INTRO
Idea bahawa 1 BTC = USD1 M ini penulis baru tahu dalam beberapa tahun lepas. Meaning, dah lama main crypto pun, tak ada awareness juga nak cari lebih. Sebab apa? Selesa dengan apa yang ada.
Namun apabila tahu tentang ini, penulis terus berubah. Ini kerana di dalam hidup, penulis telah melakukan satu kesilapan besar di masa lalu.
Benda yang lepas jangan dikenang
Sebenarnya ada satu masa penulis mempunyai lebih daripada 90 BTC. Waktu itu, anggapan penulis adalah Bitcoin merupakan digital currency. Oleh sebab berikut, menulis membelanjakan BTC yang penulis ada. Di bawah ini adalah salah satu wallet penulis dulu. Lagi 70 BTC dalam wallet XAPO tapi dah habis beli mainan.
Namun untuk mengatakan yang penulis bersalah dalam hal ini tidak juga. Waktu itu tidak ada kesedaran global dimana narrative Bitcoin akan berubah daripada sebuah digital currency, kepada satu financial asset yang dinamakan asset store value.
Hanya selepas artikel dibawah ini keluar, orang baru berubah fikiran. Boleh lihat narratif Bitcoin berubah mengikut tahun.
90 BTC kalau ada hari ni berapa value dia? Ketika harga 1. Bitcoin = USD$65K, 90 BTC = RM24,297,975.
Dem!
Siapa yang bagi idea 1 BTC = USD$1 M?
Yang bagi idea ini adalah PLAN B, rujuk twitter beliau disini. Manakala explanation panjang lebar, boleh baca di sini.
Dipendekkan cerita, PLAN B telah membuat prediction harga 1 BTC = USD$1 M berdasarkan teori S2F beliau iaitu Stock to Flow Model.
Model ini pertama kali dipublish di internet pada Mac 2019, dan telah melalui fasa pembaik pulih hingga yang terkini, hari ini.
Idea beliau adalah, harga Bitcoin semakin naik adalah kerana penghasilan Bitcoin semakin berkurang (due to Halving). Hence, harga boleh pergi USD$1 M per BTC.
Siapa PLAN B?
Beliau merupakan bekas institutional investor atau investor corporate high end, dengan pengalaman selama 25 tahun dalam financial market. Juga mempunyai background legal & Quantitative Finance, sangat berminat dalam hal kajian risk & return.
Dia ni ramai youtubers dah interview dia tapi dia remain anonymous.
Salah satu adalah dengan Roul Paul, boleh layan sini.
Mana nak tengok update pricing model S2F?
Ada banyak di internet tapi penulis selalu tengok di glassnode. Option kedua, tengok sini.
Bila jangkaan 1 BTC = USD$1 M?
Last penulis tengok adalah sekitar 1 April 2025.
Adakah logik 1 BTC boleh pergi USD$1 M ?
Mari kita kaji.
1. Data sebelum ini
Mengikut data sedia ada, atau merujuk kepada graph S2F, harga Bitcoin secara dasarnya, mengikut track projection S2F.
Harga Bitcoin adalah yang berubah warna-warni, manakala projection S2F adalah line kelabu gelap.
So, visually based on data sedia ada, kita tahu bahawa hampir 3/5 dari harga Bitcoin dalam rajah, mengikut atau melekat sekitar line kelabu gelap atau projection S2F.
2. Crypto Market Cap
Ketika artikel ini ditulis, market cap adalah USD$2.8. T atau menghampiri USD$3 T.
Melalui rumus harga, kita dah pun tahu bahawa jika market cap crypto pergi USD$44 T, harga Bitcoin memang boleh cecah USD$1 M per BTC.
Projection Price = Projection Market Cap x Coin Dominance / Coin Supply
Projection Price = $44,000,000,000,000 x 43% / 18,873,525
= $1 M
But then, bolehkah crypto market naik dari USD$2.8 T kepada USD$44 T?
Berdasarkan carta, penulis telah mengkaji dan ini carta market cap crypto dari Trading View yang penulis draftkan sendiri.
Di dapati bahawa,
- Trending market cap crypto adalah menaik, sebab masih duduk dalam trendline oren. So, selagi dalam uptrend, memang boleh pergi USD$44 T
- USD$44 T adalah atas sikit dari titik tengah uptrend pada 31 March 2025.
- Projection S2F adalah pada 1 April 2025, ini sangat hampir dengan analysis yang penulis buat diatas.
- Paling lewat nak achieve USD$44 T market cap adalah pada 13 November 2028.
Rujuk sini untuk updated version.
KESIMPULAN
Selagi market cap dalam uptrend, USD$44 T bukan khayalan. Manakala 1 April 2025 daripada hari artikel ni ditulis adalah lagi 1234 hari.
1234? Wow…. nombor cantik. Apa lagi, beli la Bitcoin.
Kalau betul jadi USD$1M, berapa percent tu?
Dalam crypto kita tak panggi percent. Kita biasa panggil x. Meaning dalam kes Bitcoin, daripada harga sekarang (2-3 bulan lepas) USD$50K jadi USD$1 M adalah :
20 X
Faktor lain kepada kenaikan harga Bitcoin
Sekarang kita tengok faktor lain yang mungkin kita tak perasaan, tapi main peranan ke arah USD$1 M ini. Sebab biasanya, kita hanya tengok surface. Kita tak go deep.
