4.8 dah pun setel semalam. Alhamdulilah.

Gross profit 363, nett profit 352. Ini chart terkini.

Hence, capital 10K Dot apa2 kita stake dulu.

Now untuk profit, penulis nak WD untuk duit dapur macam biasa. Kena juai dulu sebelum WD ke Meleysia. Expected dalam RM8K ++.

30.06.2023 01:35

Profit trade dah sell dan dah tukar USD, sekarang otw dari Kraken ke Wise. WD asal $1800.

Esok lusa sampailah tu. Alhamdulilah. Pending tak setel lagi profit Dot dalam Kraken tak hantar ke ledger.

01.07.2023 18:02

WD USD setel, final amount $1782.

OK setel untuk minggu ni, juga. Q2. Next adalah performance review Q2.

bersambung minggu depan…