Katalis

Asal-asal…

Pada hari belanjawan negara 2021, penulis membeli jam tangan di sebuah mall di Kuala Lumpur. Jam ini adalah yang kedua, untuk diwariskan pada anak lelakinya kelak. Ini ok lagi. Jiran penulis, time belanjawan negara 2020, dia bawak balik Ferrari.

Semasa memandu pulang, penulis dilintaskan hatinya bahawa warisan yang lebih utama adalah ilmu.

Bukan penentu waktu.

Esok petang, decentralife.co terhasil.

_

Tentang Penulis

Penulis adalah orang biasa yang tiada connection raja mahupun Dato Seri. Bermula dengan net worth -RM35,431 pada tahun 2005, penulis banyak berusaha untuk hit dalam perniagaan, namun tidak semuanya indah seperti di kaca TV.

Ketika ini, pada usia 42 tahun, net worth penulis telah mencecah RM3.3 M. Net worth termasuk crypto. asset dan non crypto, dimana crypto mungkin 40%.

Masih belum level millionaire mahu pun penta-millionaire (global) namun end game atau target adalah USD$7M dalam masa 10 tahun.

In term of Cashflow Quadrant, penulis sekarang telah selesai E dan S, dan sekarang separuh dalam B dalam preparation menuju I untuk full time.

Ini adalah pengembaraan kewangan penulis melalui kajian, pengalaman dan analitik semasa. Matlamat adalah berkongsi kesedaran kewangan agar kehidupan keluarga kita, lebih teratur dan sempurna. Demi masa depan anak kita.

Semoga menjadi manfaat dan inspirasi jika ada benarnya.

Now, cita-cita penulis sekarang adalah nak jadi Whale.

Oh ya, ini update terkini Net Worth penulis MAC 2022. Baru juai company tu yang naik mendadak dangdut. Muka ada sinyummmmms bro….

Update terkini, Mac 2025, ada la naik sikit alhamdulillah. Masalah dia hutang la pulak bertambah. Kalau tak dah double digit brader….. Hmmmmm….

_

Tentang decentralife.co

Ini adalah startup kelapan penulis setelah enam daripada perniagaan sebelum semua melingkup, kecuali yang keenam (dijual RM10 M) dan tujuh yang terakhir (sedang dalam proses jual) yang betul-betul hit jackpot muka ada sinyum.

Maksud dia, kita kena usaha dan jangan sesekali putus asa dan esa. Kekayaan Allah ta’ala melimpah ruah, memberikan manusia merasai nikmat pinjaman : daripada mempunyai monthly income, kepada income kadang ada kadang. sendu, sampai tiada income bulanan langsung, tetiba ada steady income balik, hingga ke income per second.

Sebagai tanda kesyukuran dan give back atas rezeki melimpah ruah dari Allah ta’ala, matlamat decentralife.co adalah untuk membantu rakyat Malaysia agar mencapai financial freedom melalui knowledge sharing, framework dan apps ciptaan penulis, selain satu dokumentasi rujukan untuk anak – anak penulis sendiri.

Jika anda M40, ini adalah perkongsian cara untuk naik menjadi T20. Jika anda T20, ini adalah cara untuk naik menjadi 1% Malaysian. 

Untuk timeline atau whitepaper decentralife.co, boleh rujuk sini.

Now, majority content atau prime focus web ini adalah tentang crypto. Kenapa?

“Crypto, bukan sekadar merentasi sempadan tanah, malah merentasi sempadan masa. Apakah asset yang bakal bertahan 1000 tahun lagi? Yang paling truthful dikalangan untrusted – verify. ”

Lain-lain (sedap gak)

Team decentralife.co
Lagu Tema
Motivasi Pagi
Decentralife Foundation