Bagaimana penulis menjadi seorang trader

Intro

Di zaman penulis sekolah dulu, cikgu selalu tanya, “Apa cita-cita kamu?” Seingat penulis, cita-cita ini berubah dari fasa ke fasa membesar.

Masa tadika nak jadi Ultraman. Sebab boleh selamatkan umat manusia dari raksasa.

Masa sekolah rendah nak jadi posmen sebab boleh naik motor. Dah masuk sekolah menengah nak jadi “Pakar Komputer”.

Hakikatnya, dahulu, kita semua dididik untuk menjadi “seseorang yang bekerja”. Kita tak dididik untuk menjadi “seseorang yang kaya dan unlimited”.

Di zaman ini, sebenarnya anda boleh mempunyai beberapa kerjaya serentak, agar salah satu dari kerjaya yang anda ceburi ini, membebaskan anda dari belenggu rat race, selamanya.

Penulis sekarang sedang mendidik anak-anak, agar bila orang tanya apa cita-cita kamu, mereka boleh jawab, “Nak jadi whale”.

Tahun Biru Penulis

Seperti yang telah penulis tulis dalam bab awal, pada tahun 2013 penulis telah melalui multi-ujian di dalam hidup. Ujian ini bukan bersifat mono, tetapi agak poli.

Ia bermula dari dalam diri penulis sendiri……….. ditambah tekanan ekonomi perniagaan yang zaman itu zaman GST dimana kita kena bayar GST dulu walaupun duit belum dapat dari client, ditipu client yang janji nak bayar RM1.5 M tapi akhirnya cuma bayar RM400 K, dan bila dah ada job besar kita mula tak cari job kecil, akhirnya 2013 menjadi satu tahun epik masuk longkang bagi diri penulis.

Penulis dah tak boleh blah dan berfikir untuk “tarik handbrake” lalu balik ke Kedah rumah mertua penulis agar boleh makan nasi hari-hari.

Namun setelah dinasihati seorang sahabat sejati penulis, dan kerana beliau adalah keturunan Prophet Muhammad S.A.W, maka penulis mengambil cadangan beliau