Apakah yang dikatakan, trading?

Intro

Trade adalah jual beli.

Trade adalah perniagaan.

Ia adalah konsep ekonomi yang melibatkan dua entiti secara basicnya iaitu penjual dan pembeli. Ia boleh jadi antara one to one, atau one to many.

Di dalam entrepreneurship atau dunia corporate, ada term dipanggil B2C iaitu Business to Customer. Ada juga B2B, dimana Business to Business. Ada juga B2B2C. Di mana, Business to Business to Customer.

Apa yang penting, ia berlaku atas persetujuan bersama. Seperti yang tertulis di dalam Quran, “…tiada paksaan dalam agama” begitu jugalah di dalam perniagaan, “…tiada paksaan di dalam perniagaan”.

Boleh berlaku di alam realiti (dalam negara mahupun luar) mahupun alam internet dengan orang kita kenal, mahupun yang tidak kita kenali.

Aktiviti trade telah evolve dari zaman dahulu hingga ke hari ini. Bermula secara barter, hari ini jual beli melibatkan duit fiat atau tunai untuk mendapatkan barang, ataupun service.

Hakikatnya, trade / trading, menggerakkan dunia, specifically, ekonomi manusia.

Jika semua orang menyimpan duit dan tidak berbelanja, duit tidak bergerak, maka akhirnya : dunia kiamat.

Menjadi trader, anda menyelamatkan semua. Dan sesiapa yang cuba menyelamatkan semua, biasanya hidupnya selamat.

“Seperti prophet yang berjalan di padang pasir yang luas dan kering, dan awan, yang meliputi di atas rupanya memayungi pengembaraan jauh beliau…”

Bagaimana trade berlaku?

Bila ada supply dan demand. Supply adalah ada orang nak jual, demand adalah ada orang nak beli.

Yang memberi, yang meminta.

Bila supply tinggi, harga turun. Sebab banyak yang nak jual. Benda berlambak.

Bila demand tinggi, harga naik. Sebab banyak permintaan. Banyak permintaan menyebabkan supply berkurangan.

Supply dan demand adalah sangat penting dan kritikal. Dimana supply dan demand ada, disitu kita trade.

Siapa yang boleh trade?

Sesiapa sahaja boleh trade, namun perlu ada modal, dan pengetahuan.

Tanpa pengetahuan, risiko untuk capital hilang, atau rugi, tinggi. Apakah capital? Capital adalah modal.

Dengan pengetahuan, walaupun capital jahanam, kita boleh buat comeback.

Prophet Muhammad sebagai contoh, sebelum menjadi rasul, beliau adalah seorang trader premium item seperti stones dan perfume.

Atau dalam ertikata lain adalah, nabi pun asalnya berniaga, atau, seorang trader.

Crypto Trading

Dalam konteks trade atau trading crypto, ia adalah jual beli matawang crypto antara penjual dan pembeli.

Pertukaran berlaku sama ada antara duit fiat eg. USD dengan matawang crypto eg. Bitcoin, atau boleh jadi juga antara matawang crypto eg. Bitcoin dengan Polkadot.

Tidak kira fiat-crypto, crypto-crypto, ini kita panggil Pair dalam trading.

Buyer, Seller

Dalam konteks trade atau trading crypto, sama juga dalam trade forex, atau saham, atau futures, kita sebagai trader memainkan dua peranan serentak mengikut keadaan.

Kitalah penjual, dan kitalah pembeli.

We sell and we buy.

The buyer is the seller and the seller is the buyer.

Ini sama juga dengan satu pepatah orang tua zaman dulu-dulu.

Yang melukis itulah, yang dilukis.

Dimana crypto trade berlaku?

Jual beli ikan boleh jadi di pasar atau market. Jual beli baju bundle, boleh jadi di kedai di Gombak, atau online di marketplace misal Lazada.

Jual beli crypto, berlaku di 3 tempat.

1. Wallet  + Bank in, Transfer

Ini yang paling basic antara semua. Ada pembeli yang membayar melalui bank transfer, dan penjual kemudiannya menjual dengan membuat transfer crypto ke pembeli.

Kebiasaanya ini boleh berlaku apabila ada kepercayaan antara pembeli dan penjual. Maksudnya kenalan rapat misalnya.

Namun walaupun mudah, risiko penipuan agak tinggi. Scam atau fraud boleh terjadi esp. bila jual beli dengan orang yang kita tidak kenali.

Bayangkan anda membeli 1 BTC namun setelah transfer RM200 K ke bank account yang diberi, penjual di sebelah sana sunyi sepi……..

Ada juga kes dimana penjual seorang scammer, menjual WBTC yang dia sendiri cipta, yang pembeli ingat dia membeli WBTC yang ada value dan nilai.