1. Network Effect
Network effect ni macam telefon. Lagi ramai orang pakai telefon, last-last sekali lagi ramai orang perlukan telefon. Meaning, mula-mula benda tu tade guna. Tapi sebab makin ramai orang guna, dia jadi keperluan.
Dalam network effect ni dia ada rumus pebenda ntah. Boleh refer bawah ni.
2. Big boy tengah kumpul Bitcoin
Kita adalah “retail investor”. Manakala big boy pula adalah “smart money”. Kita buat trade analysis seorang diri atau based input dari youtube atau call kawan-kawan. Big boy, ada satu floor yang buat analysis, itu pasal “Smart money”.
Now, kenaikan Bitcoin daripada USD$20K kepada USD$60K recently adalah faktor duit masuk dari big boy. Baru market cap boleh membesar. Tanpa “Smart Money”, market cap tak kuat nak naik lagi.
Now, benda ni macam gambar kat atas tu. Bila start seekor-seekor rasa FOMO, mula masuk, maka secara tak langsung, market crypto akan membesar.
3. Negara pun beli Bitcoin
Ketika artikel ditulis, ada 5 negara (2.5% dari semua) yang telah membeli Bitcoin dengan jumlah pegangan 1.25%. Yang paling banyak simpan adalah Bulgaria.
Dan yang paling beria beli sampai announce Bitcoin adalah legal tender adalah EL Salvador.
Presiden EL Salvador baru-baru ini mengumumkan Bitcoin City, di mana, ia adalah syurga dunia bagi ahli crypto sekalian.
Now, apa akan jadi kalau makin banyak negara beli Bitcoin? Market Cap Crypto boleh naik mendadak dangdut ke market cap gold.
Kita kalau nak beli Bitcoin kena tunggu gaji tapi kalau negara, dia print je duit then beli, so apa ada hal?
So berapa banyak negara yang dah adopt Bitcoin?
Setakat 10.2.2022,
13.2.2022
Russia tetiba nak sembang pasal Bitcoin.
4. Sekarang masih awal
Ini adalah graph adoption kepada crypto compared dengan adoption dengan internet suatu kita dulu. Meaning, kita masih awal. Jauh lagi PERjalanan kita.
Menurut kata Dr. Gavin, sekarang ni (2022) crypto ni dekat tahun 93 – 95, zaman Aol, email baru nak naik. Belum sampai zaman You’ve got Mail Meg Ryan lagi.
5. Makin sikit diniagakan
9.2.2022 – Data terkini jumlah Bitcoin di exchange hanya tinggal 13%. Bayangkan esok kalau hanya tinggal 10%, 5% seterusnya 1%? Meaning harga makin naik sebab makin sikit tinggal.
6. Whale kumpul
9.2.2022 – Persoalannya, kenapa sikit di exchange? Ada kutu dok simpan Bitcoin dalam wallet depa. Depa ni whale.
7. Correlation
10.2.2022 – Lagi banyak orang tahu crypto, lagi banyak orang ada wallet untuk simpan crypto. Lagi banyak wallet crypto, lagi tinggi harga naik.
Apa yang boleh menggagalkan ini?
Kalau semua orang berhenti beli Bitcoin, dan jual Bitcoin beli Dogecoin atau Shiba Inu, dimana, coin dominance Bitcoin yang duduk pada 43% turun kepada 1%.
Namun, jika market cap masih USD$44 T, coin mana yang dominance dia lebih 43% waktu itu, berpotensi untuk jadi USD$1 M.
Namun begitu, jangan lupa bahawa di dalam dunia sentiasa akan ada tangan ghaib. Salah satu benda yang boleh menggagalkan Bitcoin dari naik USD1M per BTC adalah tangan ghaib ini sendiri.
Satu contoh adalah kemunculan derivatives yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini sebagai contoh Bitcoin Future, ETF, leverages etc, semua ini adalah Bitcoin Artificial yang menyebabkan supply Bitcoin yang original 21 j menjadi lebih banyak dari yang sepatutnya.
Hence, demand yang tinggi terbahagi dua. Satu masuk untuk beli Bitcoin original manakala satu lagi masuk untuk beli Bitcoin replica atau Bitcoin tipu.
So lambat la nak naik sejut.
Patutlah Elon Musk beli Bitcoin?
Ya.
Ini yang Tesla beli. Kita tak tau, yang Elon Musk beli.
By the way, just something to ponder. Dik, mamat Elon Musk ni, buat roket yang boleh terbang pastu patah balik rumah kat mana dia lauch. Pastu lak roket dia ni bukan nak pergi bulan. Nak pergi Mars tu. So kalau orang cam ni kita tak follow….. entahlah.
Apa seterusnya?
Mula beli Bitcoin la labu. Baca sini untuk faham macam mana nak start. Beli sikit-sikit guna teknik DCA atau kalau ada duit banyak bersepah, beli one lump sum.
Jangan sesekali jual Bitcoin yang dibeli itu, kalau nak jual juga sebab nak pakai duit, cagarkan pada bank crypto tukar jadi loan macam kita cagar gold dekat ar rahnu.
Then cari balik duit untuk tebus Bitcoin tersebut. Nak hidup kaya, senang lenang, kena rajin la…. nak goyang telur. Kalau tak nak boleh buat cam biasa kerja sampai berpeluh jubur.
Apa selepas USD$1 M?
Selain $1 M, Bitcoin dikatakan boleh pergi lebih dari itu.
Ini puyla prediction dari James.
Apapun, untuk detail price prediction short, long term on Bitcoin, penulis update di sini.
Untuk weekly price analysis on Bitcoin, penulis update sini.