Candle Stick

Intro

Apakah candle stick?

Candle stick adalah perubahan harga. Candle stick, bukan harga.

Ada berapa jenis candle stick?

Candle stick ada dua. Merah dan hijau.

Merah – Harga turun, Bear, kita panggil BEARISH candle
Hijau – Harga naik, Bull, kita panggil BULLISH candle.

Bear sebab ada supply, ramai orang nak jual.
Bull sebab ada demand, ramai orang nak beli.

Bear, candle stick bergerak turun.
Bull, candle stick bergerak naik.

Bergerak naik turun ni adalah perubahan harga dalam satu tempoh.

Bila dia bergerak dari atas ke bawah, maksudnya harga turun. Itu yang jadi merah.
Bila dia bergerak naik dari bawah ke atas, maksudnya harga naik. Itu yang dia jadi hijau.

Pergerakan ni dalam satu tempoh. Tempoh ini kita panggil timeframe.

Apa maksud perubahan harga dalam satu tempoh?

Kalau timeframe kita 5 minit, maka sebatang candle stick, dari atas ke bawah / dari bawah ke atas, adalah perubahan harga dalam masa 5 minit.

Kalau kita dengar orang cakap dia tengok daily chart, maksudnya sebatang candle dalam chart dia tu adalah satu hari.

Mengenal Rupa Candle Stick

Rupa candle stick ni terdiri dari 3 benda.

Pertama, Body, iaitu badan dia.
Kedua, Shadow, atau wick, itu adalah yang macam jarum peniti.
Ketiga,  warna sama ada Hijau (Bull) atau Merah (Bear).

Bull dan Bear

Tadi penulis ada cakap tentang benda yang bergerak, dan kemana ia bergerak.

Kemana ia bergerak adalah market atau pasaran. Pasaran adalah tempat orang berniaga. Orang sama ada Buy, atau Sell.

Bila ramai Buy, meaning market tengah naik. Ini kita panggil Bull. Bila ramai orang Sell, market tengah turun. Ini kita panggil Bear.

Bull adalah lembu jantan manakala Bear, adalah beruang.

Bila cakap pasal Bull dan Bear ni bukan cerita dekat zoo. Tapi image yang ada dalam kepala mesti lebih kurang macam kat bawah ni.

Kenapa Bull dan Bear? Kenapa tak Cat and Dog ke atau Memerang dengan Tenuk. Yang ni kita takyah pikir panjang sangat sebab tak ada gunanya. Fokus pada benda yang penting.

Kaitan Candle Stick dengan Market

Kita dah faham ada yang bergerak,  dan yang bergerak ni bergerak ke mana. Dan kalau dia bergerak ke atas apa, kebawah apa.

Sekarang kita nak faham detail candle stick tu dan kaitan dia dengan market.

Basically, candle stick adalah rakaman keadaan market. Daripada sebatang candle stick, ada cerita yang dia bawa. Itu belum lagi berbatang-batang. So now kita nak tengok cerita sebatang dulu.

Ada 4 harga pada sebatang candle stick.

Open – Harga dia buka
High – Harga paling tinggi dia naik
Low – Harga paling rendah dia turun
Close – Harga dia tutup

So kalau ikut gambar atas ni,

Open – 10
Low – 5
High – 25
Close – 20

Maksud dia, dalam satu timeframe katalah Daily, atau dalam satu hari.

Harga buka 10. Then jual beli jual beli, dia jatuh paling bawah 5. Dia naik paling tinggi 25. Tapi last sekali sebab nak tukar hari esok,  dia close pada 20.

So esoknya trade sambung pada 20. Ulang sampai kiamat.

Now, dia jadi Hijau, sebab Close lebih tinggi dari Open. Mula meniaga 10, then tutup kedai 20. Hijau la. Tapi kalau Close lebih rendah dari Open, itu yang jadi merah.

Take note untuk candle stick merah, Close dia di bawah dan Open di atas. Jangan salah baca close pulak sebab closed ni agak penting nak trade nanti.

So kesimpulan dia, kalau orang tanya apa menatang candle stick ni? Lilin valentine day ke. Salah. Jawapan dia : The Path of The Price. Perjalanan harga naik dan turun.

Candle Stick : The Path of Price

Now kita akan mendalami apa maksud The Path of Price. Ini adalah jiwa candle stick tersebut. Tapi sebelum tu, nak kena paham pasal Timeframe.

Bila kita trade, kita boleh pilih untuk tengok timeframe mana nak masuk, nak analysis, nak predict, nak sell buy etc.

Meaning window market tu kita boleh ubah ikut kesukaan kita. Timeframe ni bermula dari besar Yearly > Monthly > Weekly > 3 Days > Daily > 12 H > 4 H > 2 H > 1 H > 30 min > 15 min > 5 min > 1 min.

Mana nak tengok ni? Kat trade platform mesti ada. Ni contoh kat cryptowatch.

So, bila kita ubah timeframe, chart kita akan berubah. Ni beza timeframe 1 W dengan 1 H.

Timeframe besar bagi kita overview manakala timeframe kecik bagi kita detail.

Contoh umum kegunaan timeframe adalah, kalau 1 W coin tu nak junam, so kalau main 4H kena hati-hati jangan main long buy low sell high sebab dah tentu dalam masa seminggu coin tu nak jatuh. Gitu.

Now, berbalik pada Path of Price, lihat gambar bawah.

1 candle merah 22 jan di timeframe daily adalah 2 candle merah di timeframe 12 H. Begitulah yang lain-lainnya. Ini yang penulis kata tadi, sebatang candle stick di timeframe besar adalah rakaman perjalanan price, beberapa candle stick di timeframe kecil.

Candle Stick : Rupa dan makna

Kita dah faham rupa dan jiwa candle stick dimana jiwa adalah perjalanan price / the path of price.

Daripada jiwa ini, ia memberi makna. Apakah makna yang kita nak tahu ini?

Ada 3.

Reversal – Price memula pergi arah ini namun tiba-tiba buat u turn, arah yang bertentangan. Eg. mula-mula tengah naik, tiba-tiba turun. Ini, Bearish Reversal. Atau tengah-tengah turun, tiba-tiba naik. Ini, Bullish Reversal.

Kesimpulan Reversal : U-turn arah semasa.

Continuation – Price terus menerus menuju ke satu arah yang sama dari sebelum. Eg.  naik dan terus naik iaitu Bullish Continuation atau turun dan terus turun atau Bearish Continuation.

Kesimpulan Continuation : Sambung arah semasa.

Neutral – Price jem, tak bergerak. Ini adalah kerana jumlah buyer dengan seller sama. Juga dikenali sebagai indecision. Tiada keputusan sebab tak tahu nak naik ke nak turun.

Kesimpulan Neutral : Arah semasa unknown.

Dua. Hijau dan merah.

 

 

Mengenal candle stick

Ada dua. Body, dan wick.

Body yang besar tu. Wick yang halus.