Sama-sama kita doakan agar scammer ini kembali ke pangkal jalan dan memulangkan kembali semua duit yang dia telah scam. 

2. Marketplace, Peer to peer

Marketplace adalah web atau apps yang membenarkan jual beli crypto antara dua pihak secara listing offering.

Contoh marketplace yang biasa kita tengok untuk semua barang dalam dunia, adalah mudah.my.

Contoh marketplace, bagi crypto adalah Remitano.

Perbezaan utama marketplace dengan exchange adalah, exchange lebih kompleks dan banyak feature tetapi marketplace lebih straight forward dan mudah.

Namun, kekurangan feature bagi marketplace, adalah kelebihan untuk exchange.

Sebagai contoh, di exchange kita boleh set buy dan tinggal (pergi makan atau buatlah apa pun) tetapi di marketplace ia harus berlaku serentak antara penjual dan pembeli. Meaning marketplace, time consuming sebab kena tunggu.

Risiko marketplace ada namun terkawal oleh initiatif marketplace tersebut. Contohnya bagi mengelakkan penipuan, konsep escrow digunakan.

Meaning, dah bayar, kena confirm dulu, baru crypto bertukar tangan.

Walaupun begitu, scam dan fraud masih wujud dan jika tidak mahir, boleh terciduks. Scammers sentiasa ada.

Sekali lagi sama-sama kita doakan agar scammer ini kembali ke pangkal jalan dan memulangkan kembali semua duit yang dia telah scam. 

3. Exchange

Exchange adalah web atau apps yang kita akses dari komputer mahupun telefon bimbit. Ia merupakan satu sistem yang offer trading activity secara global, di manage oleh sesebuah syarikat, sama ada berlesen atau tidak, di merata dunia.

Dalam konteks crypto, ada dua jenis exchange.

CEX – Centralised Exchange yang diuruskan oleh syarikat sebagai contoh di Malaysia : Luno, atau di luar negara Kraken.

Memilih exchange sangat penting terutamanya exchange yang ada credibility dan security. Kisah exchange Mt.Gox harus menjadi teladan dimana semua crypto lesap dibawa lari.

DEX – Decentralised Exchange, diuruskan oleh code programming atau smart contract.

DEX lebih baru dan liar. Antara risiko adalah DEX mungkin kena hack.

Secara dasarnya, exchange adalah tempat trade paling ultimate. Di sini yang kita nak fokus.

Data 2022 mengatakan, terdapat hampir 600 crypto exchange di seluruh dunia. Berikut adalah top 10 exchange pada 14 June 2022.

Ini adalah data yang diambil pada 3 September 2023. Perhatikan volume transaction agak menurun semasa Bear market.

Berapa size transaksi crypto seluruh dunia?

Mengikut data, ada peningkatan sebanyak 567% dari 2021 ke 2022. Walaupun volume atau nilai menurun, namun dari segi frequensi transaksi, naik.

Apakah crypto trading boleh menjadi satu kerjaya?

Trade boleh dilakukan secara part time, dan juga boleh dijadikan sebagai satu kerjaya full time.

Satu nasihat yang boleh penulis kongsi tentang part time dan full time, jika anda buat sesuatu part time, rezeki yang masuk itu part time. Jika anda buat full time, rezeki yang masuk itu full time.

Masakan adil di sisi Allah ta’ala untuk memberi secara total kepada seseorang yang separuh hatinya?

Berapa ramai yang trade crypto?

Data 2019, terdapat 43 juta crypto traders di dunia. Pada ketika itu, populasi dunia adalah 7.7 B. Ini bermaksud, 0.55% penduduk dunia adalah crypto trader, less than 1%.

Sumber

Manakala pada tahun 2023, terdapat 420 juta crypto user seluruh dunia.

Berapa ramai yang trade crypto di Malaysia?

Malaysia bagaimana? Tiada data dijumpai namun kita boleh buat anggaran dari saiz transactions. Susah nak anggar secara tepat sebab exchange yang digunakan tidak sama. Namun mengambil data dari exchange Luno, saiz crypto trading pada tahun 2020 adalah kecil sikit dari saiz Bank Islam dan besar sikit dari saiz Sunway.

Apakah RM4.2 B?

Sumber

Adakah trade menjamin masa depan kita?

Yang menjamin masa depan kita adalah Allah ta’ala. Dan Allah ta’ala adalah Yang Maha Kaya, Yang Maha Bijaksana dan Maha Segala Sesuatu.

Maka untuk menjamin masa depan kita sekiranya kita pilih trade sebagai kerjaya, report duty pada Allah ta’ala.

Allah bukan sekadar Boss kita yang membuka jalan, malah yang memberi rezeki, kekayaan dan kejayaan.

Allah yang meletakkan kita di dalam jalan lurus, dan malah memudahkan kita untuk mengembara, di dalam jalan lurus ini.

_

Home