Intro
Penulis mempunyai rancangan untuk menubuhkan satu yayasan decentralised. Nama tak sure lagi tapi sekarang codename Decentralife Foundation. Yayasan ni level DAO.
Matlamat
Matlamat dia simple je, nak bantu orang susah.
Pertama, STB : Saraan Tunai Bulanan, bagi bantuan duit bulan-bulan untuk kelangsungan hidup. Target adalah keluarga yang ramai anak, atau ibu tunggal yang ada anak pandai.
Anak ini kemudian akan didedahkan pada financial (long term) agar boleh mengubah keluarga mereka. Meaning to say, boleh break daripada loop yang menyekat mereka untuk access better life.
Konsep dia memula bagi ikan, kendian bagi joran.
Kedua, PTR : Pinjaman Tanpa Riba. Ini untuk yang cashflow sangkut, atau startup untuk berniaga, tapi boleh bayar balik kepada penulis. Pinjaman adalah tanpa riba.
Namun setelah bertahun program ini dijalankan, ramai yang mohon PTR ni dia jadi PTB (pinjam tak bayar) so penulis mungkin akan kenakan undang-undang ketat atau syarat kelulusan lain macam dengan cagaran ke apa ke.
Bukan nak sangat harta dia, tapi manusia ni tak semua ada komitmen yang sama atau betul-betul serius dengan janji.
Sebagai permulaan…
Sekarang penulis bagi bantuan dalam bentuk cash pada 2 keluarga. Satu keluarga tu anak ramai. Satu keluarga tu ibu tunggal anak pandai.


Progress
Alhamdulilah, anak seorang akak yang penulis support baru ni berjaya habiskan diploma. Bini penulis baca message ni dia menangis.

Senarai Penerima Sumbangan
Berikut adalah senarai penerima sumbangan setakat 30 Julai 2025.
STB : Saraan Tunai Bulanan
1. Keluarga Anak Ramai (barang dapur) – RM300 p.m (sejak Feb 2019)
2. Ibu tunggal anak satu (yuran sekolah) – RM500 p.m (sejak June 2025)
PTR : Pinjaman Tanpa Riba
1. Individu H startup berniaga – RM20K (Jun 2019) – tiada bayaran balik halalan toyibba
2. Individu U startup berniaga – RM30K (Dec 2022) – tiada bayaran balik halalan toyibba
3. Individu M startup berniaga – 0.495 BTC (Jan 2023) – tiada bayaran balik halalan toyibba
4. Individu B startup berniaga – RM25K (Feb 2023) – pembayaran balik dengan baki RM17K
5. Individu Z startup berniaga – RM170K (Sept 2023) – tiada bayaran balik halalan toyibba
6. Individu A startup berniaga – RM3K (Sept 2023) – pembayaran balik dengan baki RM2799
7. Individu D deposit kereta – RM11K (Sept 2023) – bayaran balik penuh telah dilakukan
8. Individu R startup berniaga – RM33K (Jan 2024) – tiada bayaran balik halalan toyibba
9. Individu R masalah bankrupt – RM30K (Dec 2012) – bayaran balik penuh telah dilakukan
10. Keluarga Pendapatan Tak Tetap – RM250 p.m (sejak 2025)
11. Keluarga Anak Autism – RM45K (loan tanpa faedah untuk beli van bagi bapa mula bekerja sebagai driver lalamove, 2025)
11. Individu A – RM11K (loan tanpa faedah untuk bayar hutang kredit komuniti yang perangai macam along, 2025)
Kesimpulan
Kos untuk STB penulis tak kira pulak berapa jumlah dah keluar sebab penulis anggap ini duit zakat dari penulis.
Namun kos untuk PTR adalah sekitar RM552K secara jemaah yang belum bayar balik. List kat atas yang kecik-kecik penulis tak tulis. Bila kita bantu orang niat untuk tolong dengan ikhlas tapi Allah uji kita balik ikhlas betul-betul atau tidak. Apapun penulis doakan agar para penerima PTR dipermudahkan urusan dan kelak mempunyai kebolehan untuk bayar balik kepada yayasan penulis.
Bukan apa, kalau ramai sangat tak bayar, orang lain tak dapat pulak. Satu lagi kena ingat, penulis bayar income tax ok, so duit yang dapat tu dah kena tax, kalau tak dapat balik ke penulis, 2x rugi brader….. nak tolong orang punya pasal.
![]()